Wednesday, July 17, 2013

Dilema 39 weeks+ 4days

As-salam, 

Bersiaran secara terus dari Vista Pinggiran..hehe..sejak awal Ramadhan lagi Masha dah start cuti, disebabkan ada appointment dgn doc (10July), weekly checkup (15 July) dan menunggu hari..Suppose EDD 20 July (Sabtu) ni..huhu..kalo tolak hari ni lagi 2 hari je lagi..tanda nak bersalin masih tiada..kalo 21 July ni, genap la baby 10 bulan dalam womb ni..suke nye anak ummi ni berhibernasi dalam womb ummi ye..

Alhamdulillah..syukur kerana masih diberi tenaga olehNya untuk berpuasa buat hari ke 8 di bulan Ramadhan yang barakah ini..Tetapi, dalam hati ini hanya Tuhan je yang tahu, betapa bercampur baur perasaan dah ni, tak sabar nk bersalin tapi resah gelisah takut sume ada menanti hari Sabtu ni. Last checkup (39weeks) dan merupakan 1st checkup di Hospital Serdang (sebab selama preggy, checkup kt KK S.Alam). Result as below: 

Ummi
  • Berat (kg) : 78 kg (turun cket dari last checkup 38weeks (79kg)) +- total weight gain since preggy (78kg - 56kg = 22kg)..woott2..target after 2 months confinement : 55kg..yakin boleh..(",)
  • Albumin , Gula : Normal
  • Hb : Normal-Good
  • Tekanan darah : 121/88 ( naik cket, slalu <117, maybe sebab tuko klinik kot..mesin pon lain)
Baby
  •  Fetal Movement (FM) : Good (>10times per day)
  •  Estimated Fetal Weight (EFW) : 3.8kg +-..last checkup at 38 week (3.38kg)..naik within 1 week = 0.5kg
So, kesimpulannya di sini, anak ummi ni membesar bagai juara dalam womb ni..memang result estimated baby weight tu 3.8kg, dan menurut kata doc baby bakal lahir +- 400gram..either ringan cket or berat menjangkau 3.9kg..hoho..Masha terasa cuak disitu..Doc plak menakut2kan lagi, cakap takut bahu tersangkot la, ape la..siap suruh pilih nk bersalin normal or operate..Masha dengan yakinnya menjawab, sy nak try normal doc, walaupun doc dah explain pro n cons..huhu..sampai 3 x la Masha jawab nak normal. Tak pernah lagi la dalam sejarah adik beradik Masha or mak Masha bersalin operate..huhu..Masha tetap yakin dengan ketentuan Allah dan redha kalo terpaksa bersalin operate gak ke, dan percaya Allah akan tolong, dengan berkat doa dari semua orang dan berkat bulan Ramadhan ni..Aminn..So, kalo within this 1-2days (Rabu till Jumaat) masih tidak turun tanda, Masha perlu menyerah diri ke Hospital Serdang-8 am untuk proses induce (disebabkan pada 37 weeks, tak semena2 Masha disuspect MGTT (kencing manis) after kena minum air gula sbb berat naik banyak, walaupun bacaan BSP after that normal <5.4..huhu..sadis), so, bagi ibu2 yang suspect diabetic tu perlu bersalin before EDD, kalo still tak bersalin, kena induce..huhu..doakan Masha n baby selamat ye kawan2.

Usaha untuk cepat bersalin

Masha start 36 weeks, dah cuba pelbagai cara dan amalan untuk memudahkan / mempercepatkan proses bersalin, tak salah rasanya kita mencuba. Antaranya:
  • Amalkan bacaan surah Yasin dan surah Maryam setiap hari
  • Kadang2 buat Qiamullail, kalau tak mampu or badan tak berapa best, buat solat sunat Tahajjud, Hajat dan Taubat..since bulan puasa ni dah start cuti, alhamdulillah Masha dapat buat hari2.
  • Berdoa setiap kali solat fardhu dengan sujud lama2 sebelum tahiyat akhir
  • Minum air milo + telur ayam mentah
  • Minum air akar Fatimah
  • Perbanyakkan berjalan-turun tangga rumah tingkat 14, berjalan2 kat Mall
  • Perbanyakkan senaman - senaman mencangkung dan jalan itik, merangkak (angkat bontot), duduk tegak sambil merapatkan kedua2 tapak kaki dan tekan lutut untuk bagi tekanan bukaan.
  • Minum air zam-zam
  • Makan bendi
  • Minum air kelapa
  • Kerap bersama suami
  • Amalkan doa Nabi Yunus, ayatul Kursi dan 3 Qul
  • Selalu bercakap dengan baby, dan pujuk baby
Mostly semua amalan dan usaha ni sama macam dalam blog lain setelah digoogle. Kita berusaha, hanya Allah yang tentukan. Lupa nak bagitau, sejak masuk awal puasa, Masha start mengalami alahan gatal2 kat kaki dan tangan. Jenuh la menggaru..huhu..yela, sejak awal preggy kan Masha xbanyak alahan, time nak bersalin ni baru datang alahan tu, Masha redha lagi, dugaan Tuhan yang Maha Adil, bagi Masha merasa juga alahan semasa hamil dan think +ve, setiap sakit merupakan penghapus dosa. Setiap orang ada bahagian nya, dan sama juga dengan Masha. I must be strong for my baby. Usaha, Doa dan Tawakal..Hopefully, lepas ni dah bleh update pasal baby dan confinement je plak kn..hehe..doakan Masha dan baby ye semua yang membaca blog ni..dan Masha nak minta maaf banyak2 sekiranya coretan Masha ini ada menyinggung atau apa2 kesalahan lah. Luv u all..

  Sejak dari 1 month lagi, till now, Mr. Hubby akan amik pic untuk kenangan progress perkembangan Masha n baby..hehe..disebabkan xde can nak amik official maternity pic..huhu..xpe la..gambar keseluruhan (1-9month) tungguuuu..


No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus