Tuesday, April 12, 2016

Panduan Mengumpul Stok Susu Di Pejabat

As-salam,

Bersiaran kembali. Alhamdulillah, hampir masuk 7 bulan adik baby dapat exclusive breast feed from me. Sangat tak sangka, sebab walaupun dah anak dua, pengalaman ini merupakan yang pertama kali bagi Masha la sebab baby 1st dulu tak berjaya. Banyak benda baru yang Masha belajar.sejak dari preggy lagi dah tanam azam nak bf baby 2nd kali ni till fully 2 years.. InsyaAllah..nak menanam azam ni, Masha sedari preggy time 6 bulan tak silap la, dah beli electric breast pump jenama Autumz Passions (suggestion dari Pn. Asiah). Dengan ada nya pump ni, memang nak taknk kena struggle la kan. Dengan bantuan dan support dari Mr.Hubby dan kawan2 Masha, Pn. Asiah Maharam (Coach Seminar Susu Ibu Meriah Tanpa Suplemen), kak Dilla dan cousin Masha, Julia (nurse di Temerloh) ni, Masha berjaya mengumpul stok untuk Baby Maya kali ni. 

Sangat tak sangka tau, sebab selama ni terfikir la camna la freezer diorg boleh penuh dengan susu dan ianya nya berlaku kat Masha sendiri. Tujuan entri ni ditulis bukanlah untuk show off ke apa ke, tapi untuk jadikan sumber inspirasi dan panduan semua ibu-ibu yang berkerjaya di luar sana. Kerana Masha dah hadapinya, bagaimana mencari sumber rujukan sebagai panduan dalam meneruskan usaha murni ini, macam2 buat google la, tanya macam2 orang la..Tetapi serius Masha cakap, nak berjaya dapat penyusuan ibu 2 tahun ni memang kena banyak ilmu. So di sini Masha list down kan beberapa term yang biasa orang gunakan (Masha dulu pon tak berapa pandai, jenuh gak google2 baru paham..hehe). Antaranya ialah:

EBM = Expressed Breast Milk = susu perahan ibu/susu yang dipam
Fresh EBM = susu badan yang baru diperah (belum disejuk/dibeku/dicair/dipanaskan)
Chilled EBM  = susu yang disimpan dalam chiller (bahagian bawah peti ice yg 2 pintu) (untuk disejukkan sahaja. Tidak dibekukan)
Frozen EBM = susu yang dibekukan
Thawed EBM  = susu yang dicairkan (Frozen EBM yang hendak dicairkan perlu turun ke bahagian chiller)
Dan barang2 kelengkapan yang diperlukan dalam usaha untuk menjayakan penyusuan ibu 2 tahun ini ialah:
  • Electric Breast pump (jenama yang popular ialah Spectra / Medela / Autumnz dll) or Manual Breast Pump (pakai tangan pon boleh)
  • EBM container – samada botol (boleh diguna berkali2) atau plastik (disposable). Macam Masha guna plastik (storage bag) untuk save space.
  • Ice packs – sebagai chiller di tempat yang tiada peti ais, dan juga untuk maintain suhu sejuk EBM on da way balik ke rumah
  • Cooler bag – tempat simpan semua EBM kita sesudah di pump dan menyimpan kesemua senjata2 (peralatan mengepam)..hehe..
  • Label dan marker/pen – untuk labeling tarikh, berapa oz dan nama anak kita.
Nak dijadikan cerita, rumah Masha asalnya ada 3 buah fridge (1 yang dua pintu, 1 yang 1 pintu dan 1 yang kecil besar tv tu). Kalo refer pic kat bawah ni, no 1 (fridge 1 pintu), no 2 (fridge 2 pintu), no 3( freezer besar tv tu). Mesti korang pelik kan, ape la 1 rumah sampai 3 peti ice. Hehe, ni semua sebab time rumah bujang dulu, Masha de beli 1 fridge 1 pintu, Mr. Hubby ade beli fridge besar tv tu..Then after kawen Masha beli 1 lg fridge 2 pintu. So jadi la 3 fridge..Tapi kan, tu pon dah penuh..Hari-hari bukak fridge susah hati tak tau nak simpan susu kat mana dah lagi. Memikirkan adikbaby dah nak masuk 6 bulan kan, mestila nanti nk kena buat stok puree banyak2, tu pon kena bekukan and store dalam freezer gak. Jenuh dah nak simpan mana ni.Finally, masa birthday Masha bulan 1 yang lepas, Mr. Hubby belikan chest freezer ..Alhamdulillah, TQ En. Hubby (",)..So, bertambah la fridge di rumah jadi 4..huhu..

My Chest Freezer..hehe
Setiap hari Masha akan pump 3 kali di office. Pukul 7.30 am (dalam kereta otw ke office), pukul 12.30pm dan pukul 4.30 pm (kadang2, kalau meeting or training tak sempat pump, kne pump dalam kereta time balik). Apabila balik rumah direct latch (dl) baby di rumah. Alhamdulillah, setiap hari Masha target 20 oz, tetapi kadang2 dapat hasil lebih sampai 25oz, kadang2 hasil 16-19oz. Setiap hari akan usaha juga pump walau camne pon dan menjadi habit untuk catat setiap berapa oz yang dapat setiap sesi supaya kita boleh keep on track hasil perahan kita dan menaikkan semangat kita untuk achieve target setiap hari.
 Bila time weekend di rumah, Masha pump 2 sesi sahaja iaitu pada waktu pagi - selepas Subuh dan sebelum tidur malam. Setiap pagi cikB memang akan engorged dan leaking..So, everyday memang kena pakai breastpad. Walaupun nampak macam costly dengan menyusu badan ni, tetapi bagi Masha tak costly la, because you can feel the satisfaction when you see the face of your baby yang kekenyangan dan membesar dengan hasil susu ibu yang penuh dengan khasiat dan antibodi. Every month kena beli storage bag dan breast pad je. Then kena spend sekali je untuk beli breast pump yang heavy duty serta selesa untuk digunakan. Bagi Masha Autumz Passions ni memang dah cukup selesa, double pump plak tu, sebab pernah try guna Spectra pon tak brape best. Better guna double pump untuk menjimatkan masa anda. Tak sure la pump2 yang mahal yang lain camne rasa. Tapi sekarang dah nampak banyak design2 pump yang comel dan cantik2, tapi Masha setia hanya yang ini je.
Di office dalam bilik sendiri. Letak pump dalam laci time mengepam, bila dah sudah, susun pump dalam bag camtu.    






Then selepas pump, untuk 1 hari Masha akan simpan susu dalam storage bag, labelkan tarikh dan berapa amaun setiap sesi macam dalam gambar di bawah. Dan susun dalam cooler bag yang dh ade ice packs berselang seli dengan susu tadi. Masha akan bawa 3 ice packs setiap hari yang tahan la dalam 8-9 jam. Pump susu yang sudah digunakan untuk 1 sesi pump tadi, boleh la simpan dalam bekas tertutup di dalam fridge (jika ada fridge kat office), kalau takde fridge simpan je semula dalam bag susu yang ada ice pack tadi. Tidak perlu cuci berkali2 di office. Masha guna 3 kali di waktu siang, dan hanya setibanya di rumah baru cuci dengan sabun pencuci botol baby. Every weekend baru sterilized them.
Setibanya di rumah dalam pukul 8 malam, Masha akan transfer susu2 ni semua dalam freezer atas (Fridge 2 pintu) dan susun dengan cara membaringkan ia. Untuk menjimatkan ruang. Bila dah beku, keesokkannya Masha transfer Frozen EBM ke Chest Freezer untuk mendapatkan ruang yang maksima. Susu di Chest/ Deep Freezer ni tahan sehingga 6 bulan. Macam bulan ini, April, Masha sedang menggunakan EBM bulan Februari dan begitu la rutin sehingga ke 2 tahun nanti InsyaAllah.

 

3 comments:

  1. waaa.hebat!!! kita masa baby pertama je yg bersungguh sampai dapat susukan die lebih 2 tahun, yang kedua ni sampai 5bulan je fully bf. skang dah campoe susu fm. ada jgk beli autumn passion tu..tapi rasa macam xselesa. ada la..pakai sekali dua. n lepas tu simpan. apa tips ehh nk pakai yg passion tu. kalau2 dpt, nak la jugak pakai semula. :P

    ReplyDelete
  2. waaa.hebat!!! kita masa baby pertama je yg bersungguh sampai dapat susukan die lebih 2 tahun, yang kedua ni sampai 5bulan je fully bf. skang dah campoe susu fm. ada jgk beli autumn passion tu..tapi rasa macam xselesa. ada la..pakai sekali dua. n lepas tu simpan. apa tips ehh nk pakai yg passion tu. kalau2 dpt, nak la jugak pakai semula. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kan auto pump 30 mnt, pastu stop kn..utk 10mnt pertama ko start dgn level 4, mode stimulation (yg kiri kana gilir2 tu), then masuk 11mnt ko tukar level 1 (yg ni mimic mcm baby tgh nyusu- kan baby slalu mula2 nyusu dia gelojoh hisap kuat2, lama2 slow) so kne follow cara tu..then msok minit 22 ko tukar level 4/5 blik..smpai la minit 30..tu je la yg kte buat..n mmg berkesan la..

      Delete

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus