Thursday, November 4, 2010

Amfibia Karnivor aka Pyxicephalus adspersus


Seriously, Masha memang sangat geli dengan katak. Tak kira la katak jenis apa pun. Hanya tinggal kenangan la time study matrikulasi kt PASUM 05' dulu. Kena bedah katak, dah la tak disediakan sarung tangan, kena ambil sendiri katak hidup dalam sangkar. Sangat geli ok!!..Nak taknak kena buat juga, sebab nya 1 group dengan Masha yang terdiri dari 4 orang semuanya taknak buat.Last2, Masha jugak yang kena. huhu..That's the last time, Masha pegang katak lembik + hanyir + geli2 + hidup..huhu..pasni, taubat takmau dah..

Tu mukadimah je, ni sebenarnya nak ceritakan pasal katak juga, walaupun tak suka katak. Nak cerita juga sebab nya interesting. Katak - seperti yang kita semua sedia maklum, ialah species haiwan yang berdarah sejuk (amfibia) dan ianya hanya makan serangga dan tumbuhan kecil je (omnivor). Tapi hari ni, selepas baca Kosmo Masha tertarik dengan sejenis katak yang dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus adspersus kerana ianya bukan seperti katak biasa, kerana ia Amfibia karnivor. Ia dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam.


Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam. Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya. Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam. 


Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu. Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya. Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik.Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon. 

(Kredit to : Kosmo)

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus