As-salam,
Ahaksss...Dah nak sampai ke penghujung Syawal dah..baru nak update ye Masha..urmmm...dari mana nak start ye..Okie..firstly, masih sempat lagi kot nak wish "Selamat Hari Raya Aidilfitri , dan Maaf Zahir Batin"..dari kami sekeluarga (pic raya tahun lepas, kte slim lg time ni..hehe)..
Tahun 2015 ni, Masha berpeluang beraya di belah suami dulu iaitu di Kulai, JB. Ini merupakan raya yang keempat bagi Masha..kalo ikot turn this year patutnya memang belah hubby pon, sebab last year belah Ipoh, Perak. Dah le dulu 1st time raya belah Ipoh, 2nd time pon kt Ipoh (sebab bersalin + berpantang), 3rd time pon Ipoh juga (sebab nak lama beraya di JB)..takpelah..janji sempat beraya di dua2 belah hometown..barulah fair and square..
First time beraya berbadan dua ni (30weeks of preggy)..Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan berkesempatan untuk beraya bersama keluarga tercinta. Tema tahun ni plak, 1st raya Emerald Green, 2nd Raya Pink Belacan, 3rd Raya suppose Silver+Purple (tapi tak sempat pakai..sebabnya akan diceritakan di bawah). So, here the compilation picca baju raya kami sekeluarga.
1st Eid 2015 - Emerald Green |
2nd Eid 2015 - Pink Belancan Magenta |
3rd Eid - Di Universal Studio, Singapore..Baju black & white bertemakan haiwan (shawl butterfly, baju kittens, bam with baju panda) |
Juadah hari raya di JB, sudah semestinya lah sambal goreng, lontong kering, lontong, nasi tomato, ayam masak merah, daging rendang, dan banyak lagi la..1st raya tu memang kje nye makan je la, berulang2 sampai la ke malam..stay rumah je untuk terima tetamu datang dan melawat ke kubur. Then bergambar sampai tak tau dah nak posing cmne..Mula2 plan nak pegi cari port mana2 nak buat photo shoot..Last2 photoshoot kat dalam rumah dan depan jalan rumah je..Cuaca panas la malas nk habaq mai..Pa pe pon..memang happening beraya di JB kali ni..walaupun rasa seperti ada kekurangan (kalo la arwah mama ada, mesti lagi meriah. Al-Fatihah kepada Mama Norisah Abu Aman)..
Juadah dipagi raya..(p/s: sempat tolong potong sayur je untuk masak kuah lodeh, sebab smpai lambat tgh2 malam di pagi raya..huhu) |
Kali ni raya di JB lama sikit, sebab nak menyambut kepulangan Maklang dari Makkah (Isnin malam)..So, raya kedua malamnya kami dah bergerak masuk Singapore, till raya ke 5(Selasa) baru kami bergerak ke Ipoh. Sampai di Ipoh dah tak berapa nak beraya sebab orang dah start kerja termasuklah abah n mak di Ipoh..Beraya rumah adik beradik Masha je (rumah kakak sulung, kakak 2nd dan rumah Paksu) then malam before balik KL, sempat beraya di rumah my best friend Faezah. Then, raya ke 8 (Jumaat) pagi kami direct drive ke KL sebab En. Hubby dan Masha dah start kje..terpaksa bawak skali la si kenit ni lagi skali pergi ke office (naseb tak ramai orang lagi)..So, itulah saja coretan pada sesi raya 2015 kali ini..InsyaAllah, ada rezeki kita write down untuk entri raya tahun depan dengan bertambahnya sorang lagi ahli keluarga..
No comments:
Post a Comment