Saturday, June 26, 2010

Wedgesholic..

Ingin bertukar dari kasual kepada tampak elegan?..Sememangnya 'wedges' datang dengan pelbagai stail dan ketinggian.
 
Disini, Masha bukanlah nk buat iklan ke apa ke, saje je nak bercerita sedikit mengenai 'wedges'. Wedges ini bukanlah kentang wedges yang dijual di KFC mahupun di pasar-pasar malam, tetapi wedges ini ialah sejenis kasut. Kasut yang Masha suka sangat pakai dari dulu lagi. Alkisahnya, tetiba je nak bercerita pasal wedges ni sebab siang tadi jenuhlah cari wedges ni kat Times Square dan Sungei Wang. bukannya tak jumpa, tapi semuanya se'pesen' je dekat semua kedai. Adalah dekat 20++ kedai jugak la masuk tadi semata-mata nak cari wedges ni. Sangat lah dukacita nya, tak ada yang terpaut dihati ini. Masha  bukannya membazir saja-saja nak beli wedges, tapi memang dah kena beli le sesangat sebab 2 kasut wedges Masha yang selalu Masha pakai pergi office ada yang dh lekang (dah 2x bubuh gam), dan 1 lagi patah dua. Sangat sedih tau. huhu.. Takpe lah, Mr.EverDale cakap nanti dia nak tolong carikan sama-sama. :-)

Nak tahu kenapa Masha suka lah sangat kasut jenis wedges ni. Untuk pengetahuan semua, wedges ni sememang nya kalau tengok sekali macam la pakai kasut macam bata, tapi Masha  tetap suka sebab kalau pakai wedges terasa lebih stabil dan kebarangkalian untuk tersandung atau terjatuh adalah kurang kalau dibandingkan dengan kasut heels yang lain. Lagi satu, wedges ni nampak stailo dan lebih fashionable la katakan.

Masha dah mula pakai wedges ni dari form 1 or 2 camtulah, sebab masa tu tengah trend pakai kasut macam bata ni, dan kasut wedges yang pertama sekali masha beli adalah kasut wedges color pink, cantik sangat sebab kt tapak wedges dia ada design bunga-bunga. Masha ni, kalau dah suka kat 1 barang tu, memang akan pakai selalu la kan. Dan tak tau la rasanya masa belajar degree dulu kot, kasut tu memang tak boleh diselamatkan lagi lah. dh rosak dan terpaksa lah buang.huhu..sedih lagi..

Apa Sebenarnya Kasut Tumit Wedge?

Pada kebanyakan kasut, tumit kasut (heels) biasanya duduknya di bawah tumit kaki, tetapi tumit wedge berada di bawah kaki anda sendiri (dari belakang kasut ke tengah atau depan kasut).Kalau nak lebih faham, wedge ini adalah berbentuk seperti baji (segi tiga). Tidak semua wedges itu tinggi, biasanya tumit wedge ini ada yang tinggi dan rendah, bergantung kepada tahap ketinggiannya yang  biasa membezakannya adalah bentuk dan panjang tumit itu.

Kebaikan Kasut Tumit Wedge

  • Kasut ini sememangnya tinggi, tetapi ia lebih senang untuk berjalan dengan lebih stilleto lagi.
  • Wedges ini nampak lebih kosmopolitan dan lebih sofistikated la katakan.
  • Kasut tumit wedge ini nampak lagi cantik dipakai untuk semua jenis skirt, seluar mahupun dress.
  • Kasut tumit wedges akan menampakkan si pemakainya lebih kurus.
Dan itulah saja sedikit sebanyak mengenai wedges, untuk info-info kepada semua yang meminati kasut wedges seperti saya. Di bawah ni, merupakan sedikit koleksi kasut wedges yang saya ada.


1 comment:

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus