Tuesday, November 24, 2015

Puting bayi keluar susu

Assalamualaikum,.

Disini masha nak share pengalaman setelah beranak dua ni, yang dimana kedua-duanya baby girl. Masha tak pasti lah sama ada ibu2 diluar sana mengalami pengalaman yang sama ataupun tidak. Disini Masha nak jadikan rujukan kepada bakal ibu2 nanti. Antara pengalaman yang 'rare' bagi Masha semasa berpantang ialah :
1. Puting baby bengkak dan mengeluarkan susu
Dulu time Bam takde la plak puting baby bengkak dan keluarkan susu. Tapi kali ni time Adikbaby, dekat seminggu jugak la nipple dia bengkak dan picit memang keluar cecair putih iaitu susu. Kebetulan jururawat harian datang checkup ke rumah, dan diorang la bagitahu yang hormon prolaktin ibu terlebih dan transfer ke anak nya..Kesian Adikbaby, kecik2 lagi dah bengkak susu. Bagi sesiapa yang penah mengalami bengkak susu, sesungguhnya memang sakit berdenyut2 mintak dikeluarkan susu tu dan ni bayangkan kalo baby kena camne?..So, cara mengatasinya, Masha akan picit nipple baby everytime after dia mandi air suam dan sapu sedikit minyak telon kt perot till dada dia..Seminggu lepas tu dh elok..Alhamdulillah.

2. Keluar Darah

Yang ni kena pada Bam time Masha pantang dulu. Keluar darah + lendir seakan-akan period tapi sikit je. Tapi berlarutan sehingga 7-8hari gak la. Tanya kakak Masha, dia cakap ni darah period..Masha pon xtau la. Baby plak takde nangis ke apa, just macam biasa je. Tapi adiknya tak kena la plak kali ni.

Itu je kot pengalaman yang 'rare' bagi Masha la, sebab tak pernah alami kan. Maybe sebab baby Masha kedua-duanya princess..Tak tahu la bagi baby boy camne sebab takde experience lagi kan.

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus