Wednesday, July 31, 2013

Wordless Wednesday ver 3.8

P/s: mimik muka time tdo..so adorable this little baby A.M.S.A@ 11days old..

Tuesday, July 30, 2013

Rindu babah dah..

As-salam,

Bersiaran langsung dari Taman Tasek Mewah, Ipoh..alkisah nya, ahad lepas (baby bru umur 8hari), Masha, hubby, mak n baby telah selamat sampai di Ipoh, dimana Masha akan berpantang sepenuhnya di sini..

Hari ini (hari ke 11) baru Masha start berurut utk 3 hari berturut2..tak pernah la seumur hidup ni bg org urut bdn ni..ni 1st time la..hehe..lega ya amat la after berurut almost sejam..esok sambung mandi daun plak..alhamdulillah, saket operate dah xrase..Masha tak bertungku dan berbarut buat masa terdekat ni..just berpantang makan, makan tablet haruan n berurut je..

Harini juge, babah nye nak blik kl dah..kalo ikot hati ni, takmo bagi babah blik..tp babah kne kje..huhu..nanges plak tdi time babah nk blik..xpe2..sabo, next week dah nk raya..babah blik..to babah, jgn noty2 ye..jaga kesihatan, jgn lupe makan k..kte jumpa next week..luv mish u..

Tuesday, July 23, 2013

Introducing..our newborn

As-salam,
Alhamdulillah, pada 20 Julai 2013/ 11 Ramadhan 1434 H, jam 2.43pm, Masha telah selamat delivered our little caliph- baby girl- 3.90kg, ceaserian- coz baby macrosomic (big baby)..dan sekarang sudah berada di rumah( warded 3 ari je)..smlm blik rumah n ahad ni baru gerak blik ipoh..tq semua yang mendoakan masha n baby..syukur sangat..terima kasih Allah di atas kurniaan ini..

Wednesday, July 17, 2013

Dilema 39 weeks+ 4days

As-salam, 

Bersiaran secara terus dari Vista Pinggiran..hehe..sejak awal Ramadhan lagi Masha dah start cuti, disebabkan ada appointment dgn doc (10July), weekly checkup (15 July) dan menunggu hari..Suppose EDD 20 July (Sabtu) ni..huhu..kalo tolak hari ni lagi 2 hari je lagi..tanda nak bersalin masih tiada..kalo 21 July ni, genap la baby 10 bulan dalam womb ni..suke nye anak ummi ni berhibernasi dalam womb ummi ye..

Alhamdulillah..syukur kerana masih diberi tenaga olehNya untuk berpuasa buat hari ke 8 di bulan Ramadhan yang barakah ini..Tetapi, dalam hati ini hanya Tuhan je yang tahu, betapa bercampur baur perasaan dah ni, tak sabar nk bersalin tapi resah gelisah takut sume ada menanti hari Sabtu ni. Last checkup (39weeks) dan merupakan 1st checkup di Hospital Serdang (sebab selama preggy, checkup kt KK S.Alam). Result as below: 

Ummi
  • Berat (kg) : 78 kg (turun cket dari last checkup 38weeks (79kg)) +- total weight gain since preggy (78kg - 56kg = 22kg)..woott2..target after 2 months confinement : 55kg..yakin boleh..(",)
  • Albumin , Gula : Normal
  • Hb : Normal-Good
  • Tekanan darah : 121/88 ( naik cket, slalu <117, maybe sebab tuko klinik kot..mesin pon lain)
Baby
  •  Fetal Movement (FM) : Good (>10times per day)
  •  Estimated Fetal Weight (EFW) : 3.8kg +-..last checkup at 38 week (3.38kg)..naik within 1 week = 0.5kg
So, kesimpulannya di sini, anak ummi ni membesar bagai juara dalam womb ni..memang result estimated baby weight tu 3.8kg, dan menurut kata doc baby bakal lahir +- 400gram..either ringan cket or berat menjangkau 3.9kg..hoho..Masha terasa cuak disitu..Doc plak menakut2kan lagi, cakap takut bahu tersangkot la, ape la..siap suruh pilih nk bersalin normal or operate..Masha dengan yakinnya menjawab, sy nak try normal doc, walaupun doc dah explain pro n cons..huhu..sampai 3 x la Masha jawab nak normal. Tak pernah lagi la dalam sejarah adik beradik Masha or mak Masha bersalin operate..huhu..Masha tetap yakin dengan ketentuan Allah dan redha kalo terpaksa bersalin operate gak ke, dan percaya Allah akan tolong, dengan berkat doa dari semua orang dan berkat bulan Ramadhan ni..Aminn..So, kalo within this 1-2days (Rabu till Jumaat) masih tidak turun tanda, Masha perlu menyerah diri ke Hospital Serdang-8 am untuk proses induce (disebabkan pada 37 weeks, tak semena2 Masha disuspect MGTT (kencing manis) after kena minum air gula sbb berat naik banyak, walaupun bacaan BSP after that normal <5.4..huhu..sadis), so, bagi ibu2 yang suspect diabetic tu perlu bersalin before EDD, kalo still tak bersalin, kena induce..huhu..doakan Masha n baby selamat ye kawan2.

Usaha untuk cepat bersalin

Masha start 36 weeks, dah cuba pelbagai cara dan amalan untuk memudahkan / mempercepatkan proses bersalin, tak salah rasanya kita mencuba. Antaranya:
  • Amalkan bacaan surah Yasin dan surah Maryam setiap hari
  • Kadang2 buat Qiamullail, kalau tak mampu or badan tak berapa best, buat solat sunat Tahajjud, Hajat dan Taubat..since bulan puasa ni dah start cuti, alhamdulillah Masha dapat buat hari2.
  • Berdoa setiap kali solat fardhu dengan sujud lama2 sebelum tahiyat akhir
  • Minum air milo + telur ayam mentah
  • Minum air akar Fatimah
  • Perbanyakkan berjalan-turun tangga rumah tingkat 14, berjalan2 kat Mall
  • Perbanyakkan senaman - senaman mencangkung dan jalan itik, merangkak (angkat bontot), duduk tegak sambil merapatkan kedua2 tapak kaki dan tekan lutut untuk bagi tekanan bukaan.
  • Minum air zam-zam
  • Makan bendi
  • Minum air kelapa
  • Kerap bersama suami
  • Amalkan doa Nabi Yunus, ayatul Kursi dan 3 Qul
  • Selalu bercakap dengan baby, dan pujuk baby
Mostly semua amalan dan usaha ni sama macam dalam blog lain setelah digoogle. Kita berusaha, hanya Allah yang tentukan. Lupa nak bagitau, sejak masuk awal puasa, Masha start mengalami alahan gatal2 kat kaki dan tangan. Jenuh la menggaru..huhu..yela, sejak awal preggy kan Masha xbanyak alahan, time nak bersalin ni baru datang alahan tu, Masha redha lagi, dugaan Tuhan yang Maha Adil, bagi Masha merasa juga alahan semasa hamil dan think +ve, setiap sakit merupakan penghapus dosa. Setiap orang ada bahagian nya, dan sama juga dengan Masha. I must be strong for my baby. Usaha, Doa dan Tawakal..Hopefully, lepas ni dah bleh update pasal baby dan confinement je plak kn..hehe..doakan Masha dan baby ye semua yang membaca blog ni..dan Masha nak minta maaf banyak2 sekiranya coretan Masha ini ada menyinggung atau apa2 kesalahan lah. Luv u all..

  Sejak dari 1 month lagi, till now, Mr. Hubby akan amik pic untuk kenangan progress perkembangan Masha n baby..hehe..disebabkan xde can nak amik official maternity pic..huhu..xpe la..gambar keseluruhan (1-9month) tungguuuu..


Tuesday, July 9, 2013

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan' 1434 H

As-salam,

Malam ini umat Islam semua akan mula menunaikan Solat Tarawih, dan esok , 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan, kita semua akan berpuasa. Alhamdulillah..syukur masih diberi kesempatan ini untuk berpuasa disamping suami terchenta n my little caliph in my womb for 38 weeks 2 days..(",)..Di sini, Masha upload sedikit refreshment untuk kte semua tentang puasa di bulan Ramadhan..


p/s: Jangan lupa niat dan bersahur ye kawan2..hopefully esok masih diberi tenaga untuk berpuasa..

Thursday, July 4, 2013

Bahaya nya minuman 3 in 1

As-salam,

Waaa...selama ni suka sangat minom milo 3 in 1 kan, macam2 3 in 1 la..rupa2 nya, minuman ini berbahaya..Baru terbaca satu artikel tadi mengenai minuman 3 in 1 ini..check it out:

Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambahkan tenaga.
 
source: google image

Kandungan minuman 3 in 1...

✔ Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
✔ Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
✔ Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh memberhayakan kesihatan.
✔ Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
✔ Setiap pek turut mengandungi sehingga 200kalori.
✔ Jumlah kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
✔ Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
✔ Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperolehi.

Sumber : Program Dipetik Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.

Tempahan Ribbon Rose- June2013

As-salam,

Alhamdulillah, sudah masuk bulan Julai, dan next Wednesday- 10July insyaAllah, umat Islam di seluruh dunia ini akan berpuasa di bulan Ramadhan. Sekejap je rasanya, sedar tak sedar baby dah nak masuk 38 weeks..Bila anak ummi ni nk keluar ye..hehe..nak ummi puasa dulu eh..takpe2..apa2 pon, semoga di bulan Ramadhan yang barakah ini, kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, pahala yang berlipat ganda dan kebahagiaan menyambut Ramadhan bersama orang yang tersayang..Alhamdulillah, ada juga customer yang berminat nk order ribbon rose lagi.

Bunga Ribbon Rose

1. Tempahan Dari Pn. Najwa 'Awatiff (Jun 2013): Dark Red (7 kuntum - 2.5 inch (6.35cm) --> Untuk baju peplum budak2..comei..Kepada sesiapa yang berminat nk beli baju raya untuk anak2, sila lah cuci mata di Ribbon & Blush..TQ.


~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus