Saturday, December 11, 2010

Holiday..

Harini dah 11/12, baru nak update entry baru untuk bulan Dec ini. Okie, sorry semua sebab Masha tersangat lah busy sejak kerja sebagai System Analyst ni.  Selalu kerja, kadang2 sampai terovernite kat office nun..Huhu..Masuk next week agaknya lagi busy la kot, sebabnya nak further study master part time plak. Harap semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Amin..Rasa macam banyak nak cerita, tapi simpan je dalam kotak memory yang bakal diupgrade nanti..hehe.

Nak diceritakan disini, pada 4-5 Dec, last week la..disebabkan Alumni SMF tak jadi nak buat trip, so kebetulan kawan2 time sekolah rendah dulu ajak pegi holiday. Tak jauh pun, kat Bukit Merah je..hehe..kitaorang pergi berempat je - Masha, Hana, Safiqah n Farah dan naik Wully ku sayang..hehe.kitaorang sewa apartment, then berkampung la disana 1 malam je. Sampai2 je terus p terjah Theme Park dia. Best le jugak, main2 air cam bebudak, menikmati keindahan alam semula jadi dan binatang2. Theme Park LakeTown lebih kurang macam kat Lost World, bezanya LakeTown macam old sikit la compared to Lost World.
 Laketown Resort Water Theme Park from above view

Then yang paling tak boleh lupa, time 1st nite kitaorang  nak pergi la dinner. Cadang nya, nak pegi makan Yong Tau Foo kat belakang bomba kat Taiping. Suppose journey from Bukit Merah ke Taiping lebih kurang 30 minutes kalau ikut highway. So, kitaorang pun ikut la highway. Sampai2 je, order2, makan2..memang sedap. Tak sia2 la jalan jauh2. Then di atas persetujuan ramai, ktorang plan nak balik ke Bukit Merah ikut jalan lama. Walaupun Hana expert jalan2 kat Taiping ni, tapi dia belum pernah lagi la explore jalan lama nak balik ni. So ktorang pun main terjah je la.

Dah le jam time tu dah pukul 11 malam. Huhu, agak horror n scary juga la, sebabnya jalan kampung, dengan kiri kanan kelapa sawit. dan gelap plak, dengan simpang siur lagi satu kereta sangat kurang dan jarak antara 1 kereta dengan ktorang sangat jauh.Huhu..time tu, baca ayat Kursi banyak2..Adeih..masing2 memang dah cuak. Hana bley plak kan sesat n almost nak sampai ke penang. Atas bantuan farah yang baru perasan hp dia ade Garmin, alhamdulillah.ktorang sampai juga ke Bukit Merah dekat pukul 12 lebih gak la..Agak adventure juga journey malam tu.

 Yong Tau Foo Kak Lia

Keesokkan harinya, ktorang pergi ke Pulau Orang Utan dan Eco Park. Kat sini, Masha agak kagum juga la, time kat Eco Park ade pertunjukan haiwan. Ada parrot boleh naik scooter, bicycle, n paling kagum parrot tu boleh jawab soalan matematik..Amazing btul la dengan kecerdikan parrot tu..Then lepas2 check out dari Bukit Merah, ktorang ke Kuala Sepetang(Portwell) untuk menikmati Mee Udang Banjir yang famous kat Perak ni. Sangat puas hati la dengan Mee Udang Mak Jah ni..1 mangkuk ada la, lebih kurang 12 ekor udang yang fresh, memang terbaik la dari ladang..hehe..

Baby Mike baru berusia beberapa bulan
Parrot Rooney sedang kayuh bicycle
 
 Me with Hana, otw to Eco Park

Mee Udang Banjir + Kuetiaw Udang + Nasi Goreng Udang..:-)

Okie.tu  jela nak cerita disini. Maybe ktorang akan plan pergi tempat lain plak after this.Just worry, if can't join je.Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan..Bubye..:-)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus