Sunday, June 19, 2011

Happy Fathers Day

Selamat Hari Abah kepada abahku, Suhaimi bin Ja'afar. Walaupun abah xde fb and xtau nk online internet, Sara (my nickname at home) tetap nak buat entri khas untuk abah. Sara doakan semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik selalu, dimurahkan rezeki dan happy bersama kami sefamily. Terima kasih banyak2 kat abah sebab telah berjaya menjaga dan memberikan pendidikan kepada Sara, sehingga Sara berjaya hingga ke hari ini. Jasa dan kenangan abah tetap akan Sara ingat sampai bila2..Banyak kenangan /memory indah semasa kecil yang masih segar dalam ingatan Masha. Antaranya :

1. Abah selalu suapkan buah betik ke mulut semua anak2 nya, everytime after lunch. Sebabnya Masha le,xberapa suke sangat makan betik ni. Masha sangat pelik dalam family ni, sebab byk mende org lain suke makan Masha xkn mkn.
2. Abah selalu tolong korekkn telinga kami adik beradik. Sebab kami xtau nk korek telinga sendiri time tu. Memang layan kot abah korek, xsaket pon walaupun guna besi korek telinga tu. Till now, Masha masih guna besi untuk korek telinga, xsuka guna cotton buds.
3. Pernah ada 1 malam Masha saket perut, muntah2, makan je muntah, makan muntah sebabnya perut masok angin. Then abah bagi ubat dan teman Masha 1 malam xtdo sebab Masha xbleh nk tido, sebab asyik je muntah. Siap tido dekat sebelah sinki dengan abah. Tapi abah tetap tunggu, dan cuba untuk menyuap Masha biskot pat segi cicah air teh, sebab xnak bg perut Masha kosong lagi.
4. Kat rumah Masha yang lama dulu byk pokok biji saga, ala yg color2 merah tu. Masha suke collect then masukkan ke dlm botol kaca, simpan buat collection/ hiasan. Cantik sebab color merah saga tu. And ade 1 hari, sambil2 tengok tv, Masha main la biji saga tu. Main2 dekat lubang telinga, tengok2 biji saga tu masok dlm lubang telinga. Cuak gile, sbb takot kena gegendang telinga kan, then xberani la nk bagi kepala ni tegak cam biase, so sengetkan la kat belah kanan, sebab xnk biji saga tu mengelongsor masok lg dalam kn. Abah juga la yg tolong korekkan, korek punya korek, alhamdulillah keluar jugak. Till now, dh takot dah nk main biji saga dekat telinga.
5. Abah Masha sangat pembersih. Abah Masha la yang telah mengajar Masha untuk menjadi rajin sejak kecil lagi. Kalau Masha kena cuci pinggan, abah akan standby sebelah, lepas cuci pinggan abah akan check tgk bersih ke x, kalo x, abah akan suruh cuci balik. Abah ajar Masha cuci pinggan, kemas dapur, siang ikan, sidai kain, lipat kain, iron baju and semua household punye kerja la. Semua Masha belajar sejak dari tadika lagi. Till now, semua tu dah melekat dalam jiwa Masha. Dan Masha skrg pun sgt cerewet bab2 kebersihan ni, ikot abah la..:-)
6. Masha sejak kecil, abah dah ajar supaya jadi independent. Kurang dimanjai sangat. Selalu kalau nak pergi mana, nk buat apa, abah hanya akan hantar je. Dan biarkan Masha sendiri, explore sendiri. Contohnya, time sakit nak kena pergi hospital. Dulu Masha xpernah pergi klinik bayar, selalu kalau sakit pergi poliklinik kerajaan je, abah selalu hantar je  Masha kat poliklinik, then kena tinggal srg2, pergi la Q amik nombor sendiri, jumpa doktor sendiri, amik ubat sendiri. Then dah siap, kol abah suh dtg amik. Takde sape teman, time tu kecik lagi kot, darjah 3-4 kot. Smpai dah biase. Masha paham, sebab abah kerja xbley spentime dgn ktorg sgt. So, till now, Masha jadi berani nak pergi mana sendiri. Janji pandai jage diri.
7. Abah Masha kerja driver Puan Sri je. Dan selalu sangat outstation, kena bawak Puan Sri tu jln2, pergi KL, Singapore, Cameron. Dan kadang2 pergi sampai seminggu baru balik, so kami adik beradik selalu la kena tinggal. Tapi kami semua paham, Abah pergi kerja. Selalu nya, time abah balik je, ktorg akan berkejar2 nak amik bag abah, sebabnya.. Kalo p Cameron, abah slalu bawak balik bunga rose byk2, sayur2 and teh. Kalo p Singapore, abah akan bwk balik mainan, n baju2. Sebabnya, abah ckp baju/mainan tu mostly org Jepun punya, diorg tinggalkan sebab diorg nk blik Jepun xnk angkot sume brg2. Best tau, walaupun 2nd hand, sebab semua baju2 branded and mainan2 baru2 lagi dan masih elok. And kalo g Kl,  abah mesti akan bli Coklat, cam cadbury Zip, Cadbury, roti. Till now, Masha suke makan Zip ni, semua sebab abah ajar..:-) 

From left, my 2nd sis Shila, my mom, my dad, my 1st sis Tira  and Me in blue..:-)

Banyak lagi la kenangan2 bersama abah. Kalo nak cerita, xtdo kot 1 mlm..hehe.. To my abah, Sara sayang abah tau and Happy Fathers Day to u.. :-)

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus