Story
ni terjadi bulan February lepas kalau tak silap, sehari selepas majlis
pertunangan abang Masha di kedah. Setelah selesai majlis, so Masha n hubby pon
pulang la ke KL hari ahad nya sebab hubby nak kerja ari isnin. Nak dijadikan
cerita, seperti biasa tiap2 pagi bangun pukul 5.00 am sebab nak masak makanan
untuk hubby tapau pergi kerja..selesai masak dalam pukul 5.45am, kejut la hubby
bangun pergi kerja dan siap2..Time ni Masha tak start kerja lagi. Tapi pagi tu
rase badan lain macam sikit..berangin sangat. Nak kata tidur menghadap kipas,
pun tidak. Pasang air-cond kuat pon idak..ni maybe sebab letih badan tak habis
lagi, lagipun Masha ni memang ade masalah badan berangin. Pagi tu, rasa sakit
perut nak membuang + angin.. Tapi tahan tak nak pergi toilet lagi sebab nak settle
masak cepat2..then time hubby dah siap2 nak pergi kerja, Masha terus masuk
toilet. Hubby tak keluar rumah lagi, then Masha pon tak tau, tak sempat duduk
kt toilet duduk tu lagi dah gelap dunia ini..Masha pitam, dalam toilet. Nasib
toilet tak kunci, hubby tros masok toilet, risau..Then Masha sedar balik..dan
rasa sakit perut tu datang balik, tros halau hubby kuar toilet, sebab nak
membuang kan..segan la hubby tengok..Then buat kali kedua, Masha pitam
lagi..kali ni lagi sadis, kepala terhantuk kt sinki..berdarah..luka
sikit..hubby tros masok toilet balik..Risau sangat...then panggil nama Masha
banyak kali, sebab nak bagi Masha sedar. Time ni memang tak sedar n tak leh pikir lain dah (sorry ye en.hubby, sebab marah2 time tu..tgh saket perot..:-(..Sedar2 je, rase sakit kt
kepala..Luka..First time la mende ni berlaku dalam diri Masha..Time Masha nak
pitam tu, dapat rasa angin dah naik sampai kepala..gelap tros..Memang rasa
macam kelakar kan story pengsan dalam toilet time saket perot ni, tapi tak tau plak sampai boleh jadi camni
disebabkan oleh Angin je..Start dari story ni la, Masha ade buat research sikit
sebab musabab punca angin dalam badan ni.
Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?
- Gas yang terdapat dalam sistem
penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak
berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia
mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang
keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan
mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh
bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.
- Gas atau angin di dalam sistem
penghadaman ( tenggorok, perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2
sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar
akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam
dengan baik dalam badan kita.
Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak
angin?
- Ubahlah apa yang anda makan dan
minum. Ini adalah kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam
badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda
mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk
berjumpa doktor.
- Kurangkan pengambilan makanan
yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan
berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah
melalui ujian yang boleh dilakukan sendiri. Berikut adalah makanan yang
menyebabkan angin dalam badan.
- ·
kacang
- ·
sayuran seperti brokoli,
- ·
kubis
- ·
tauge
- ·
bawang
- ·
asparagus
- ·
buah-buahan seperti pir, epal.
dan pic
- ·
bijirin seperti roti gandum
- ·
minuman ringan dan jus buah
- ·
susu dan produk daripada susu dan
keju
- ·
makanan dalam paket yang
mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
- ·
makanlah perlahan-lahan dan kuyah
lebih.
- ·
elakkan makan gula-gula keras dan
mengunyah gula-gula getah
- ·
Jika anda merokok, berhentilah!
4. Sediakan jadual. Tuliskan jenis2 makanan
yang menyebabkan masalah angin
Petua Tradisional Untuk Buang
Angin Dalam Badan
- Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
- Hiris bawang
putih nipis-nipis.
- Rebuskan bersama
2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
- Minum ramuan ini
sebulan sekali.
Source:
epetua.com &
nikabdrahman72.wordpress.com
p/s: paling xsuke garlic ni, slali kalo masak musti kne potong kecik2, kalo tak pun blander je..camno eh nk rebus minom air dia..huhu...any other choice to solve this problem?..