Minggu lepas balik Ipoh setelah hampir 2 bulan tak balik. Banyak plan nak buat sepanjang balik Ipoh ni, sebab nya dah siap-siap ambil cuti hari isnin lagi. habis je kelas hari Sabtu, terus pick-up adik kat Shah Alam, then terus balik Ipoh. Hari Ahad plan nak celebrate birthday anak buah Masha yg ke 5 tahun, sebenarnya birthday dia 30/3, tapi celebrate awal sikit sebab 30/3 kan hari Rabu, Masha dah kerja kan, so disebab kan sekali-sekala balik, Masha pun nak celebrate best sikit la kan. Si Ekin ni request cupcakes nak ada gambar barbie. Jenuh juga la nak cari kedai cupcakes kat Ipoh yang dapat buat edible image with low price n cantek. Dok berBW, terjumpa 1 kedai ni dari hari Rabu lepas lagi, tapi tengah survey2 dulu. Dah la last minutes order, naseb akak tu dapat buat. Huh, lega. So kat bawah ni ada sikit gambar time celebrate. Ekin suke la sangat. Happy sebab dapat fulfilled apa yang dia nak, next time birthday Leya pula. Ni link belog kak Diba, nk promote cket >> DMuffinsart
Nak dijadikan cerita, time sampai Ipoh hari Sabtu tu, really spoil my mood. Wully buat hal plak, dia mengeluarkan bunyi yang tak best dari enjin, buka enjin dan tekan minyak keluar macam percikan api..huhu..cuak gak la..tapi gagah juga pergi rumah Tasek dan rumah akak malam itu, sampai rumah kereta dah bau hangit dah. Huhu..tak dapat nak bawak mak & akak jalan2..huhu..(>_<)..Abah terus tak bagi drive kereta hari Ahad tu. Nak repair bengkel tak buka pula, last2 naik kereta Saga Abah nak pergi jejalan. Kereta saga tu pula air cond rosak dengan cuaca di Ipoh sangat panas . Macam2 hal la plak. Gagah juga la keluar, sebab nak bawa mak n akak jalan2, dan nak pergi cari kain lining dalam untuk baju tunang. Dah beli kain, hari Isnin tu pergi tempah.:-)..Sangat tak sabar nak tengok hasil nya nanti. Harap kedai tu dapat jahit ikut design Masha. Cerita pasal baju tunang nanti Masha tulis lain. Pergi proton hari Isnin tu, sangat geram tapi sabar lagi, Wully rosak kat bahagian Altenator kat sebelah enjin, diorg cakap bahagian ni tak expect nak rosak, so diorang takde la spare-part. So, kena tunggu 1 or 2 hari baru dapat barang, dan baru leh repair. Yang Masha bengang nya, Proton service centre punya la besar macam kat hospital pun ada, sebab nya kena ambil nombor bagai time nak jumpa. Tapi takde spare-part.Pastu, diorg kena request dan tunggu barang sampai dari Shah Alam. Yang tak logic nya, ada ke kena tggu 1-2 hari baru sampai?..Macam la Ipoh-S.Alam jauh sangat.Tension btul, dah la malam Selasa ada test. Last2 Masha balik KL naik bus.huhu..adik tunggu kereta siap, dia bawa balik KL nanti. Finally, hari Khamis semalam baru dapat balik Wully ku. Nasib tak kena bayar apa2, sebab kereta still in warranty.
No comments:
Post a Comment