Showing posts with label Rose Ribbon. Show all posts
Showing posts with label Rose Ribbon. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

DIY- Cara Membuat Ribbon Rose (Cara 2)

As-salam,

Kali ni Masha nak ajar satu lagi cara nak buat ribbon rose..yang ni mudah sikit dari yang previously Masha ajar dulu (Cara 1). Ok..tanpa membuang masa, kita mulakan sesi pembelajaran arini:
  • Mula-mula sediakan bahan-bahanya seperti berikut: Gunting, Gam UHU, Ribbon Satin, Kain Felt (potong bentuk sfera)
  •  Kemudian potong Kain Felt seperti dalam gambar di bawah: 
  • Kemudian gamkan pada 1/4 daripada sfera tersebut di kawasan smiley icon
  • Kemudian gamkan Kain Felt itu sehingga bentuk sfera menjadi ala-ala seperti kon
  • Ambil riben dan dihujung riben lipat empat segi dan tinggalkan bekas seperti dalam gambar dibawah. 
  • Gamkan kawasan 4 segi
  • Kemudian ambil semula Kain Felt yang berbentuk kon , dan tampalkan bahagian riben yang telah digam di tengah2 kon tersebut.
  • Biarkan ia kering.
  • Kemudian gamkan di kawasan smile icon berbentuk segitiga.
  • Bawa bahagian kiri riben dan gamkan di kawasan yang telah dibubuh gam tadi.
  • Ulang mengikut arah lawan jam
  • Ulang langkah di atas berulang-ulang kali (gam, tampal gam tampal) tetapi mantain bentuk empat segi seperti dalam gambar.
  • Ulang sehingga riben menutupi ke seluruh kain felt.
  • Apabila sudah sampai ke hujung riben, potong lebihan riben
  • Pusingkan riben ke belakang, dan gamkan lebihan potong riben di belakang.
TARAAA..dah siap..



Boleh dijadikan brooch


Boleh dijadikan headband


Selamat mencuba..Jiayou!!..

Thursday, July 4, 2013

Tempahan Ribbon Rose- June2013

As-salam,

Alhamdulillah, sudah masuk bulan Julai, dan next Wednesday- 10July insyaAllah, umat Islam di seluruh dunia ini akan berpuasa di bulan Ramadhan. Sekejap je rasanya, sedar tak sedar baby dah nak masuk 38 weeks..Bila anak ummi ni nk keluar ye..hehe..nak ummi puasa dulu eh..takpe2..apa2 pon, semoga di bulan Ramadhan yang barakah ini, kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, pahala yang berlipat ganda dan kebahagiaan menyambut Ramadhan bersama orang yang tersayang..Alhamdulillah, ada juga customer yang berminat nk order ribbon rose lagi.

Bunga Ribbon Rose

1. Tempahan Dari Pn. Najwa 'Awatiff (Jun 2013): Dark Red (7 kuntum - 2.5 inch (6.35cm) --> Untuk baju peplum budak2..comei..Kepada sesiapa yang berminat nk beli baju raya untuk anak2, sila lah cuci mata di Ribbon & Blush..TQ.


Tuesday, June 18, 2013

Tempahan Bunga Mas Kahwin dan Ribbon Rose Bulan Mei & Jun

As-salam, 

Sejak masha buat entry mengenai tempahan bunga mas kahwin dan ribbon rose ni, makin ramai nak order..Alhamdulillah, sikit-sikit pon, boleh la lepas duit minyak pergi kerja..hehe..Kalau ikutkan tak untung banyak mana sangat, just hobby mengisi masa lapang..seronok buat benda ni, sambil2 dalam kereta otw nak balik rumah, dah siap..(",)..Hopefully, lepas ni lebih ramai lagi la nak tempah la ye..tempahan dibuka bila2 masa..amat dialu2 kan..

Duit Mas Kahwin

1. Tempahan Dari Abgku sendiri (24/5/2013): Duit Mas Kahwin Selangor
 --> Idea: Gubahan menggunakan pasu bunga plastik


2. Tempahan Dari Sazrina- officemate (31/5/2013): Duit Mas Kahwin Johor
 --> Idea: Design macam bunga tangan..boleh pegang..


Bunga Ribbon Rose

1. Tempahan Dari Zuliana (April 2013): Shocking Pink (30kuntum) --> Untuk baju tunang


2. Tempahan Dari Zana Manje (Jun 2013): Shocking Pink (24 kuntum) --> Untuk baju raya
Terima kasih daun keladi, 
Kalau suka, boleh order lagi..(",)

Monday, April 8, 2013

Mengambil Tempahan Membuat Ribbon Rose dan Gubah Duit Mas Kahwin

As-salam, 

Setelah banyak permintaan dari orang ramai, dan ditambah tolak dengan kerja harian Masha. Dengan ini Masha secara sukenya sudi untuk mengambil tempahan untuk membuat ribbon rose dan mengubah duit mas kahwin. Actually, kalau ikutkan hati nak je amik tempahan buat bunga telur crepe paper tu..boleh memang boleh, tapi mengambil masa yang lama..contoh, Masha ada amik tempahan buat bunga telur tu utk best friend Masha, tapi dia dah order lama la..and Masha akan amik masa dalam 5-7 bulan untuk siapkan..lama kan..tu la limited order je untuk bunga telur. Kalau hantaran plak, so far, takde sape lagi amik tempahan. Masha just buat untuk saudara -mara n adik beradik je..

Tapi, kalau ribbon rose & duet mas kahwin ni Masha boleh siapkan cepat..sebabnya simple je..Lagi pun, Masha ada buat tutorial dalam blog Masha ni..So, kepada sesiapa yang ingin mengambil tempahan, boleh la pm Masha kt fb Maisharah Suhaimi ye..TQ very much.

 Gubahan duit Mas Kahwin

Ribbon Rose

Tuesday, July 31, 2012

DIY- Cara Membuat Riben Ros (Rose Ribbon)

As-salam,.

Di pagi yang sejuk ini, Masha hendak membuat tutorial cara membuat rose ribbon seperti yang telah banyak orang pakai pada tudung-tudung sebagai pin atau pun hiasan di sekeliling tudung atau pun dibaju.
White Rose Ribbon di tudung-credit pic Spice Hijab
Atau pada kain dan baju- credit pic Butik Qalesya Karim

1) Mula-mula, sediakan Satin Rose (warna terpulang), size (lebar kira-kira separuh jari telunjuk) - terpulang kepada saiz yang dimahukan, gunting dan gam UHU..
2) Kemudian potong riben kira-kira 36cm (terpulang tebal mana bunga yang dimahukan). Macam masha, potong je, tak kira pon..hehe..
 3) Kemudian, pada hujung riben yang sudah dipotong. Lipat sedikit sehingga menjadi segi tiga dan gamkan pada kawasan yang berlorek kuning seperti dalam gambar.
4) Kemudian, segitiga yang sudah digam, gulung sedikit ke dalam untuk membentuk pusat untuk bunga rose itu.
5) Kemudian, ambil riben yang panjang di sebelah kanan anda dan lipat ke atas seperti membentuk V seperti dalam gambar.
6) Ulang langkah 5 berulang kali sehingga riben di sebelah kanan anda menjadi pendek kira-kira separuh jari telunjuk.
7) Pada hujung riben yang terakhir ini, lipatkan ia ke bawah bunga dan gamkan hujung riben itu, pada kawasan yang berlorek kuning.

8) Kemaskan bahagian bawah bunga, lipat la macam mana pon, janji kemas..hehe..janji gam..
                                                                 9) TADAAAA..dah siap..boleh la jahit pada tudung atau buat pin hiasan..:-)..SELAMAT MENCUBA..Practice make perfect..



~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus