As-salam,
Bersambung lagi story pasal pregnancy n delivery ni, seperti yang sedia maklum. Masha bersalin secara operation-caesarean dan kaedah berpantang juga lain dari yang bersalin normal. Masha rasa Masha la orang yang pertama bersalin c-sect ni dalam family, sebab kakak2 Masha dan mak Masha semua bersalin normal..Hurmm..ape nak buat, untuk keselamatan baby n ummi..Tapi rasa best plak bersalin c-sect ni..hehe..
Minggu pertama berpantang
Masha berpantang di rumah sendiri di Equine, Seri Kembangan. Nasib mak ada dan mak n hubby banyak tolong. Sepanjang berpantang, mak la yang tolong mandikan baby, tolong uruskan Masha n baby..yela, 1st time kan, xtau nak uruskan lagi. Masha seminggu selepas bersalin, badan masih tak berapa kuat..Jalan pon slow2 lagi, semua pergerakan slow..nak bangun katil, nak jalan. Keluar je wad aritu, En. Hubby tros report kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan pasal delivery ni, dan nurse ada datang ke rumah melawat baby n Masha 2 hari lepas keluar wad. Nurse check tali pusat baby n bekas jahitan c-sect Masha je. Alhamdulillah, semuanya ok. Enam hari di rumah, Sabtu nye Masha, mak, baby n En. Hubby gerak balik Ipoh, sebab Masha akan berpantang sepenuhnya di hometown nanti.
Makcik urut pon datang pada hari Rabu, dia mengurut buat 3 hari berturut-turut dan pada hari kedua makcik tu bawak daun2 herba untuk buat mandi selepas mengurut. Best sangat la mengurut ni rupanya, badan jadi fresh dan angin semua keluar la..lega sangat..Makcik tu mengurut 1 badan la, tapi tempat jahitan c.sect dia tak kacau. Hari ketiga mengurut, makcik tu mencukur rambut baby sekali. Lega semuanya dah settle, untuk sesi mengurut Masha dan cukur rambut baby dalam masa 3 hari tu harga charge RM70 sahaja..really affordable la.
Masha start minggu kedua berpantang tu Masha dah kuat sikit dah, dah boleh jalan dan dukung baby la.Alhamdulillah, luka Masha cepat sembuh, Masha tak sapu apa2 pun, juz make sure lepas mandi keringkan tempat jahitan dengan kapas/tisu kering dan make sure betul kering baru pakai seluar. Masha pakai seluar dan stokin tu wajib sepanjang tempoh berpantang. Sepanjang 2 minggu selepas berurut tu, Masha mandi air rebusan daun2 herba dan guna sabun Magic Body Slim Soap dan Feminine Wash (JSD). Memang lepas mandi fresh sangat la..Setiap kali lepas mandi pagi tu, sapu minyak panas 1 badan dan Deep Heat Lotion (JSD) dan pakai korset PB-pengganti bengkung. Masha start pakai korset ni lepas 3 minggu bersalin, dan apabila luka2 betul2 dah tak sakit dan kering.
Baby plak, elok je 7 hari lepas bersalin terus gugur tali pusat. Masha juz sapu alkohol yang hospital provide lepas je mandi sapu. Alhamdulillah, baby juga tak kena kuning. Stiap kali lepas mandi baby, mak akan tuam baby dengan tuam yang mak buat sendiri dimana dalam tu mak letak lada itam, lada putih, tali pusat baby dan bungkus cantik2. Ni untuk elak baby kembung. Alhamdulillah, baby tak kena kembung perut pon till now.
Menu makanan Masha plak sepanjang berpantang ialah Ikan Haruan- yang ni wajib. Mak buat masak air+ bawang putih dan lada itam, kadang2 buat masak sup. Masha makan Ikan Haruan ni 2 minggu berturut -turut la. Sampai naik muak..huhu..sabo je la..then masok minggu ke 3, Mak dah try bagi Masha makan sup ayam, dan sayur2 wajib ada untuk elakkan sembelit. Minum plak, Masha kuat minum air, sehari sebotol besar mineral boleh habis dan setiap pagi n malam wajib minom air horlicks. Ni pon minum sampai dah tak lalu nak minum la..haha..
Supplement plak, Masha consumed set bersalin dari Jamu Susuk Dara (JSD), 4 botol- Jamu Jalinan Cinta (sebotol/40biji) dan 2 botol-Tablet Haruan Omega (sebotol/25 biji) sepanjang tempoh berpantang. Alhamdulillah, so far ok la..badan pon tak penat sangat. Till now, Masha still pkai korset Premium Beautiful (PB) tu (sebab memang dari before preggy pon dah pakai), baru rasa macam tegap dan yakin je badan. Badan pon dah slim cket macam before preggy, juz ade beberapa kilos kena turunkan..hehe..Itu sajork coretan sepanjang proses Masha berpantang.
No comments:
Post a Comment