Monday, June 21, 2010

Kenan Haiwan

Topik ini telah menarik perhatian Masha dah lama dah. Sejak terbaca artikel dari kosmo mengenai kenan haiwan ini.Tak tahu la korang nk percaya atau tidak, terpulang kepada diri masing- masing mentafsir. Masha percaya sebab pernah terjadi kepada salah seorang dari sepupu Masha sendiri dimana dia terkena kenan haiwan belangkas kalau tak silap la. Kesian tengok dia, kaki dan tangan dia tak macam kanak-kanak lain. Dia nak berjalan pun macam susah. Ini semua kuasa Allah.

Dr. Amran Kasimin dalam bukunya Penjagaan Bayi dan Ibu Dalam Pantang mentakrifkan kenan berasaskan pemahaman orang Melayu ialah kecelakaan, sama ada merupakan penyakit atau kecacatan yang dialami oleh bayi yang baru dilahirkan akibat melanggar pantang, yang dilakukan ibu atau bapa ketika bayi masih dalam kandungan. Ia boleh terjadi kerana perbuatan membunuh, menyeksa binatang atau si pelaku melakukan sesuatu dalam keadaan lupa dirinya sedang mengandung.

Seorang bidan, Raja Aizam Raja Ahmad, 58, berkata, kenan juga mungkin boleh berlaku kepada ibu-ibu mengandung yang terkejut melihat binatang."Itu sebab pesan orang tua-tua dulu, kalau ibu sedang mengandung, lagi-lagi ketika hamil tiga bulan ke bawah, si ibu atau bapanya perlu menjaga kelakuan. Si suami dinasihatkan tidak pergi berburu atau memotong haiwan. "Mungkin apa yang berlaku itu kerana haiwan marah dan ia menjadi peringatan kepada manusia supaya tidak menyakiti haiwan. Lagipun, agama mendidik kita supaya saling menyayangi hidupan di muka bumi," katanya.Mak Engku mengingatkan, kenan bukan sahaja boleh berlaku akibat perbuatan ibu, bapa atau ahli keluarga semasa kehamilan tetapi juga bagi jangka masa sebelum itu.

Pengamal perubatan Islam di Darussyifa', Bangi, Abdul Rahman Nawas berkata, pendirian Islam berhubung hal ini ialah jangan percaya 100 peratus tetapi jangan tidak percaya langsung kerana telah berlaku banyak kejadian aneh sebegitu."Memang kenyataan sebenar tidak kita ketahui. Tapi kita mengambil pendirian kemungkinan kezaliman telah berlaku."Kita kena ingat semua makhluk di bumi ini berzikir kepada Allah. Maka, ia juga boleh berdoa kepada Allah."Berdasarkan hadis, doa orang yang dizalimi itu tidak ada hijab, ia terus sampai kepada Allah."Mungkin haiwan yang dizalimi berdoa memohon sesuatu ditimpakan ke atas mereka yang menzaliminya," ujarnya.Sebagai perlindungan, Abdul Rahman berkata, individu perlu sentiasa beringat dan memohon pertolongan Allah dalam setiap perkara yang dilakukan.Jika dalam keadaan terpaksa membunuh haiwan sekali pun, perlu diberikan amaran terlebih dahulu.

Contoh- contoh kes yang pernah terjadi, boleh dijadikan iktibar semua supaya sentiasa beringat sebelum berlaku kejam/sayang sangat terhadap binatang selepas ini.


1) Kenan kucing Siam

Berlaku di Kota Kuala Muda, Kedah. Aizat yang berusia setahun 4 bulan merupakan anak kepada pasangan bisu dan bermasalah pendengaran, Mohd. Rizal Mohamad, 34, dan Noraini Ahmad, 31. Tidak berketurunan orang putih atau Asia Barat, mahupun berdarah kacukan, kewujudan seorang kanak-kanak Melayu yang memiliki sepasang mata biru di negara ini dianggap luar biasa.Hal itu mendorong tercetusnya pelbagai tanggapan. Selain Aizat mungkin mewarisi ciri bapanya yang memiliki sebelah mata yang sedikit kebiruan, hubungan rapat ibu kanak-kanak itu dengan seekor kucing Siam peliharaan juga dikaitkan sebagai punca mata biru Aizat.

"Semasa mengandungkannya, ibunya gemar bermain dengan seekor kucing Siam yang bermata biru. Selalu selepas pulang dari kerja, dia akan bermain dengan kucing itu dan suka memandang matanya. Dia sering membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya yang kebiruannya.

2) Kenan katak 

Muhammad Noraiman Kamal yang sudah berusia 10 tahun tetapi masih tidak boleh berdiri dan kakinya membengkok. Keadaannya itu dikaitkan dengan kenan katak. "Begitulah keadaan anak saya. Umur 10 tahun tapi badan kecil macam budak umur setahun. Tangannya seperti tidak ada. Bila dia meniarap memang nampak macam katak," kata bapa Nor Aiman, Kamal Buyong, 70. "Biasanya pukul 2 atau 3 pagi dia masih berjaga dan saya bermain dengannya. Pukul 5 pagi baru dia tertidur," ujar Kamal yang dikurniakan 11 orang anak dan Nor Aiman merupakan anak bongsu.

Isterinya, Siti Ramlah Mamat, 53, bercerita, keadaan itu mungkin berlaku kerana dia pernah mencurahkan air kepada katak semasa mengandungkan Nor Aiman. "Saya terkejut, geli tengok. Saya curah air padanya. Rasanya tak panas sangat air itu. Masa itu, tak ingat yang saya mengandung. Kandungan baru berusia tiga minggu," ujarnya yang pasrah dengan takdir Tuhan dan tetap menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang..

3) Kenan monyet
Ada seorang lelaki yang telah menembak mati seekor ibu monyet semasa mudanya dan beberapa tahun selepas itu dia berkahwin dan melahirkan anak kenan monyet. Tangan anaknya panjang luar biasa, berjalan seperti monyet dan anaknya suka duduk di atas TV. Apa pun, kita kena ambil peka pesan orang tua-tua. Bila mereka larang pasti ada sebabnya. Tetapi kita juga kena ingat semuanya berlaku dengan kuasa dan ketentuan Allah.

Banyak lagi kisah kenan haiwan yang ingin Masha tulis disini. Tapi cukup la hanya 3 dulu untuk dijadikan iktibar.Wallahualam.(kredit kepada Kosmo dan Jurnal)

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus