Pada 17 June, hari Jumaat aritu, result Semester 1, kelas Master in Computer Science, telah diumumkan. Dr.Rose (KP cs777) telah hantar email pada setiap student master. Ya Allah, perasaan time tu memang sangat cuak ok, malam Khamis tu xbuleh tido lena huhu.. yela, sebab nya mostly orang takut nak further master in Computer Science kt UiTM ni, sebab ada senior yang ckp course ni boleh tahan tough juga la. Lagi2 untuk budak2 post graduated in Part Time. Recommend if still nak further master in CS ni, better amik full time, sebab boleh focus and concentrate more to every subject yang diambil every semester. Memang pun, mengikut pengalaman Masha yang kerja sambil belajar ni, untuk 4 bulan pertama = 1 sem sangat suffered. Selalu la, berlari2 dan terkejar2 masa, lagi2 ulang alik dari Cyberjaya ke Shah Alam seminggu 3x.. rase 1 hari 24 jam pun xckup..huhu..selalu je pujuk hati dan diri sendiri, "Masha susah sekarang, senang kemudian..biarlah susah time ni je, nanti dah xde dah". Lagipun, masih dalam proses nak adaptasikan and synchronize kn masa belajar, dan kerja. Nasib ramai yang menyokong Masha, lagi2 family, friends, officemates, family Mr.EverDale dan Mr.EverDale. Terus menambahkan keyakinan untuk teruskan perjuangan ini. Masha menyahut cabaran.
Dan Alhamdulillah, Masha lulus dalam kesemua subject. Lain macam tau rasa compare to zaman belajar degree dulu. Rasa heaven and happy sangat. Fyi, untuk kelas master ni xde final exam, marks bergantung pada assignment, quizzers, and tests. Untuk 1 subject pon dah rase macam dah buat 5 x FYP sekali lagi, sedangkan time degree dlu amik FYP sekali je..tambah lagi every week je kls mesti de quiz..huhu..mmg suffer time tu,.sabar je la. Dan lagi, pointer untuk lulus master ni every sem ialah 3.00, if you get less than 3.00, dismiss..dan xbuleh dah la nak amik sem depan course tu lagi, kena amik course lain pulak kalo nk continue balik..Takut kan, sape tak takot..Tu sebab Masha rasa sangat bersyukur sebab lepas dari target pointer Masha. Tak sia-sia effort Masha selama ni. Thank you Allah, so sekarang Masha bertambah yakin lagi untuk berjuang untuk Semester 2 , bulan 9 ni. Doakan Masha berjaya ye kawan. Love you all. Tq..
No comments:
Post a Comment