Tuesday, June 16, 2015

Kuih Pau?

As-salam,

Hai..bersiaran kembali setelah lama menyembunyi di sebalik kesibukkan kerja di office dan rumah..padahal MASIH sibuk lagi ni (selagi belum bercuti maternity)..sebab Projek ni masih belum habis daa...tapi curi2 masa nk menulis..Diri ini masih sebegini, walaupun preggy 2nd ni tak banyak update kat blog kn..sekarang alhamdulillah hampir habis 2nd trimester..insyaAllah..minggu depan akan masuk 3rd trimester..doakan saya ye kawan2..

Kisahnya Kuih Pau

Situasi : Dalam kereta, baru balik kerja. Jam sudah pukul 8.00pm
Si Suami : Syg, nak beli apa eh makanan kat marissa mlm ni..?
Si Isteri : Kte cari 'Kuih Pau' la b kalo ada..
Si Suami : Amende tu 'Kuih Pau'?
Si Isteri: 'Kuih Pau' la, yang color putih, bulat, gebu2, n ada macam2 inti tu..
Si Suami : Itu Pau la..mana ada orang panggil 'Kuih Pau'..
Si Isteri : (confuse..aku salah ke?) Dah tu..kalo xpanggil 'Kuih', b panggil ape?..Sayur ke?, Daging ke?..
Si Suami : Tak kira..orang panggil Pau je..mana ade 'Kuih Pau'..

Last2, 'Kuih Pau' tak jumpa pun, terus beli ayam goreng paha untuk si kecik btui, btui, btui tu..

Aduii..Kadang2 perbualan sebegini yang menjadi kelakor nye..bukan apa.. mende simple jadi complicated disebabkan pemahaman yang berlainan..tapi its fun...sebab kami laki bini bukan la selalu bergurau senda, sebab time2 balik kje tu memang penat la..lapo plak kan..dengan nk drive dekat 2jam baru smpai rumah kan..naseb la carpool..bleh la merapatkan silaturrahim antara laki bini...kesian si tecik tu yg bape jam je dpt spentime dengan kami time blik rumah..So, di sini Masha catatkan maksud 'Kuih Pau'..kot2 la Encik Hubby terbaca entri ni kan..hehe..

"Pau juga dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan." -- Source http://ms.wikipedia.org/wiki/Pau


p/s: pau paling sedap yang penah Masha makan ialah Pau Muar & Pau Bestmass...nak lagii..;-(

2 comments:

  1. dulu masa kat kampong,ada orang jual pau ni. suka beli pau kari. tapi mahal sikit la berbanding pau lain.. makan time panas, memang syurgaaaaaaaa sangat rasanya

    ReplyDelete

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus