Sunday, February 20, 2011

MyChantique di serang Malware

Sejak awal bulan February lagi, Masha xdapat nak access blog sendiri, apatah orang lain kan..memang down time tu,.dah le dengan busy kerja kat office bertambah lagi dengan assignment, test & quiz kelas masters, huhu..memang xsempat langsung nak solve issues ni. Masha sayang le jugak kt blog ni kan, yela Masha ni bukan la rajin sangat nak update bog, bertambah lagi kalo dah update tu, banyak memori n event yang penting Masha catatkan. So, if ilang blog ni, sedih ooo...huhu..sepanjang period tu, kalo type Story of My Chantique, memang akan appear message alert ni la: 


Seperti yang kita semua sedia maklum Malware ialah short form untuk Malicious Software atau dalam Bahasa Malaysia perisian yang berbahaya..hehe, skema betul ayat, yela dulu time belajar xde la lecturer explain sampai begitu sekali kan. Perisian berbahaya itu merujuk kepada perisian yang direka untuk merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Ia termasuk virus komputer (computer virus), cecacing komputer (worms), kuda Trojan (Trojan Horse), kebanyakan rootkit, perisian intip (spyware), perisian iklan (adware) menipu, dan perisian jahat dan yang tidak dikehendaki lain. Itu lah sedikit sebanyak maksud Malware, kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila la rujuk wikipedia.

Masha pun google la cara bagaimana nak solve problem yang meruncingkan kepala ini, so terjumpa la dengan Blog Ayie yang ada memberi tunjuk ajar cara bagaimana nak mengatasi masalah Malware ini. Akhirnya, berjaya juga Masha solve problem ni. Terima kasih kepada Ayie..:-)..Menurut blog Ayie ni, cara nak solve problem ni ada 3 :
  1. Download software Malwarebytes' Anti- Malware , install dan jalankan scanning untuk detect malware
  2. Kalo xsolve juga, masuk blogger dashboard, pergi kat design then delete semua link2 bloglist yang ada di dalam blog.
  3. Kalau sudah berjaya buang malware tersebut dan anda merupakan pengguna Mozilla Firefox, sila ke Tools > Options > Security > untick block reported attack sites.
Untuk pengetahuan semua, Masha ikot step no-2 ni sebabnya step no-1 still xdpt solve. Memang sedih sikit nak buat step no 2 ni, yela sebab link2 blog list tu kan semua kawan2 kita yang dh lama kenal di alam maya ni. Lagipon, Masha selalu buka blog pon bukan sebab nak update, just sebab nak baca cerita kawan2, dan nak entertain hati dikala keboringan.

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus