Friday, December 30, 2011

Pindah Rumah

Arini, last day kerja untuk tahun 2011 ni, pejam celik pejam celik dah dekat setahun 2 bulan dah kerja kt htp ni, and dah masuk 2 tahun setengah dah kerja after grad 2009 dlu..sekejap je masa berlalu..tinggal 1 setengah hari je lagi menjelang 2012. Banyak suka duka sepanjang tahun ni. Nanti esok Masha compilekan sekali semua summary 2011..

Semalam, officially date Masha berpindah kt rumah baru yang bakal menjadi rumah kami after nikah nanti, but buat masa sekarang Masha stay sana dulu sebulan ni. Penat sangat pindah rumah ni, dah le kena angkot barang turun dari rumah lame, then kne angkot naik rumah baru plak. Siap amik mc lagi nak pindah rumah..hehe..Naseb Along and his labour datang tolong. Pk blik, kelako le plak. Rumah baru Masha ni level 14, n dapat parking lot kat level 5. Parking lot dia dah le berpusing2, naik pening nak cari tempat parking. Smlm je bape kali dah berpusing2 cari parking tak jumpe.Nak kuar dari apartment tu lak, nk touch bagi palang tu bukak pon tak sampai.Pujuk hati cakap xpe, lama2 ok la nanti baru2 memang xbiase..

Time nak keluar rumah lama, rasa sayu le plak. Tapi dalam hati excited nak masuk rumah baru.Tak sabar2 nak cat rumah, decorate rumah. Cat dah beli dari last week lagi. kalo ikot plan, tema rumah Black, white n red..Tunggu dan lihat..slow2 dlu..dengan preparation nak nikah lagi, macam2 pk..hopefully semuanya berjalan dengan lancar..wish me luck..new year, new life, new status and new beginning..Jiayou Masha!!..
 rumah lame..barang2 dah siap packing, nk kne angkot..

Thursday, December 15, 2011

Hari yang sesuai untuk memotong kuku..


Rasulullah S.A.W pernah bersabda, maksudnya: barangsiapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu : keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin : keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : keluar daripadanya sihat masuk penyakit
Hari Rabu : keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis : keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat : keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmant daripada Allah Ta'ala.

Jawapan:

Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:


من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب


Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

Darjat Hadith


1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:


من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة


Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

wallahu a'lam.


Sumber : sunnah 

p/s: entri ini telah dikemaskini atas teguran dari hamba Allah di FB Masha tempoh hari. Terima kasih banyak pada saudara Mat Yusof Abd Rahman di atas teguran beliau. Sekarang Masha sudah berjaga-jaga untuk share apa2 pon di fb /blog supaya kita tidak terdiri daripada kalangan penyebar hadis palsu (Kiamat sudah hampir)
p/s 2: Kesimpulannya, setiap hari juga tidak salah untuk kita memotong kuku, kerana agama Islam amat menitik beratkan kebersihan. Sebaiknya, potong apa2 pon hari Jumaat sebelum tenggelam matahari, wallahu a'lam. 

Tuesday, December 13, 2011

Prosedur Nikah di Negeri Perak

Masha lahir memang kat Ipoh, Perak, tunang Masha orang Johor tapi dia dah menetap di KL lebih dari 5 tahun. Di sini Masha nak story detail cket pasal prosedur kahwin di Perak. Di mana biasa nya memang kena bernikah di tempat lahir pengantin perempuan kan. Masha ade blogwalking gak cari info pasal prosedur nikah untuk Pengantin dari Perak, tp memang tak banyak. Hope dengan adanya entry ni boleh menjadi reference untuk BrideGroom from SilverCity ye..:-)
Mula2, pergi la beli borang nikah ni kat Jabatan Agama Islam Perak di area rumah korang. Masha, abah yang tolong ambilkan, kena bayo rm1 je kot..nak beli byk2 pon takpe. Kalau kat Ipoh ni tempat dia kt  Kompleks Islam Darul Ridzuan, dekat Bangunan Bank Islam Ipoh, sebelah sekolah Cina. Kemudian siapkan semua dokumen yang diperlukan seperti dalam gambar di atas. Prosedur ni khas untuk anak dara ye, bukan janda..hehe..
  • 2 salinan IC pemohon dan bakal suami. Seelok2 nya pastikan address dalam IC kte sama dengan alamat rumah tetap yang paling terkini. Sebab Masha punye IC ni dari darjah 6 punye, address dia address rumah lame, so Masha buatlah IC baru. Senang.Gambo pon cantek.hehe.( Photostat lebih senang, buat backup)
  • 2 salinan IC wali. Macam Masha, mustilah abah Masha punya IC. Tapi bagi kes wali yang telah meninggal dunia, sertakan surat mati asal.
  • 2 salinan IC saksi lelaki untuk borang / nikah. Abah Masha mintak tolong orang surau yang abah kenal jadi saksi.
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu. Nak yang original dan salinan sekali ye. Bagi je pemohon dan bakal suami
  • Bagi kes alamat pada IC berbeza dari alamat terkini/tetap.Dapatkan Surat Akuan Permastautin dari Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan/ Majikan.
  • Surat Akuan Bujang dari Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan. Surat ni Masha tulis sendiri and bagi kat bos Masha signkan.Kalau sesape nak example, nanti bg email kat comment di bawah ye..:-)
  • Borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin Lelaki (Borang 1) yang telah lengkap ditandatangani oleh Pendaftar, Penolong Pendaftar dan Pendaftar Perkahwinan, Penceraian & Ruju' (daerah Pihak lelaki) JIKA berkahwin dengan pasangan yang berlainan daerah tetapi sama negeri. (Bagi kes Masha, tunang Masha xprepare yang ni sebab kami negeri lain2).
  • Surat Kebenaran Berkahwin Lelaki JIKA berkahwin dengan pasangan dari berlainan negeri. (yang ni tunang Masha prepare sebab berlainan negeri kan. Tunang Masha ambil borang2 sume kat Masjid Wilayah, sebab dia dah menetap kat KL lebih dari 5 tahun, so dah kira mastautin kat KL la walaupun dia lahir kt Johor. Surat ni macam Sijil tau)
  • Surat Pengesahan pemeriksaan saringan HIV pemohon dari mana2 Klinik Kerajaan. Result as attached below : Non-Reactive..:-)
 So, rasa nya itu je kot. Macam banyak kan. Tapi sebab nak nikah punya pasal, semua jadi mudah. Sekali lagi, Masha repeat, kalau nak nikah both pemohon lelaki dan perempuan kena prepare form masing. Mula2, pihak lelaki kena settlekan borang dia dulu, dah siap approve dan dapat macam ala2 sijil (Surat Kebenaran Berkahwin Lelaki ), then baru bagi kat pihak perempuan. Pihak perempuan perlu settlekan form2 dia juga, beserta semua salinan yang diperlukan seperti diatas. Dah siap semua mintak tolong abah hantarkan borang ke pendaftar perkahwinan di kawasan yang pihak perempuan nak bernikah. Kat sini nnti, confirmkan dengan Tok Kadi and Saksi, supaya diorg ni confirm akan available time date nak nikah nnti..

Friday, December 9, 2011

Rezeki Nak Kawen

Alhamdulillah, syukur sangat end Nov and awal Dec ni byk good news diterima..lepas nikah ni Masha start kje tempat baru..Akhirnya Masha berjaya memegang jawatan ptm F41 yg Masha nak sangat dari after study lg..Rasanya dekat 5-6 kali gak la Masha g interbiu post PTM ni, kat merata2 tempat dah Masha try. Ingat lagi first time pergi interbiu kat Bangunan Perak Darul Ridzuan, time tu dengan tak prepare nye, dah la baru je abes belajar, ari jumaat abes class, isnin tu dah kne g interbiu..dgn xde cert degree lg la..memang kelam kabot and agaknya memang bukan rezeki Masha lagi time tu. Tapi takpe tu merupakan titik permulaan Masha untuk mencuba lagi interbiu position ni. Bagi Masha, kalau husband and wife tu kerja , seelok2nya biar la either one mesti kerja gov. Sebab nanti boleh support each other soon. Dan Alhamdulillah, memang rezeki nak kawen agaknya, Masha received good news ni, and yang best nya dekat UiTM plak..elok sangat la sebab Masha memang tgh further study kt ctu, after kje leh tros g klas. Takyah la nk rush2 lagi macam sekarang every week travel Cyber - Shah Alam, after office hour..huhu..memang speeding je la kan nk kejar masa kls start pkul 6.30pm..
One more good news, Masha dah dapat rumah baru. Best2..alhamdulillah, setelah bersusah payah mama Mr.EverDale turun naik bank uruskan urusan pembelian rumah tu, finally dalam masa 7 bulan loan rumah approved. Terima Kasih sangat kat mama, tak tau macam mana nak balas jasa dan usaha mama..Isnin lepas baru dapat kunci rumah baru. Excited nak siap2 rumah & deco2 rmah baru tu..:-)

And for the last good news for this entry. Early morning tadi baru received news yang mama finally lulus exam and dapat sambung chambering. Setelah berhempas pulas selama ni, akhirnya membuahkan hasil. Congratz to my mama to be..:-)

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus