Tuesday, February 25, 2014

Suspek HFMD-Sakit Tangan Kaki dan Mulut

As-salam

Huwaa..Masha baru je masuk opis arini setelah 3 hari EL kerana menjaga baby Annur dirumah. Al-kisahnya, pada 20 feb lepas, genap baby Annur masuk 7 bulan dia demam..Masha pon cuak la jugak kn..sebab baru dpt tahu dr bsitter yg mengatakan ade budak kt rmh pengasuh tu demam jugak..tp kne HFMD-Hand Feet Mouth Disease - Penyakit Tangan Kaki n Mulut..

Mula2 Masha ingat baby Annur kne chickenpox..sebab de belon2 kecik kt jari n tgn..jenuh la tanya orang camne nk uruskan baby yg kne demam campak ni kan..siangnya baby Annur demam on n off..temperature dia xtinggi sgt, dlm 36.5-37 degree je..tp masha tgk dia mmg xselesa..jap2 nanges..jap2 merap..nak tdo dlm pangkuan masha je..

Last2 tak puas hati malam 20 feb tu, balik je babah dr kije tros pergi klinik..sbb tanda2 yg kluar hanya di tgn n kaki baby Annyr je..setelah diperiksa oleh doc..sah le..baby Annur kne HFMD..tp masha xbape risau setelah buat research cket ade mengatakan HFMD ni tak berapa teruk..n tiada vaksin untuk disease ni..just doc bg ubat demam kt baby je..n kne make sure baby minom air..jgn dehydrated sebab kalo tak cukup air..this disease will getting worse n maybe kne warded kt hospital utk masuk air..Alhamdulillah baby Annur kuat..pandai mkn ubat, kuat makan, aktif, mahu minom air..lgpun bintik2 xbyk sgt naek kt tgn adelah dalam 2 belon kecik..kt  kaki de 2 bijik gak n mulut dia xde kne langsung..dlm 3 hari dia dh sembuh..

Masha suspeks maybe baby Annur berjangkit dgn Iqbal - bdk kt rmh bsitter tu..sebab disease ni senang berjangkit melalui sentuhan, bersin, air liur, batuk..hurmm..xpela..at least masha dpt experience n knowledge about this disease..So kat bawah ni de info cket pasal HFMD. Source from http://www.drazwan.blogspot.com/ 

Definisi dan Penyebab- HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan- HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit- HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.
Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-. Demam Tinggi.• Penat dan lemah.• Tidak mahu makan dan kurang kencing.• Bernafas kencang.• Muntah-muntah.• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.• Sawan

Perawatan HFMD-HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah. Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Cara Elakkan Jangkitan- Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.Jangan Panik sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak lain. 

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus