Thursday, April 7, 2016

Family Getaway - Cherating, The Legend Resort

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru 2016..Haha..dah bulan April baru nak tahun baru nye..Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi nikmat dunia yang sementara ini iaitu hidup sihat serta selesa, bahagia disamping keluarga tercinta, rezeki yang sentiasa mencukupi untuk kami sekeluarga. Maaf kerana sudah lama tidak bersiaran langsung sejak jadi #ummianakdua ni, busy la bebeno, atenye kome..hehe..

Tanpa membuang masa, disini Masha nak simpulkan perkara yang berlangsung bulan 1 yang lepas, dimana di bulan January, merupakan Hari Lahir Masha dan Anniversary Masha. Mr. Hubby celebrate sekali la kiranya 2 event ini dimana akhirnya Masha dapat jugak pergi ke Cherating (alkisahnya dulu, terpaksa burned hotel ticket ke sini, so terkilan tak dapat pergi). Yang paling happy nya sebab dapat bercuti bersama our new baby princess #AnnurMazaaya . Masha pulak memang suke bercuti2 ni, tapi tak dapat la pergi selalu kan ongkos nya kena kumpul dulu dong..hehe..

Alkisahnya, En. Hubby request Masha untuk beli hotel's ticket kat Agoda dan kebetulan memang tengah ada less, so kami pilih 15- 17 January 2016 (Jumaat kena cuti la kan). Kali ni Masha memang excited sebab 1st time pergi Cherating (sian umur dah 29 tahun baru dapat pergi). Penginapan kali ni kami pilih The Legend Resort. Kami bertolak dalam pkul 2pm Jumaat, 15 January. Sampai di Legend Resort,Cherating dalam pukul 4.30pm. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur bermula di Kuantan, jalan dicemari dengan bauksit dan jalanraya dah macam jalan merah (macam kat kampung2) padahal kat highway ni. Dalam pengamatan Masha, mesti kat pantai pon tercemar jugak dengan bauksit ni (sebab bauksit ini dihantar ke China menggunakan jalan Laut China Selatan kan).So memang indah khabar dari rupa la.Cherating ni dulu popular dengan keindahan lautnya, tetapi sekarang dah tercemar..really spoiled my mood..tapi takpe, janji dapat spent time dengan family pon dah cukup bahagia sangat. Kami tak mandi kt laut pun, just jalan2 kat tepi pantai je.
Sepanjang perjalanan dari Kuantan dah nampak bauksit di tepi-tepi highway, dan di Cherating laut dicemari dengan Bauksit.

Wee...kami dah sampai..dapat bilik cantik view tepi laut...besttt sangat.

Sesi mandi manda, di swimming pool di Legend Resort. Sangat selesa dan cantik.

The Legend Resort: Swimming Pool, Interior of the room, Rabbit Cage.
Tempat untuk dilawati pon tak banyak (kami tak jadi melawat Cherating Turtle Sanctuary sebab tak sempat), tetapi tempat makan seafood memang banyak pilihan. Malam pertama di sana kami makan set ikan bakar di Warung Awang Ikan Bakar (WAIB). Dapat tau kedai ni pon hasil carian google. Tapi bagi Masha n En. Hubby, kami bagi 5/10 je sebab tak kena dengan tekak kami (sebab tak bape nak sedap sambalnya). Keesokkannya kami makan lunch di Kedai Makan 20 Jenis Lauk tu (nama kedai tak ingat). Kedudukannya sangat berdekatan dengan The Legend Resort, dalam 5 minit drive sampai. Yang ni best, semua sedap2 n choice lauk pon banyak. Then kami pergi membeli stok Kopok Lekor dan Satar. Satar bakar kat sini memang sedappp la sangat dan paling popular ialah Warung Aziz Satar. Kat sini ada banyak Warung Aziz Satar, so bleh pilih nak pergi mana 1. Sebelum balik kami borong lagi satar dan kopok2 untuk bekalan pulang.

Masha baru tau la yang rupanya Cherating ni sebelah Kemaman, Terengganu.  So, Masha mengambil kesempatan untuk melawat my best friend exhousemate time keja Mimos dulu, Izzah. So, malam terakhir di Cherating kami meet up kat Kedai makan kt Cherating ni. Best sangat dapat sembang2 tapi tak puas, sebab dh 3tahun kot tak jumpa. So, itu je la laporan sepanjang trip ke Cherating. Masha bagi 7 bintang per 10..hehe..TQ Mr.Hubby..Next trip ke mana kah kita..?..coming soon,.

Di WAIB, Warung Aziz Satar dan otw ke Kemaman.

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus