Sunday, February 27, 2011

The Neverending Story - Artreyu..



Pernah tengok filem Cerita Yang Jangan Berakhir tak?..atau dengan nama lain nya TheNeverending Story..Kepada sesiapa yang pernah tengok filem ni, mesti ingat dengan hero filem ni Atreyu (Noah Hathaway). Time Masha first time tengok filem ni kalau tak silap masa kecil dulu la, umur dalam 5-6 tahun kot..lame kan..So sekarang, cari balik filem tu. Memang susah la nak jumpe, goggle pun jumpe soundtrack filem tu je. Last2, tengok2 best friend sendiri (farahF) ada filem tu, terus la ambil dari dia. Filem ni boleh tahan juga la, tapi takde la best sangat, ala-ala macam filem fantasy. Ada naga terbang,  orang batu, siput racing, puteri kayangan, and macam2 lagi la watak dalam filem ini. So, sekarang tengok balik filem tahun 1984 kot. Memang time Masha pon tak lahir lagi kot. Hero filem yang nama Artreyu tu sekarang umur dia dah 40. Tetapi dia dah tak berlakon lagi, buat bisness tatoo kalo xsilap. Di bawah ni ada cerita sikit biography dia hasil daripada reseach di hari Ahad yang indah ini (dah tension sangat taknak study dah, buat research pasal artis plak).

Noah Leslie Hathaway dilahirkan pada November 13, 1971, anak kepada Judy dan Robert Hathaway. Dia kacukan Mohican pada belah Ayahnya. Noah mula berjinak-jinak berlakon dalam iklan komersial semasa umur 3 tahun. Pada 1978, dia berlakon sebaga Boxey dalam filem, "Battlestar Galactica" (1978). Kemudian filem seterus lakonan nya sebagai Atreyu dalam filem "The Neverending Story" (1984) dan sebagai ketua Harry Potter Jr.dalam filem "Troll" (1986). Dia merupakan guru dalam bidang jazz dan street dance, dan pada penghujung zaman remajanya dia telah mengalami kemalangan dan menyebabkan dia terpaksa bersara pada umur 18 tahun. Kemudian, dia belajar Muay Thai boxing dan bertarung sebagai amatur. Noah akhirnya betul2 mengakhiri zaman lakonan nya hingga tahun 1992 untuk drama "To Die, to Sleep"(1994). Noah Hathaway sudah berkahwin dengan Sameerah dan merupakan ayah kepada dua anak lelaki, bernama Trey dan Jared.(Gambar dibawah- (kanan) Noah bersama anak lelakinya, (kiri) Noah semasa menjadi Artreyu)


Dimanakah Noah sekarang?..Last update, Noah's bercadang untuk membuka kedai motosikal,5150 Choppers,di Miami, Florida. Sejak itu, dia telah diajak untuk berlakon kembali dalam filem Troll, yang pernah dilakonkan nya pada tahun 1986 dahulu.





p/s : kan best kalau Noah ni berlakon balik. bukannya tua sangat pon..hehe..

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus