As-salam,
Al-kisahnya, last week Masha n hubby telah pulang ke JB, n we decided to take a flight sebabnya dah lama tak naik flight..last tahun 2008 dulu kot time pergi Sarawak. Coincidence, last month Air Asia ada buat promotion n ticket ke Senai sangat murah dari harga bus..So, ape lagi, Masha pun setuju la nak naik flight, dengan bantu SIL yang tolong belikan dulu ticket tu. Tujuan pulang ke JB ini adalah kerana my PIL n SIL akan berangkat menunaikan umrah pada 1 April 2013, dan mama de buat kenduri doa selamat sikit semperna menunaikan umrah. Masha jadi tak sabar nak balik JB ni, lg pun sebab nak jumpa PIL, aunty2 n kazen2 hubby sebab dah lama tak jumpa diorang..rindu n nak makan-makan..best2..
Then berbalik pada tajuk entry diatas, a week before departure, Masha dah pergi scanned baby..alhamdulillah..my little caliph active berguling2 dalam womb ni, n siap yawning lagi..kelako la anak ummi ni, takpe la asalkan anak ummi sehat. Disamping scanned n tengok perkembangan baby, Masha telah request kt doc nak surat pengesahan hamil, sebab takut la kan, tak lepas nak naik flight sebab nye baby bump Masha ni beso la plak..dah macam preggy 7-8 bulan..huhu..pada baru nak masuk 6 month last week = 23week, tapi time Masha tulis entry ni dah masuk 25 weeks. So, Masha ada la google2 dan jumpa beberapa blog yang ada share pengalaman diorang menaiki flight dan lebih kurang je dengan procedure yang Masha faced. Surat Pengesahan hamil tu lebih kurang macam ni la.
Zoom in cket
Ok, dalam confirmation letter ni just mention yang Masha preggy brape weeks je, sebab syarat2 nak naik flight ni berlainan bergantung pada flight mana yang korang naik. Antaranya adalah seperti berikut:
Air Asia
*Perempuan hamil dari awal kehamilan sehingga 27minggu (termasuk 27minggu) kena
sign liability statement yang mana ada 3 copy, satu masa nak boarding,
satu bagi dekat flight attendant & satu lagi copy kita pegang. Bila
masa nak sign? Masa tengah check in @ masa tunggu nak boarding. Tapi
kalau perut kecik, pakai plak seluar jeans, boleh la terlepas tanpa
disoal atau kena sign apa-apa. hahaha.
--> Experience Masha sendiri, liability statement ni Masha dapat, & sign 1 copy je tu pun time tunggu nak boarding dan Masha xde copy dia pon, semua kasi kt stewardess tu. Tu pun, selepas dia check surat confirmation dari doc ni.
*Perempuan hamil dari 28 minggu sehingga 34 minggu (termasuk 34minggu)
kena bawak surat dari doktor yang menyatakan anda hamil berapa minggu
& anda tiada complication serta boleh dibawa terbang ke mana-mana.
Yang ni pun kena sign liability statement seperti di atas.
*Perempuan hamil dari 35minggu ke atas tidak dibenarkan menaiki flight.
Malaysia Airlines
Tidak dibenarkan/tidak digalakkan untuk menaiki flight.
*Selepas 32 minggu bagi multiple pregnancy (kembar)
*Selepas 35 minggu bagi penerbangan international.
*Selepas 36 minggu bagi penerbangan domestik (dalam Malaysia).
*7 hari selepas bersalin
source:
shakinafarhan.blogspot.com
Source Air Asia:
Adalah menjadi tanggungjawab penumpang untuk memberitahu pihak kami tentang progress kehamilan mereka ketika menempah tempat duduk dan ketika berada di kaunter "check-in". Penerbangan kami hanya akan membenarkan penumpang yang hamil bergantung kepada faktor-faktor di bawah:
1. Kehamilan sehingga 27 minggu: kami akan membenarkannya tanpa surat keterangan doktor dengan syarat penumpang menandatangani surat "Limited Liability Statement".
2. Kehamilan antara 28 hingga 34 minggu: penumpang harus menunjukkan surat keterangan doktor untuk mengesahkan usia kehamilan dan dalam surat itu harus menyatakan bahawa penumpang fit untuk penerbangan. Surat itu harus dikeluarkan tujuh hari sebelum tarikh penerbangan. Penumpang juga harus menandatangani surat "Limited Liability Statement".
3. Kehamilan 35 minggu ke atas: kami tidak membenarkan.
Source dari MAS:
1. Penumpang yang hamil normal(tanpa komplikasi boleh menaiki pesawat sehingga umur kehamilan 35 minggu).
2. Surat keterangan doktor harus dibawa untuk mengesahkan bahawa penumpang fit untuk berada dalam pesawat bergantung pada tarikh kelahiran yang dijangkakan ( expected due date-EDD)
3. MAS tidak membenarkan penerbangan bagi penumpang yang hamil pada bulan terakhir kehamilan sehingga tujuh hari sebelum tarikh melahirkan yang dijangkakan.
Untuk lebih detail explanation lagi, boleh la rujuk blog Dr. Zubaidi yang ada menerangkan tips-tips dan beberapa kes wanita hamil naik kapal terbang.
Kesimpulannya disini, adalah selamat untuk wanita hamil yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa komplikasi untuk menaiki flight dan tidak digalakkan untuk menaiki pesawat selepas mencapai umur kehamilan mencecah 36 minggu kalo rujuk American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), lagipun Masha pun baru nak masuk 25 weeks. TETAPI perlulah discuss dulu dengan doctor before nak naik flight tu untuk mengetahui condition korang n baby ok ke x, sebab lain orang, lain conditionnya. Lagipun, before kita beli ticket flight tu kan ada cover insurancen tax bagai, n Masha rasa airlines ni sebenarnya risau je kot2 terberanak dalam flight tu, tak pasal2 je kena bagi free kan..
Wallahualam..Alhamdulillah, Masha akhirnya selamat pergi dan pulang, walaupun time dalam flight tu baby sangat lah active bergerak2, excited kot nak naik flight ye anak ummi ni..hehe..