Tuesday, April 24, 2012

Angin Dalam Badan

Story ni terjadi bulan February lepas kalau tak silap, sehari selepas majlis pertunangan abang Masha di kedah. Setelah selesai majlis, so Masha n hubby pon pulang la ke KL hari ahad nya sebab hubby nak kerja ari isnin. Nak dijadikan cerita, seperti biasa tiap2 pagi bangun pukul 5.00 am sebab nak masak makanan untuk hubby tapau pergi kerja..selesai masak dalam pukul 5.45am, kejut la hubby bangun pergi kerja dan siap2..Time ni Masha tak start kerja lagi. Tapi pagi tu rase badan lain macam sikit..berangin sangat. Nak kata tidur menghadap kipas, pun tidak. Pasang air-cond kuat pon idak..ni maybe sebab letih badan tak habis lagi, lagipun Masha ni memang ade masalah badan berangin. Pagi tu, rasa sakit perut nak membuang + angin.. Tapi tahan tak nak pergi toilet lagi sebab nak settle masak cepat2..then time hubby dah siap2 nak pergi kerja, Masha terus masuk toilet. Hubby tak keluar rumah lagi, then Masha pon tak tau, tak sempat duduk kt toilet duduk tu lagi dah gelap dunia ini..Masha pitam, dalam toilet. Nasib toilet tak kunci, hubby tros masok toilet, risau..Then Masha sedar balik..dan rasa sakit perut tu datang balik, tros halau hubby kuar toilet, sebab nak membuang kan..segan la hubby tengok..Then buat kali kedua, Masha pitam lagi..kali ni lagi sadis, kepala terhantuk kt sinki..berdarah..luka sikit..hubby tros masok toilet balik..Risau sangat...then panggil nama Masha banyak kali, sebab nak bagi Masha sedar. Time ni memang tak sedar n tak leh pikir lain dah (sorry ye en.hubby, sebab marah2 time tu..tgh saket perot..:-(..Sedar2 je, rase sakit kt kepala..Luka..First time la mende ni berlaku dalam diri Masha..Time Masha nak pitam tu, dapat rasa angin dah naik sampai kepala..gelap tros..Memang rasa macam kelakar kan story pengsan dalam toilet time saket perot ni, tapi tak tau plak sampai boleh jadi camni disebabkan oleh Angin je..Start dari story ni la, Masha ade buat research sikit sebab musabab punca angin dalam badan ni.
 Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?
  • Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.
  • Gas atau angin di dalam sistem penghadaman ( tenggorok, perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.
Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?
  1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini adalah kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melalui ujian yang boleh dilakukan sendiri. Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan.
  • ·         kacang
  • ·         sayuran seperti brokoli,
  • ·         kubis
  • ·         tauge
  • ·         bawang
  • ·         asparagus
  • ·         buah-buahan seperti pir, epal. dan pic
  • ·         bijirin seperti roti gandum
  • ·         minuman ringan dan jus buah
  • ·         susu dan produk daripada susu dan keju
  • ·         makanan dalam paket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
  • ·         makanlah perlahan-lahan dan kuyah lebih.
  • ·         elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah
  • ·         Jika anda merokok, berhentilah!
4. Sediakan jadual. Tuliskan jenis2 makanan yang menyebabkan masalah angin

Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  • Hiris bawang putih nipis-nipis.
  • Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
  • Minum ramuan ini sebulan sekali.

Source: epetua.com & nikabdrahman72.wordpress.com

p/s: paling xsuke garlic ni, slali kalo masak musti kne potong kecik2, kalo tak pun blander je..camno eh nk rebus minom air dia..huhu...any other choice to solve this problem?..

3 comments:

  1. KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

    Swietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

    3 BAHAN AKTIF PENTING

    FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

    SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

    BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

    Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

    Mengurangkan tahap gula dalam darah
    Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
    Memperbaiki kelancaran peredaran darah
    Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
    Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
    Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

    Fungsi-Fungsi Utama Saponins
    Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
    Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
    Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
    Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
    Melancarkan sistem saluran pernafasan
    Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
    Memperbaiki sistem peredaran darah
    Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
    Mengelakkan kemabukan dan keracunan
    Mententeramkan fikiran dan otak

    ReplyDelete
  2. Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

    Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
    Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  3. Aircond juga penyebab utama angin dalam badan dan usus. Elakkan tidur tampa memakai baju jika menggunakan aircond. Anak saya baru jer kena pagi tadi. Kesian dia, nak membuang pun tak boleh. Graviscon dah bagi, minyak cap kapak pun dah sapu tapi masih tak kurang sakitnya. Nasib baik ada daun pokok kecubung. Saya ambil beberapa helai, panaskan sikit bagi layur, kemudian letak kat perut. Alhamdulillah sakit dia terus kurang.

    ReplyDelete

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus