As-salam..
Update from Aqsa Syariff Official fb: 20 Aug 2014 - Jumlah syahid : 2039 orang..angka ini sangat la meruntun hati Masha semenjak 8 Julai 2014 serangan dari Israel ke atas Gaza..Hari-hari Masha menyaksikan kematian umat Islam walaupun hanya di mukabuku, paling sedih bayi2 dan kanak2 yang tidak berdosa..setiap kali itu juga la..Masha sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar mereka yang syahid dan syahidah ditempatkan di syurga dan semoga roh dicucuri rahmat..Sepanjang tempoh itu juga lah Masha ada juga membaca beberapa artikel dan blog serta membuat beberapa research untuk menambahkan information mengenai isu ini..Justeru, Masha mengambil inisiatif yang mampu Masha lakukan iaitu:
1)Doa
Ye..berdoa..Doa ialah senjata orang Muslim..so, mari la kita sama-sama berdoa setiap hari dalam solat kita dan setiap masa.
2) Memboikot secara Istiqamah
Memboikot sebagai salah satu cara dalam membantu meruntuhkan ekonomi Zionis Laknatullah secara lebih istiqamah..Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit..Memang nampak macam tiada effect, tapi kalau rujuk perumpamaan Masha tadi akan berkesan di kemudian hari dan sehingga sekarang sudah terbukti..Alhamdulillah, berkat usaha semua orang di muka bumi ini yang membencikan keganasan untuk memboikot semua product yang berkaitan atau menyalurkan ke ekonomi negara bernama Israel itu, supaya mereka susah / tidak dapat membeli kelengkapan senjata atau bom untuk menghapuskan Umat Islam di bumi Palestin..Really..this is heartbreaking..
Seperti yang sedia maklum, Masha memang pengguna tegar Loreal Products- Garnier, Maybelline, Unilever Products- Sunsilk, Lifebouy, Nestle Products - Milo, Nescafe (my fav drink all time..dulu), Maggie, KitKat, my Baby's milk- Nan Pro 1, Lactogen, McDonalds, Starbucks, Colgate, Tesco, Carrefour, Kimberly-Clark Products - Kotex, Huggies, dan lain-lain..Alhamdulillah, sehingga hari ini Masha berjaya memboikot kesemua product2 ini dan bertukar kepada inisiatif lain.. dan ada sesetengah barang tu dah terbeli lama, so, terpaksa la habiskan stok dulu..so inisiatif lain antaranya yang ganti Loreal- bleh guna porduct Safi n Silky Girl, ubat gigi tukar Safi or Halagel, susu tukar Dumex n Susu Kambing, Nescafe tukar Power Root Cafe Pearl Xlim n Kopi Al-Jannah Mahkota Dewa n Kopi CNI, Milo tukar Power Root Oligo Coco or Vico, shopping barang2 rumah pon memang slalunya kt Giant n Kedai AAA (24jam buka kat area rumah dah tu murah plak,,hehe), Kotex tuka Libresse, Huggies tukar Whoopie n Drypers..Banyak lagi pilihan lain..so kalo time shopping tu memang akan lama sebab nak kena check Brand dulu, pastu halal ke x..Semua pilihan di tangan anda..Saya sudah..Anda bila lagi?..
Jangan makan/minum/guna Brand-brand ini telah terbukti menyokong Israel
dan membantu mereka dalam membangunkan tanah-tanah Israel, dan
askar-askar mereka yang menindas dan menzalimi penduduk-penduduk di
Palestin..Mereka dapat sumber kewangan mostly daripada product-product ini..Tolong la..Masha menyeru kepada semua pembaca blog ni..sama-sama lah kita istiqamah dalam memboikot ye..Boikot ini bukan untuk kita, Boikot ini untuk agama kita..Boikot kita adalah untuk orang-orang di Palestin..Boikot ini adalah Jihad Kecil kita..InsyaAllah..
3) Menderma
Ye, menderma..walaupun sedikit ianya mampu membantu penduduk Islam di Palestin...dengan cara paling simple. Kalo yang berkemampuan boleh la menderma di no akaun yang tertera seperti berikut:
Diharap, kesemua usaha-usaha kita ini membuahkan hasil dengan izin Allah, InsyaAllah..ini adalah jihad kita, walaupun jihad sekecil ini bermula dari seorang, menjadi 10 orang, menjadi 100 orang, menjadi 1000 orang, menjadi 100 000 orang, menjadi 1000 000 orang dan ini akan membuatkan suara dan semangat kita sangat kuat dan ini akan menjadikan wang/duit kita menjadi undi kita kepada sesuatu perkara yang betul dalam membantu orang-orang di Palestin. InsyaAllah..
(All Images Source from : Google Image)
No comments:
Post a Comment