Wednesday, November 24, 2010

Yuna bercinta dengan Qi ?


Kedua-dua ikon ni memang Masha minat, Qi atau Qushairi Razali, yang popular menerusi siri Blogger Boy dan pemenang anugerah Ultimate Shout! 2010,Yuna atau Yunalis Zarai, tetapi berita ini memang agak membuatkan Masha surprise juga la.Tempoh perkenalan antara Yuna dan Qi, baru menjangkau sebulan.

Namun, bibit-bibit kemesraan seperti pasangan bercinta tidak dapat disembunyikan lagi. Semua itu dapat disaksikan ketika mereka menghadiri majlis Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu. Bukan sahaja mereka memakai pakaian yang mempunyai padanan rona warna yang sama iaitu kelabu, bahkan setiap kali nama Yuna diumumkan sebagai pemenang dan memerlukan dia berjalan ke atas pentas, Yuna tanpa segan meminta Qi memegang seketika tas tangannya. 

Apabila diminta penjelasan mengenai status hubungannya dengan Qi, Yuna dalam tawa tidak menafikan Qi kini merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya, namun, dia enggan menggunakan perkataan bercinta sebagai tafsiran hubungannya itu. Yuna juga tidak menafikan ibu bapanya telah berkenalan dengan Qi dan dalam masa yang sama menegaskan hubungan mereka masih terlalu jauh untuk mencecah ke jenjang pelamin.
(Sumber : Kosmo)

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus