Tuesday, November 24, 2015

Puting bayi keluar susu

Assalamualaikum,.

Disini masha nak share pengalaman setelah beranak dua ni, yang dimana kedua-duanya baby girl. Masha tak pasti lah sama ada ibu2 diluar sana mengalami pengalaman yang sama ataupun tidak. Disini Masha nak jadikan rujukan kepada bakal ibu2 nanti. Antara pengalaman yang 'rare' bagi Masha semasa berpantang ialah :
1. Puting baby bengkak dan mengeluarkan susu
Dulu time Bam takde la plak puting baby bengkak dan keluarkan susu. Tapi kali ni time Adikbaby, dekat seminggu jugak la nipple dia bengkak dan picit memang keluar cecair putih iaitu susu. Kebetulan jururawat harian datang checkup ke rumah, dan diorang la bagitahu yang hormon prolaktin ibu terlebih dan transfer ke anak nya..Kesian Adikbaby, kecik2 lagi dah bengkak susu. Bagi sesiapa yang penah mengalami bengkak susu, sesungguhnya memang sakit berdenyut2 mintak dikeluarkan susu tu dan ni bayangkan kalo baby kena camne?..So, cara mengatasinya, Masha akan picit nipple baby everytime after dia mandi air suam dan sapu sedikit minyak telon kt perot till dada dia..Seminggu lepas tu dh elok..Alhamdulillah.

2. Keluar Darah

Yang ni kena pada Bam time Masha pantang dulu. Keluar darah + lendir seakan-akan period tapi sikit je. Tapi berlarutan sehingga 7-8hari gak la. Tanya kakak Masha, dia cakap ni darah period..Masha pon xtau la. Baby plak takde nangis ke apa, just macam biasa je. Tapi adiknya tak kena la plak kali ni.

Itu je kot pengalaman yang 'rare' bagi Masha la, sebab tak pernah alami kan. Maybe sebab baby Masha kedua-duanya princess..Tak tahu la bagi baby boy camne sebab takde experience lagi kan.

Thursday, November 19, 2015

Adik Maya dah 2 bulan...

Assalamulaikum,

Alhamdulillah..harini masha dah 3 hari mula bekerja setelah hampir 2 bulan bercuti. Hari pertama masuk kerja dh kena hantar Adik Maya ke rumah babysitter..Sehari tu penuh la dengan wassap bergambar dari babysitter..Alhamdulillah..adik mau minum ebm thru botol susu dan dh pandai guna pacifier..Masha tersangatlah risau kali ni, sebabnya Adik Maya ni fully bf , alhamdulillah kali ni ada rezeki dia sebab dulu kakaknya tak berjaya fully bf..bf pon till 2 bulan je, masuk rumah babysitter memang bagi formula milk je kt dia..

Pengalaman bf Adik Maya ni mencabar jugak, yela dah gaya macam 1st experience walaupun dh beranak 2. Macam-macam la Masha tanya orang yang experience in fully bf 2 years for working mother contohnya cousin Masha - Julia (nurse) , kawan2 Masha macam Kak Dila (lecturer), dan kawan Masha merangkap Coach Susu Meriah Tanpa Supplement- Pn. Asiah Maharam..Banyak kena timba ilmu dalam penyusuan ni, macam cara simpan stok ebm, cara nk bekalkan ebm ke pengasuh, cara menggunakan pump susu dan cara menyusukan anak dengan betul..Alhamdulillah..so far, Masha dah belajar banyak ilmu baru yang akan dilaksanakan sepanjang perjalanan bf Baby Maya ni..InsyaAllah..semoga Allah murahkan rezekimu anak..(",).

So, ni update perkembangan Baby Maya setelah 2 bulan ni. Beratnya dalam 5.3kg dah..Pandai senyum, bersembang dengan orang, dan dah cuba2 nak pusingkan badan. Suka la berdiri dan tendang2 kaki. Suka tidur atas badan orang. Here the picca of my 2 years old Adik Maya.

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus