Dengar tajuk pun dah geli geleman dah. Dah takde air lain ke, air kencing gak digunakan, leh masak ke telur tu?.huhu, setahu Masha la, Air kencing takde la panas sangat , suam2 kuku sebabnya biasa dah terkena air kencing anak buah ni, kalau time dukung diorang or time mandikan/pakai pampers diorang. Harini, terbaca news pasal di Beijing - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun. Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa. Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan Chef itu mengambil air itu pada setiap hari. Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya. Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk.(Ps:Nasib dengan kulitnya, kalau tanpa kulit..Agak2 siapa la yang nak makan kan).(Sumber : Kosmo)
No comments:
Post a Comment