Makanan Yang Dilarang Bagi Pengantin Baru Wanita
credit- Gambar Hiasan
RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF
Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru
bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin
Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :
"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a
di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan
masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia
duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka
sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh
puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan
tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala
pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru
rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila
babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah
pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan
ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis
makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu
kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk
menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah
lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.
"Saidina
Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..?
(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan
bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander
(ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan
kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum
masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH
MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
credit- Yusof Razak
No comments:
Post a Comment