Wednesday, June 30, 2010

Heels ku tertinggal di Mimos.

Alkisah nya, labu..bukan pasal labu, ni pasal kasut lagi. Nak dijadikan cerita hari ini merupakan hari last untuk renew car sticker untuk kereta Masha yang biasanya parking dalam kawasan kondo, so kena ada sticker. Selalunya lunch break memang pukul 12, so tadi bergegaslah Masha ke kereta untuk balik ke rumah. Selalunya kalau memandu, Masha akan pakai selipar sebab lagi selasa. 

Jadi, seperti biasa lah, masuk je dalam kereta terus tukar heels kepada selipar, macamana ntah boleh tak perasan, sampai-sampai je rumah, heels Masha tinggal sebelah. Cari punya cari la kat bawah sit kan, takde pon.So, buat konklusi sendirilah bahawa heels sebelah lagi mesti tertinggal kt tempat parking Mimos.Nasiblah ada selipar dalam kereta, so naik rumah dengan selipar je la. Lepas dh selesai semua ambil car sticker yang baru, terus pecut balik Mimos. hehe..memang betul lah, heels lagi sebelah ada kat tempat parking tadi, nasib tak ada siapa yang nk ambil. Kalau tak, takkan nak pakai selipar masuk office kan.

Pikir balik, kelakar plak. Macamanalah boleh tercicir kasut tu. Nak dijadikan iktibar, pastikan pintu kereta tutup dahulu sebelum nak tukar kasut ke ape ke kat dalam kereta tu.Fine..(^_^)

Saturday, June 26, 2010

Wedgesholic..

Ingin bertukar dari kasual kepada tampak elegan?..Sememangnya 'wedges' datang dengan pelbagai stail dan ketinggian.
 
Disini, Masha bukanlah nk buat iklan ke apa ke, saje je nak bercerita sedikit mengenai 'wedges'. Wedges ini bukanlah kentang wedges yang dijual di KFC mahupun di pasar-pasar malam, tetapi wedges ini ialah sejenis kasut. Kasut yang Masha suka sangat pakai dari dulu lagi. Alkisahnya, tetiba je nak bercerita pasal wedges ni sebab siang tadi jenuhlah cari wedges ni kat Times Square dan Sungei Wang. bukannya tak jumpa, tapi semuanya se'pesen' je dekat semua kedai. Adalah dekat 20++ kedai jugak la masuk tadi semata-mata nak cari wedges ni. Sangat lah dukacita nya, tak ada yang terpaut dihati ini. Masha  bukannya membazir saja-saja nak beli wedges, tapi memang dah kena beli le sesangat sebab 2 kasut wedges Masha yang selalu Masha pakai pergi office ada yang dh lekang (dah 2x bubuh gam), dan 1 lagi patah dua. Sangat sedih tau. huhu.. Takpe lah, Mr.EverDale cakap nanti dia nak tolong carikan sama-sama. :-)

Nak tahu kenapa Masha suka lah sangat kasut jenis wedges ni. Untuk pengetahuan semua, wedges ni sememang nya kalau tengok sekali macam la pakai kasut macam bata, tapi Masha  tetap suka sebab kalau pakai wedges terasa lebih stabil dan kebarangkalian untuk tersandung atau terjatuh adalah kurang kalau dibandingkan dengan kasut heels yang lain. Lagi satu, wedges ni nampak stailo dan lebih fashionable la katakan.

Masha dah mula pakai wedges ni dari form 1 or 2 camtulah, sebab masa tu tengah trend pakai kasut macam bata ni, dan kasut wedges yang pertama sekali masha beli adalah kasut wedges color pink, cantik sangat sebab kt tapak wedges dia ada design bunga-bunga. Masha ni, kalau dah suka kat 1 barang tu, memang akan pakai selalu la kan. Dan tak tau la rasanya masa belajar degree dulu kot, kasut tu memang tak boleh diselamatkan lagi lah. dh rosak dan terpaksa lah buang.huhu..sedih lagi..

Apa Sebenarnya Kasut Tumit Wedge?

Pada kebanyakan kasut, tumit kasut (heels) biasanya duduknya di bawah tumit kaki, tetapi tumit wedge berada di bawah kaki anda sendiri (dari belakang kasut ke tengah atau depan kasut).Kalau nak lebih faham, wedge ini adalah berbentuk seperti baji (segi tiga). Tidak semua wedges itu tinggi, biasanya tumit wedge ini ada yang tinggi dan rendah, bergantung kepada tahap ketinggiannya yang  biasa membezakannya adalah bentuk dan panjang tumit itu.

Kebaikan Kasut Tumit Wedge

  • Kasut ini sememangnya tinggi, tetapi ia lebih senang untuk berjalan dengan lebih stilleto lagi.
  • Wedges ini nampak lebih kosmopolitan dan lebih sofistikated la katakan.
  • Kasut tumit wedge ini nampak lagi cantik dipakai untuk semua jenis skirt, seluar mahupun dress.
  • Kasut tumit wedges akan menampakkan si pemakainya lebih kurus.
Dan itulah saja sedikit sebanyak mengenai wedges, untuk info-info kepada semua yang meminati kasut wedges seperti saya. Di bawah ni, merupakan sedikit koleksi kasut wedges yang saya ada.


Wednesday, June 23, 2010

Otak kiri kah?..Otak Kanan kah?..

Tahukah anda bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri. Tetapi kaedah pendidikan di kebanyakan sekolah di seluruh dunia pada hari ini menekankan penggunaan otak kiri sahaja. Pengabaian fungsi otak kanan menyebabkan ia menjadi semakin tumpul dari hari ke hari. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu-individu yang memiliki otak kanan yang kuat. Walaubagaimanapun, otak kanan yang kuat menjadi kurang bermakna jika kita memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.

Ok lah, cukup la pendahuluan mengenai otak. Di sini saya hanya ingin berkongsi ilmu yang telah saya terima sepanjang saya bekerja,dan sambil training ini. Cara untuk mengenalpasti bahawa anda adalah seorang yang ber'otak kiri atau ber'otak kanan ialah seperti berikut :
  1. Mula-mula berdiri tegak (kalau tak boleh berdiri, duduk pon boleh).
  2. Cari satu garis lurus menegak di hadapan anda.
  3. Tumpukan kedua-dua mata pada garis lurus itu.
  4. Angkat jari telunjuk, dan dirikan jari telunjuk anda seiring dengan garis lurus itu.
  5. Kemudian, pejamkan mata anda sebelah kiri dahulu.. Ulang dengan menutup mata sebelah kanan pula. bergilir-gilir.
*** Keputusan : Tengok mata mana yang terbuka ketika jari telunjuk anda berubah arah, itulah mata dominan anda.Masih tidak faham lagi?..Macam ni, kalau dalam kes saya, saya domain mata belah kiri kerana apabila saya tutup mata sebelah kanan (kiri terbuka), jari saya bergerak. Maknanya, jika mata kiri menjadi domain, secara automatiknya, anda seorang yg ber'otak kanan. Dan jika mata kanan menjadi domain, anda seorang ber'otak kiri..:-)
Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.


Fungsi otak kiri
  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik.
  • Memahami bahasa.
  • Memahami matematik
Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
Jadi kesimpulannya, otak kanan lebih kepada kreativiti, imaginasi dan selalunya dikaitkan dengan orang yang menggunakan tangan kiri (kidal). Macam dalam family Masha kakak - kakak Masha semua kidal dan sememangnya mereka ni kreatif  la. Walaupun Masha tak kidal, tapi masih sama macam diorang - Kreatif .:-)

Manakala otak kiri lebih kepada memahami, mengingati, belajar dan apa-apa saja lah yang berkaitan dengan pembelajaran. Namun kedua-duanya mempunyai saling kaitan dan manusia menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk berfikir secara optimum. Apa yang paling penting ialah kita  perlu pandai menggunakan kedua-dua belah otak.

Monday, June 21, 2010

Kenan Haiwan

Topik ini telah menarik perhatian Masha dah lama dah. Sejak terbaca artikel dari kosmo mengenai kenan haiwan ini.Tak tahu la korang nk percaya atau tidak, terpulang kepada diri masing- masing mentafsir. Masha percaya sebab pernah terjadi kepada salah seorang dari sepupu Masha sendiri dimana dia terkena kenan haiwan belangkas kalau tak silap la. Kesian tengok dia, kaki dan tangan dia tak macam kanak-kanak lain. Dia nak berjalan pun macam susah. Ini semua kuasa Allah.

Dr. Amran Kasimin dalam bukunya Penjagaan Bayi dan Ibu Dalam Pantang mentakrifkan kenan berasaskan pemahaman orang Melayu ialah kecelakaan, sama ada merupakan penyakit atau kecacatan yang dialami oleh bayi yang baru dilahirkan akibat melanggar pantang, yang dilakukan ibu atau bapa ketika bayi masih dalam kandungan. Ia boleh terjadi kerana perbuatan membunuh, menyeksa binatang atau si pelaku melakukan sesuatu dalam keadaan lupa dirinya sedang mengandung.

Seorang bidan, Raja Aizam Raja Ahmad, 58, berkata, kenan juga mungkin boleh berlaku kepada ibu-ibu mengandung yang terkejut melihat binatang."Itu sebab pesan orang tua-tua dulu, kalau ibu sedang mengandung, lagi-lagi ketika hamil tiga bulan ke bawah, si ibu atau bapanya perlu menjaga kelakuan. Si suami dinasihatkan tidak pergi berburu atau memotong haiwan. "Mungkin apa yang berlaku itu kerana haiwan marah dan ia menjadi peringatan kepada manusia supaya tidak menyakiti haiwan. Lagipun, agama mendidik kita supaya saling menyayangi hidupan di muka bumi," katanya.Mak Engku mengingatkan, kenan bukan sahaja boleh berlaku akibat perbuatan ibu, bapa atau ahli keluarga semasa kehamilan tetapi juga bagi jangka masa sebelum itu.

Pengamal perubatan Islam di Darussyifa', Bangi, Abdul Rahman Nawas berkata, pendirian Islam berhubung hal ini ialah jangan percaya 100 peratus tetapi jangan tidak percaya langsung kerana telah berlaku banyak kejadian aneh sebegitu."Memang kenyataan sebenar tidak kita ketahui. Tapi kita mengambil pendirian kemungkinan kezaliman telah berlaku."Kita kena ingat semua makhluk di bumi ini berzikir kepada Allah. Maka, ia juga boleh berdoa kepada Allah."Berdasarkan hadis, doa orang yang dizalimi itu tidak ada hijab, ia terus sampai kepada Allah."Mungkin haiwan yang dizalimi berdoa memohon sesuatu ditimpakan ke atas mereka yang menzaliminya," ujarnya.Sebagai perlindungan, Abdul Rahman berkata, individu perlu sentiasa beringat dan memohon pertolongan Allah dalam setiap perkara yang dilakukan.Jika dalam keadaan terpaksa membunuh haiwan sekali pun, perlu diberikan amaran terlebih dahulu.

Contoh- contoh kes yang pernah terjadi, boleh dijadikan iktibar semua supaya sentiasa beringat sebelum berlaku kejam/sayang sangat terhadap binatang selepas ini.


1) Kenan kucing Siam

Berlaku di Kota Kuala Muda, Kedah. Aizat yang berusia setahun 4 bulan merupakan anak kepada pasangan bisu dan bermasalah pendengaran, Mohd. Rizal Mohamad, 34, dan Noraini Ahmad, 31. Tidak berketurunan orang putih atau Asia Barat, mahupun berdarah kacukan, kewujudan seorang kanak-kanak Melayu yang memiliki sepasang mata biru di negara ini dianggap luar biasa.Hal itu mendorong tercetusnya pelbagai tanggapan. Selain Aizat mungkin mewarisi ciri bapanya yang memiliki sebelah mata yang sedikit kebiruan, hubungan rapat ibu kanak-kanak itu dengan seekor kucing Siam peliharaan juga dikaitkan sebagai punca mata biru Aizat.

"Semasa mengandungkannya, ibunya gemar bermain dengan seekor kucing Siam yang bermata biru. Selalu selepas pulang dari kerja, dia akan bermain dengan kucing itu dan suka memandang matanya. Dia sering membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya yang kebiruannya.

2) Kenan katak 

Muhammad Noraiman Kamal yang sudah berusia 10 tahun tetapi masih tidak boleh berdiri dan kakinya membengkok. Keadaannya itu dikaitkan dengan kenan katak. "Begitulah keadaan anak saya. Umur 10 tahun tapi badan kecil macam budak umur setahun. Tangannya seperti tidak ada. Bila dia meniarap memang nampak macam katak," kata bapa Nor Aiman, Kamal Buyong, 70. "Biasanya pukul 2 atau 3 pagi dia masih berjaga dan saya bermain dengannya. Pukul 5 pagi baru dia tertidur," ujar Kamal yang dikurniakan 11 orang anak dan Nor Aiman merupakan anak bongsu.

Isterinya, Siti Ramlah Mamat, 53, bercerita, keadaan itu mungkin berlaku kerana dia pernah mencurahkan air kepada katak semasa mengandungkan Nor Aiman. "Saya terkejut, geli tengok. Saya curah air padanya. Rasanya tak panas sangat air itu. Masa itu, tak ingat yang saya mengandung. Kandungan baru berusia tiga minggu," ujarnya yang pasrah dengan takdir Tuhan dan tetap menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang..

3) Kenan monyet
Ada seorang lelaki yang telah menembak mati seekor ibu monyet semasa mudanya dan beberapa tahun selepas itu dia berkahwin dan melahirkan anak kenan monyet. Tangan anaknya panjang luar biasa, berjalan seperti monyet dan anaknya suka duduk di atas TV. Apa pun, kita kena ambil peka pesan orang tua-tua. Bila mereka larang pasti ada sebabnya. Tetapi kita juga kena ingat semuanya berlaku dengan kuasa dan ketentuan Allah.

Banyak lagi kisah kenan haiwan yang ingin Masha tulis disini. Tapi cukup la hanya 3 dulu untuk dijadikan iktibar.Wallahualam.(kredit kepada Kosmo dan Jurnal)

Friday, June 18, 2010

Cabut gigi guna roket!!


Bradley Harris, bapa kepada seorang kanak-kanak bernama Jimmy, menggunakan teknik unik apabila dia menggunakan sebuah roket kecil untuk mencabut keluar sebatang gigi anaknya yang berusia tujuh tahun. Dia memasang seutas tali halus pada gigi Jimmy yang rosak. Tali itu kemudian diikat pada sebuah roket. Jimmy diberi penghormatan untuk menekan butang pelancaran roket tersebut. Kejadian ini berlaku di Amerika Syarikat pada tahun lalu. (kredit kepada : Kosmo).Jom tengok video dia :)


Dulu masa kecik-kecik selalu juga cabut gigi sendiri guna benang juga. Tapi tak de la sampai guna roket kan. Tak pernah terpikir kot. Macam-macam la idea orang puteh ni.

Thursday, June 17, 2010

Anak Kucing Kepala dua

Seekor anak kucing yang dilahirkan pada minggu lalu di CHARLESTON mempunyai dua muka hanya mempunyai peluang 50% sahaja untuk hidup. Anak kucing itu telah diberikan nama Two Face oleh pemiliknya. Sesudah anak kucing itu dilahirkan ia dibawa ke sebuah klinik haiwan kerana ibunya enggan menjaga dan menyusukannya. Selain dua muka, haiwan tersebut mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat mata. Seorang doktor haiwan, Erica Drake, memberitahu anak kucing itu menghidap sindrom Diprosopus yang penghidapnya mempunyai satu kepala tetapi mempunyai dua wajah.(kredit kepada : Kosmo)

Kening = Rambut?


Kening..biasanya tak akan tumbuh panjang kerana tak perlu kot..Untuk pengetahuan semua, fungsi kening ni adalah untuk menghalang peluh yg terhasil(biasanya di dahi) untuk tidak masuk ke dalam mata anda..

Kalau kening kita tumbuh dengan sangat panjang yang melampau, mestilah ia akan menghalang pandangan kita..Lain pula bagi rambut, rambut perlu untuk tumbuh dengan panjang untuk mengekalkan suhu badan kita.

Haba dari badan kita boleh bebas melalui kepala dan kita juga akan kehilangan dengan lebih banyak haba dari badan jika kita tiada rambut(botak)..:-)

Wednesday, June 16, 2010

Kenapa kita tidak ingat semua mimpi kita?

Semua orang bermimpi, walaupun ada sesetengah orang berkata yang mereka tidak pernah bermimpi hakikatnya mereka bangun dengan 1 mimpi dan dapat mengingati mimpi tu dengan mudahnya. Sebab itu lah, kita semua boleh ingat hanya beberapa mimpi sahaja. Sainstis mimpi ada menganggarkan bahawa kita akan lupa 95 hingga 99% daripada mimpi kita semua.


Kita lupa akan mimpi kita dengan cepat kerana kita sebenarnya tidak 'betul-betul terjaga' dalam mimpi kita - oleh itu otak kita tidak boleh berfungsi di tahap yang paling tinggi. Satu-satunya yang kita hanya ingat adalah mimpi yang terakhir sekali sebelum kita bangun ataupun mimpi yang special yang ada kaitan dengan kehidupan harian dan diri kita (contohnya: kita mimpikan tentang kerja ke, ape2 je la).

Kalau anda ingin mengingati mimpi kita yang lain2, cuba amalkan sesudah bangun dari tidur di pagi hari, cepat2 catat semula mimpi kita yang kita masih ingat itu. Lama- kelamaan anda akan terkejut, kerana anda dapat mengingati mimpi anda dengan banyak sekali..'Selamat Mencuba'..:-)..(Dalam cubaan untuk menulis dalam B.Malaysia dengan betul..huhu..mcm tulis karangan le pulak)..

Nama Artis Hollywood yang susah nk sebut

Kte ni dari zaman sekolah lagi memang suka sangat lah menyanyi dan dh memang hobi kot melalak..naseb suara sedap hehe.. (angkat bakul nampak)..pa pe pon, sejak dari dulu lagi kte dh discover ade beberapa nama artis, xkira la penyanyi or pelakon yang bagi kte susah jugak la nk menyebutnya, agak berbelit jugak la lidah nk menyebut..so..di sini, kte dh kumpul kan dari pemerhatian kte selama ni..antara artis-artis nya :

1) Arnold Schwarzenegger a.k.a Arnold Susah Nk Eja

2) Sylvester Stallone

3) Natalie Imbruglia

4) Christina Aguilera a.k.a. kristina aku gila

5) Enrique Iglesias

6) Avril Lavigne

7) Kylie Minogue
 
8) Macaulay Culkin

Tula je kot..yang bagi kte le susah sikit nak sebut, xtau la bg korang kn..:-)

Tuesday, June 15, 2010

Printer yang cambest..

Printer ni memang takde dijual di mana2.. Just in my blog..Yang best nye printer ni dia punya hasil bley mkn.. Malas nk berceloteh panjang..Check it out!!!

Best kan..Roti Bakarrrr!!!!

10 Coolest Usb Drive..

Huhu..geram2 tengok Usb drive ni..semua cute dan comel2 belaka.. Dh lama dapat pic ni, just tak de masa je nak update dalam blog..Just check it out!!!...

 
 

Monday, June 14, 2010

Kesian Kereta ni..

Jumaat lepas, lepas balik dari tengok Prince of  Persia.. On the way nak balik ternampak la kereta ni..kesian plak tgk..ekzos kereta dia dh le nk jatuh dh..pas tu driver tu tak tau le dia perasan ke tak kan ekzos dia jatuh..terseret le sepanjang jalan..sekejap kereta tu kt belakang kite..sekejap kt depan..pa pe pon memang menarik hati kite la tengok kan..tu yang p snap pic ni..(Bukan niat nk menghina k, just for fun)..




Thursday, June 3, 2010

Besday Abah yg ke 56th..

Last week blik Ipoh..almost 1 month gak le dh xblik Ipoh..huhu..rindu2 sume..cuti ari2 lame cket + cti wesak n amik 1 ari lg utk annual leave..so jdi nye cuti 4 ari le..hehe..alkisahnye plan nk blik ipoh ari khamis mlm..drive tp..adik kte si bdk kecik 2 xdpt nk blik on dat wekend sbb de Youth'10 kt pwtc..so kte pon terpakse le blik naek bus jgk nk xnk..xde sape nk accompany kn..sbb kte ni kalo stat kui 6pm je dh xnmpk..mate ni pe prob ntah..nk drive mlm lg le xbuley..silau yg amat..sgt kuciwa jgk le xdpt nk blik cpt..sbb antara misi lain sbb blik ni jgk adelah sbb nk g repair kancilku yg lme rusak mcm2 la..keter lame le katekn..so..kte pon amik le bus ari jumaat..wiso gak le takot xde bus kn, sbb cuti kn..alhamdulillah, dpt jgk bus n slamat pergi dan pulang dgn jayenye..

Cerita di ipoh plak..smpai2 ipoh je tros g rmh akak..cian anak2 buah ku ni..rindu sgt kat makcik die..smpai je dh terlompat2..then sembang2..mlm bru blik rmh..abh amik..esk nye..g dating ngan kwn ku yg dh almost 8years gak le xjmpe..huhu..Lee Kuan Wai..ex-classmate time study kt Seri Intan dlu..ingtkn dh lost cntact, tp..fb jgk yg menemukan kami kmbali..kuar jmpe die..teman die g saloon, n g mam..besh jgk la..sembang2..dh lme xjmpe kn..

Esknye plak besday abah 30 Mei..alkisahnye plak..kte a week before nk blik ipoh de la survey cupcakes kt area ipoh..nk order le katekn..sbb nesday abh..dh anta email n msg kt email Kak Nora (owner NrYummie)..xde response..huhu kuciwa jgk le..ingtkn xjdi nk tempah cupcakes..tp tup2 pg2 ahd 2..kak Nora de kol ckp kek dh siap..semangat jgk le..mangun awai2 pg kn..g sesiap..plan ari2 nk g saloon ptg rmbt n bwk mak skali ptg rmbt..tgk rmbt mak dh pnjg..so kami pon sme2 le kuar..kte drive..hehe..ari2 leh bwk lari keter abh..best2..abh rehat kt rmh je..dkt 3 jam jgk le g buat rmbt kte je..kte ptg+rebonding blik+treatment..mak ptg+cuci je..ok la..pueh ati2..blik 2 plak..nk start keter dh xleh..stereng lock..cuak plak kn..xtau nk wat cmne..kol abh berkali2..xdpt..kol b pon xdpt..huhu..almost 15mnt gak le tercagak dpn saloon 2 tggu kot2 leh start blik kn..finally de uncle india ni tlg...ler...snng je nk unlockkan die blik..huhu..terasa bdh skjap le plak kn..juz pusing blik stereng ikot arah jam kuat2..then dh unlock..senang je..xpe2..pengajaran utk ari2..pasni dh tau..(",)..

Then, pas2 g tesco extra plak..abh pesan suh bli penyapu n minyak le plak kn..so, g la ngan mak..lgpon g tesco sbb nk pick up cupcakes yg dh siap 2..kak Nora nk anta kt ctu..dh siap bli2 sume n amik kek pas2 blik le rmh..pas2 akak kol suh amik die kt rmh plak..tros le kuar blik g amik akak n bdk2 yg cute 2 org 2..sbb nk celebrate besday abh kn..besh2 gak le..smpai rmh..mkn2 n celebrate besday abh..cupcakes 2 mmg sdp..kli ni mmg pueh ati..thanx kak Nora..n lastly wanna wish "Happy Birthday to Abah ku, Suhaimi bin Ja'afar yg ke 56 tahun"..smoga abah sehat slalu n dimurahkan rezeki..Luv u both..(^_^)..

adik leya n akak ekin yg tgh eppy aunty die blik..

Adik leya tgh bersungguh mkn cupcakes gne sudu smpai hancur dibuatnye..mkn pon berdiri..sian..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus