Friday, March 13, 2015

Resipi: Cara Membuat Cheese Baked Macaroni bersama Pemanggang Vantage

As-salam,

Sejak dah beli Pemanggang Vantage ni yang mana fungsinya sama dengan Pemanggang Ajaib juga..Masha rajin la bakar menbakar, buat baked macaroni, buat cake coklat..semua menggunakan pemanggang ni la..Di sini Masha compilekan cara-cara membuat Cheese Baked Macaroni step by step. Enjoy..

Bahan-bahannya:

    Bahan memasak Macaroni
  1. San Remo Macaroni Elbow - separuh paket
  2. Kimball Tomato Paste with mushroom - sebotol
  3. Sosej
  4. Fishball
  5. Ramli Daging Kisar - Separuh paket
  6. Kimball Button Mushroom- 1 tin
  7. Sayur Kacang buncis-1 genggam
  8. Carrot - 1 batang
  9. Bawang Besar - 1 biji
  10. Bawang Putih- 3 ulas (dicincang)
  11. Sos Cili Life
  12. Garam secukup rasa
  13. Spread of Cheese..Masha guna CheeseDale - 1 paket(10keping) and Emborg Pizza Cheese (sebab xjumpa Mozarella cheese..bedal je)
       Bahan membuat White Sauce
  1. CheeseDale - 4 keping dikoyak-koyak
  2. Tepung Gandum - 3 sudu
  3. Susu Fresh Milk Dutchlady - 2 cawan
  4. Butter - 3 sudu
Cara-Cara Bergambar


1. Potong-potong semua bahan-bahan yang perlu dipotong.
2. Rebus Macaroni bersama minyak zaitun 3 titik dan gara, 2 cubit
3. Dah settle macaroni, boleh la mula menumis bawang besar dan bawang putih bersama sosej, fishball, sayur (carrot, kacang buncis dan button mushroom), daging cincang,
4. Masak dalam 5 minit, kemudian masukkan Kimball Tomato Paste, dan Sos Cili Life serta masukkan macaroni yang telah direbus tadi.Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masak sehingga betul2 sudah sebati kesemua bahan2 bersama dengan macaroni. Tutup Api.
6. Transferkan Macaroni yang telah dimasak tadi ke dalam Pemanggang Vantage anda.

 7. Sediakan White Sos dengan cara panaskan periuk dengan masukkan butter. Panaskan sehingga cair.
8. Kemudian masukkan 3 sudu Tepung Gandum, dan Susu Fresh Milk. Kacau sehingga tidak berketul  dan mendidih dengan api yang kecil
9. Masukkan 4 keping Cheesedale yag sudah dicarik-carikan. Masak sehingga likat.
10. Selesai sudah masak white sos, tuang white sos ke dalam pemanggang ajaib yang telah berisi macaroni yang sudah dimasak tadi.

 11. Taburkan Cheese yang sudah diparut ke atas Macaroni di dalam Pemanggang Vantage.
 12. Bagi yang suke cheese banyak2, bleh taburkan Cheese Slice ke atas Macaroni. Habiskan sepeket Cheesedale tu pon xpe..
13. Masak menggunakan api yang kecil dalam masa 20 minit sahaja

TADAA...Soo...creamy Cheese Baked Macaroni yang sudah siap dimasak..sedap gilee...suke betul Mr. Hubby kalo Masha masak ni..sebab dia suka cheese banyak2..

Selamat Mencuba.Yummy2..

4 comments:

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus