As-salam,
Aduiii..lg 6 hari dah nak kena submit pre-dissertation report..bley ke siap ni.. huhu..insyaAllah..dengan dugaan laptop buat problem nye, dengan keadaan diri yang sudah terkena sindrom 'malas'..naseb la takde morning sickness teruk2 sangat..alhamdulillah..ya Allah, kuatkan la diri dan hati hambamu ini..aminn..semoga Masha dapat menyelesaikan thesis ini dalam masa yang ditetapkan..
Alamak, sorry..bukan nak membebel dengan masalah Masha, juz nak story pasal last weekend..office InfoTech ada mengadakan program ala2 Family Day dan lebih kepada aktiviti untuk anak2 staff. Theme Program ni namanya : Program Transformasi IT : Merintis Sokongan Komuniti. Bertempat di Bukit Merah Laketown Resort dari 7/12 - 9/12..Memang best sebab dapat bawak family kita sendiri..Masha pon apa lagi musti la bawak hubby je kn..n baby dalam perot..merangkap honeymoon kali ketiga untuk tahun 2012 ni ..hehe..Semua aktiviti air kt Water Park, kitaorang main, tapi yang sukaneka xde la involve kn..hubby je involve..Masha tengok je..sebab doc pesan tak bleh nak lari lompat sangat..
Then the next day ada annual dinner, cabutan bertuah, pertandingan karaoke, pertandingan baby ceria, pertandingan macam2 la..mostly untuk anak2 staff..Kte yang xde anak lagi ni tengok je la gelagat baby2 diorang..best pon ada..tak sabar nak tunggu baby kuar..hehe..Then the next day ktorang pergi melawat Pulau Orang Utan, melawat haiwan di Eco Park n naik Chairlift ala2 cabel car la..
Masha sebenarnya dah merasa pergi sini dulu2 zaman bujang, so malas nk excited sangat juz nak bagi hubby Masha merasa je la..Satu lagi pertandingan yang Masha masuk secara bersungguh2 ialah explorace..Explorace ni present dia sangat la gempak iaitu TV LCD Phillip 42" n set Home Theater Phillips..huhu..tu yang sangat beria2..naseb la explorace ni xyah nak kena lari2 sangat..Semua participant just kena jawab 14 soalan yang berkisarkan perjalanan peserta dari Rawang ke Bukit Merah..So kena alert la sepanjang perjalanan tu..Tapi maybe bukan rezeki Masha agaknya..melepas la hadiah itu..dan semalam baru pihak ajk emailkan jawapan kepada soalan explorace tu..sangat la tension bila tengok jawapan dia..Masha punya la jawab ikot skema jawapan xde nk bengkok2..serius..Tapi jawapan dia macam jawapan teka-teki pon ada..hehe...xpelah..next time dah tau la jawapan mesti tak logik punya la..So, tengok la soalan dan jawapannya seperti di bawah :
WARNA BIRU JAWAPANNYA DAN MERAH
ADALAH KLU NYE
(Jawapan n Ulasan Masha warna pink)
Soalan 1
Emak !!!...ayah !!!...kita dah nak sampai. Eh..ada orang asli main
bolala. Suku
orang asli ape tu !!!.. wow dia skor .. Dimana ni mak.
SEMANGGOL
yang ni memang xlogik sebab semangGOL je ke jwpn dia camtu..Masha jawab
kalo ikot logik - Suku Kaum Semai di Tapah, Kampar
dan Gopeng, Perak.
Soalan 2.
Pahlawan ini satu-satunya pahlawan yang sampai bila-bila pun tidak akan
menggunakan system
matriks dalam timbangannya.
PANGLIMA BUKIT GANTANG
yang Masha admit la sebab Masha xtau jawapan dia, ada logik gak
jawapan diorang kali ni..Masha jawab Dato Maharajalela
Soalan 3.
Ish..Ish Ish. Macam pesta bunga. Ada yang bawa
masing-masing dan ada juga yang bawa beramai-ramai..Boleh ke tahan
bungatu … 4 jam baru
sampai Bukit Merah. Faizol !Kenapa bunga nie makin lama makin kecik ?.Kan aku dah kata
tadi.Kaubawak bunga apa tu boleh sampai jadi macam tu ?
BUNGA TAYAR
Jawapan ni sama dengan Masha jawab – Bunga Tayar makin lama guna makin
haus..
Soalan4.
Ramping nya tak dapat
ku rangkul
Panjang nya tak dapat
ku paut
Cuba juga ku selaminya
Aduh hampIr lemas ku didakapnya
SLIM RIVER
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Slim River
Soalan5.
Mari mari mari sokong kami !!!.Apaitu?
TEMA PROGRAM –
TRANSFORMASI IT : MERINTIS SOKONGAN KUMUNITI
Yang ni Masha tak expect jawapannya ini kerana dekat area meja
pendaftaran peserta time sampai bukit merah aritu ade meja Save Gaza!!, so
Masha pon jawab – Save Gaza!!
Soalan6.
Hati Hati Memandu. Kenapa pulak?
PAPAN TANDA LEMBU
MELINTAS
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Papan Tanda Lembu
Melintas. Masha
siap lukis lagi la gambar signboard tu.
Soalan7
Orang Perak memang mengenang jasa.Jurumudi pun mereka abadikan.
TANJUNG
MALIM
Tak tau kenapa jawapan dia Tanjung Malim, sedangkan asal usul nama
Tjg Malim disebabkan di Tanjung tu ada orang yang alim ulamak, kenapa
jawapannya jurumudi plak, sape tau sila habaq kat cheq mai..Masha plak google
punye google, memang jumpa nama jurumudi di Perak p la jawab – Juru
Mudi. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar
Soalan8.
Jaga-jaga Kanggaroo nak loncat tu.. Apa yang dibuatnya
?
PAPAN
TANDA IKLAN KASUT ( Memadai sebut kasut ) ada dihujung terowong menghala utara
Soalan ni Masha xsure sebab xnampak pon kangaroo..tapi bak kata
hubby Shue, dia nampak kilang Kanggaroo Courier otw nk pegi sini..so Masha
jawab – Kanggaroo Courier.
Soalan9( 5
point)
A: Hampir sepurnama hamba meredah hutan, lembah, lurah,bukit dan bukau sebelum
hamba tiba di Bukit Merah ini.
B: Pasti tuan hamba kepenatan tu..berehatlah dulu tuan hamba. Sambil-sambil
tu sembang-sembanglah laluan-laluan yang tuan hamba tempohi.
LEMBAH BERINGAN/LEMBAH
BERNAM/BUKIT TAGAR/BUKUT BERUNTUNG/GUNUNG TEMPURUNG/BUKIT GANTANG ( LIMA SAJA)
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab seperti di atas – Lembah Beringin, Bukit
Beruntung, Gunung Tempurung, Bukit Gantang, Bukit Merah
Soalan 10
Amboi..Infotech kalau memilih staf baru bukan main tinggi
kelayakannya.Macam nak ambil saintis pulak..Nak cari staf yg betul2 intelek dan
mempunyai komitment tinggi agaknya.Tetapi yang peliknya diperingkat UiTM tak
kisah pun. Ada jawatanyang memerlukan kelayakan minimum saje.Apajawatan dan
kelayakannya?
PENGARAH INFOTECH / PMR
Kesianlah jawapan dia PMR..dah la Prof Madya plak tu..apejela
diorg ni..huhu..masha ni ikot logic sangat..kalo ikotkan position paling rendah
kt UiTM ni ialah – Pekerja Awam Gred R1,
contohnya Pemandu. Dan kelayakan dia hanya lah perlu tamat darjah 6 sekolah
rendah bantuan penuh kerajaan dan mahir dalam bidang berkenaan..tu je..huhu..
Soalan 11.( 2 point)
Sebuah landasan keretapi merentasi tasik merah telah dibina
oleh British pada tahun 1885. Ianya berkembar dengan laluan kereta kuda bagi memudahkan
perjalanan ResidenBritish Sir JWW Birch berulang- alik dari Taiping ke Port
Weld (Kuala Sipitang). Tetapi beliau tidak menggunakan laluan kereta kuda tersebut.
Kenapa ?
Tiada
laluan kuda. Birch di Pasir salak ( semua fakta dalam soalan ini salah. Kenapa
pening2 kepala ha ha )
Kalo ikot logic n hasil dari google, memang xde laluan kuda tu,
sebab zaman tu diorg guna laluan keretapi je..then Masha jawab – Kerana laluan keretapi digunakan untuk mengangkut bijih
timah disamping menjadi laluan perjalan dan perhubungan antara pekerja lombong
bijih timah tu..
Soalan 12.
Kasihan sungguh stafInfotech ini.Masa hadapan nya pun tak Nampak apatah lagi masa silamnya.
ZAMANI - (zaman ini biasa disebut zamanni : bila-bila
pun zaman ni
Masha xtau jawapan dia, xtau la plak dia nama orang kn..huhu,,tapi
kalo ikot logic Masha jawab– Staf kontrak dan Staf
Sementara.
Soalan 13
A: Hurreiii !!!
B: Sukahati
Nampak. Macam konfiden je nak dapat tv 42 “
A: Manakan tak nya tadi singgah R&R rawang kenyang betul makan nasi
sedap pulak tu
Apa yang si A tu
IKLAN BERAS SUKAHATI (
dilebuhraya dekat R&R Rawang )
Ni pon Masha xtau jawapan dia, malas nak pk dah, Masha pon jawab– Nasi Lemak rm1.20. Sebab nya time berenti kt rnr
Rawang tu masha makan nasik lemak sedap ni..hehe..
Soalan 14
Eh..jangan la lentok kat abang. Tidur je la... kan abang tengah mandu
nie... ekleh !!sikit je tekan dan
terbeliak la pulakmatanya ..
Speed trap/AES
Masha xtau jawapan dia, tapi kalo ikot logic Masha jawab– Tekan break..kan kalo tekan break cket je akan
kuar lampu kt belakang keter
Soalan 15
Di Resort ni pelik sikit. Dia suruh kita rehat lepas tu suruh pegi.
MESIN URUT GINTEL
Jawapan ni
pon sama dengan Masha jawab seperti di atas
– Mesin Urut Gintell.
So, kesimpulannya xyah la nk logic thinking sangat ye dek non kalo bertemu dengan soalan2 tricky camni..hehe..kelako pon ada..apela Masha ni kn..Masha btol 5 je kot dari 15 soklan..xpela..at least nanti dah bleh tanya orang lain soalan camni la gamak nye kn..hehe..sorry la membebel panjang saangat,,tu je la masha nk story kali ni..bubye...