Thursday, August 26, 2010

Syurgamu Ramadhan

Selalu tetiap kali sahur, pukul 4.30 am, ada cerita ni. Mula2 Masha tengok sesaje la kan, sebab sambil makan sambil tengok tv la kan.Sebenarnya cerita ni ditayang setiap Selasa, Rabu dan Khamis di slot samarinda, jam10 malam di TV3, tapi Masha tak dapat tengok sebab kena tidur awal, esok nak bangun sahur awal dan nak pergi kerja lagi kan. Untuk pengetahuan semua, cerita ni memang best la + sedih, tak pernah2 la Masha tengok cerita sampai menangis, tapi cerita ni telah mampu menitiskan jugak la air mata mahal ni..hehe..tengok rugi kalau tak tengok, dengan soundtrack lagu cerita ni dari Azfar - Akan Ku Jumpa memang feel.. Kalau tak sempat tengok pukul 10 pm dan 4.30 am, boleh tengok kat TV3 catch up . Kalau tengok kat sini, takde lah iklan2 dah.. best.. kat bawah ni Masha ceritakan la sinopsis cerita ni. Kredit to Budiey.com untuk sinopsis ni.

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 17 tahun lalu… Dan telah 17 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya…

Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 4 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 4 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 4 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 4 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..


Azfar - Akan Ku Jumpa ( OST Syurgamu Ramadhan )

Tuesday, August 17, 2010

Origami Crazy..

Entry kali ini menceritakan tentang salah satu hobi  di masa2 senggang..Masha belajar dari youtube, kadang2 ade gak pegi google cari kan..Best plak buat origami ni, walaupun susah dan agak complicated. Bila dah berjaya hasilkannya, sangat puas hati la..Sebenarnya dah lama dah hobi ni, sejak kecik lagi..Just sekarang dah busy kerja, tak de masa nak buat..Buat pun time ade mase lapang, lagi2 time puasa ni kan. Okie la, just enjoy the pic. Kalau nak tau macamana nak buat, kne request le kat Masha k..nanti kalo ramai request, Masha buat tutorial plak k..(^_^)
 Ni nama dia Burung Jinjang (guna penbungkus Clorets)

Ni nama dia mestilah labah-labah kan aka spider..:-)
Ni Bunga Lily..cantikkan kalau buat banyak2.
 
Ni labah2, katak dan bunga lily

Ni Bunga Kusudama. Gambar di belah kanan ialah Kusudama Ball yang memerlukan kira2 12 kuntum bunga kusudama = 60 keping kertas empat segi.
 Bunga teratai aka Lotus




Yang last ni, dipanggil Magic Rose sebab ape Magic sebab dari cube boleh bertukar ke bunga rose. Best kan..:-)

P/s: Sorry kondisi gambar kurang bermutu, guna camera handset je..huhu..

Friday, August 13, 2010

Dalam paru-paru ada Kacang Pis

Teringat masa belajar Sains masa sekolah dulu, kena tanam kacang hijau kat kapas basah, tunggu 2-3 hari dah tumbuh. Best betul tengok. Tapi kali ni, dalam paru-paru pun kacang pis boleh hidup. Memang pelik tapi boleh dipercayai juga la. Menurut berita semalam, Ron Sveden yang sesak nafas selama beberapa bulan, terkejut apabila beberapa doktor memberitahu terdapat anak pokok kacang pis yang sedang membesar dalam paru-parunya.

Sveden menghidap penyakit paru-paru kronik, emphysema semasa keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk. Isterinya, Nancy menghubungi ambulans pada 31 Mei lalu apabila keadaan suaminya bertambah teruk. Ujian sinar-X kemudian mendapati paru-paru kiri warga emas itu tidak berfungsi tetapi doktor-doktor bingung kerana tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser paru-paru.Namun, doktor kemudian mendapati terdapat anak pokok kacang pis tumbuh dalam paru-paru Sveden berdasarkan sampel organ berkenaan yang diambil mereka.Doktor-doktor percaya pokok kacang pea itu tumbuh dalam paru-parunya kerana ia termasuk ke dalam sistem pernafasan Sveden semasa dia menelan kacang itu. Dia kemudian menjalani pembedahan bagi membuang anak pokok pis itu. Namun, hidangan pertama selepas dia menjalani pembedahan itu ialah kacang pis.

Tuesday, August 10, 2010

Takoyaki.

Ada sesiapa pernah makan Takoyaki tak?..Sile angkat tangan..Takoyaki ye, bukan Torayaki..

Untuk pengetahuan semua, Takoyaki (たこ焼き or 蛸焼?) atau dengan nama lainnya sotong goreng atau sotong bakar ini merupakan adunan bebola Jepun yang popular, dadu baby octopus, potongan tempura (tenkasu), halia, dan bawang diatasnya okonomiyaki sos, ponzu, mayonnaise, green laver (aonori), dan katsuobushi (parutan ikan). Takoyaki boleh didapati di kedai yang dipanggil issen-yoshoku (壹銭洋食).


Sebenarnya dah lama teringin nak makan, tetapi tak berkesempatan. Alena yang mengajak makan ni. Semalam beli Takoyaki ni kat The Mines, harga pon takde la mahal sangat, boleh la..4 ketul = RM4.80..berbaloi2..So, lepas ni boleh lah merasa kan.

Tuesday, August 3, 2010

Pertandingan melekat-lekat guna Pita Pelekat


Ada satu pertandingan untuk mencipta pakaian. Dan juga undi diperlukan untuk memilih pemenangnya dan siapa yang terkeluar, ala-ala macam AF la jugak kan.Tapi syaratnya, keseluruhan design tu perlu dan wajib mengunakan 'Pita Pelekat' aka Duct-Tape. Misi berjaya, dan pemenangnya ialah pasangan Ray Banna and Yancy Esquivel yang telah memenangi design dengan jumlah undi yang paling banyak, mereka memenangi hadiah bernilai $3,000 setiap seorang sabagai wang biasiwa dan $3,000 untuk sekolah mereka.Boleh tahan gak, DIY (Do It Yourself) design yang diperbuat daripada pita pelekat ini ye.
Keseluruhan, pasangan ini mengambil masa kira-kira 300 jam dan memerlukan 30 gulung pita pelekat untuk menghasilkan blazer dan gaun, siap dengan bow tie dan purse lagi..Semua pita pelekat. Pertandingan Duck® brand duct tape Stuck at Prom® Scholarship Contest ini memerlukan peserta-peserta untuk menghasilkan pakaian prom mereka yang berwarna-warni, dan boleh dipakai. Siapa sangka, pita pelekat yang biasanya digunakan untuk membuat kerja rumah, tetapi boleh menghasilkan sesuatu yang begitu cantik.


Macam-macam kan idea diorang ni, tapi kadang2 macam menarik juga. Kat Malaysia, ada ke orang buat pertandingan macam ni..Uiisshh...melekat-lekat kot..yang Masha pernah kena dulu, juz buat baju guna surat khabar lama je la kn..:-)

Monday, August 2, 2010

Ayam nak jadi penguin

Comel kan ayam ni..(",)..Menurut Kosmo hari ni, seekor ayam betina milik seorang petani, Lu Xi berjalan seperti penguin di wilayah Jiangsu. Ayam itu tidak pernah terbang dan kerap melihat ke arah air dengan memikirkan ia boleh berenang. Gelagat pelik yang diberi nama jolokan Mumble oleh pihak media itu menyebabkan ia terselamat daripada menjadi hidangan masakan oleh tuannya. Menurut Xi, ayam itu memiliki kepak yang kecil seperti penguin menyebabkan ia berjalan secara tegak dan tidak boleh terbang seperti ayam lain. 

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus