Friday, November 15, 2013

Pengalaman Bersalin Caesarean in Hospital Serdang

As-salam, 

Sabtu, 20 July 2013, pukul 8.00am
Baby dah 3 bulan lebih, baru nak story pasal pengalaman bersalin kan..Takpe la, masih tersimpul rapi lagi sweet memory ni.  Boleh la nak story cket2. Kisahnya bermula pada kesinambungan dari entry Masha time 39 week dulu. Nak dijadikan cerita, Masha pon menyerah diri la ke Dewan Bersalin, Hospital Serdang. Hari tu bersamaan, Sabtu, 20 July, 11 Ramadhan 1434H, dan Masha masih berpuasa. Masha pergi dengan En.Hubby je, sebab risau kena tunggu lama, taknak la mak tunggu lama-lama kan. Sebelum keluar rumah tu, dah salam mintak maaf dengan mak macam-macam. Mak pun bagi nasihat n doa semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Sampai je hospital, hubby drop Masha kat Kompleks Dewan Bersalin, dan pergi cari parking, Masha pergi kaunter register sendiri. Orang datang Dewan Bersalin tu dah nak sakit bersalin, yang Masha ni jalan elok lagi sebab takde tanda turun langsung walaupun dah sampai EDD-40 weeks.

Pukul 9-10.30am
Then, lepas sign Surat Kebenaran untuk hubby teman semasa bersalin, dan bagi Surat GL dari UiTM dan surat ape lagi ntah, nama Masha dipanggil. Buat prosedur macam biasa, kena check darah, blood pressure dan air kencing. Semuanya ok. Time ni En. Hubby tengah tunggu kat luar. Then nurse mintak masuk ke Bilik Saringan/ Persediaan (PAC) dimana dalam bilik ni, nurse dan doctor akan buat checkup keadaan kita dan baby. Masha pon dapat katil, dan ada Mesin CTG di sebelah katil Masha, nurse tampal kan wire Mesin CTG tu kt perut untuk check heartbeat baby. Pon dengar la heartbeat baby yang sangat laju macam bunyi kipas kt siling tu. Stay kat situ dalam kui 9 -9.30am kot, sepanjang kt bilik tu, terdengar la akak Bangla kat sebelah ni dok mendengus2 kadang2 menjerit cakap sakit2..hoho..Masha yang tak sakit pon, macam boleh terasa2 je sakit nya..kadang2 annoying gak..sabo je la..then nurse n doc datang, nak check VE (bukaan rahim), diorang de interview cket dan tanya macam2, then Masha pon jawab ala kadar je, sebab semuanya dah stated dalam buku pink tu kan, mula2 nurse suh bukak panties n legging yang Masha pkai time tu. Segan plak. hehe..al-maklum la, 1st time kan. Then Doc pesan suh tarik nafas, Masha pon tarik la nafas, then dia dapat masuk 1 jari je = 1cm je la..Memang xde bukaan sangat pon. Tak rasa sakit pon seperti yang digembar gemburkan oleh orang. Alhamdulillah, still relax lagi. Then dah check2 bagai, diorang pasang Mesin CTG tu balik, sebab reading hearbeat baby tak berapa nak cantik. Dalam kui 10 am kot, nurse suh tunggu kat luar jap.
       Contoh GL
Pukul 10.30am -12.00pm
Yeay, lega dapat jumpa En. Hubby balik. Sembang2 dengan dia nak bagi cool cket. Then tiba2 Doc panggil Masuk balik, sebab nak get confirmation pasal Mode of Delivery. Sebab last Doc scanned baby dulu, pada Isnin, 16 July lepas baby dah berat 3.85kg..hoho..dan kebarangkalian, maybe baby lahir nanti berat 3.90kg disebabkan Big Bay will be born, Doc ada explained pasal pro n cons deliver normal dimana kepala baby maybe akan tersangkut, or tulang bahu baby akan patah, dan kalo patah maybe ada effect kt saraf dan akan effect baby, walaupun, nanti baby itu akan sembuh dengan sendirinya. Ada kes, kepala baby dah keluar, tapi badan sangkut dekat setengah jam baru keluar, dan baby dah biru..huhu..lagipun, ni 1st baby, dengan ketinggian Masha ni, laluan pelvic still sempit.  Time tu Masha still bertegas nak induce, n normal delivery. Then Doc suggest pergi discuss dengan En. Hubby dulu, Masha request biar Doc sendiri yang explained kat En. Hubby sekali lagi. En. Hubby cakap, better operate je untuk keselamatan baby n Masha. Last2, Doc suh bincang dulu, kui 12 pm bagitau keputusan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. En. Hubby pon call la Maklang (Chief Nurse kt hospital kt Singapore), dan Mama, tanyakan pendapat diorang. Masha plak call kazen Masha, Julia (nurse kt klinik, Pahang) sebab dia baru bersalin bulan 4 lepas dan big baby juga-4.03kg, dan Caesarean juga. Sembang punya sembang siap nangis-nangis bagai la Masha sebab frust tak dapat nak deliver normal. Diorang semua suggest better deliver operate untuk keselamatan baby dan Masha. Finally dalam pukul 12.30pm camtu Masha bagi keputusan kat Doc, decide nak operate je. Then Doc pon mintak sign ada 2-3 form lagi, dan Masha kena tukar baju pink serta amik darah untuk pasang dip air/darah, yang ni sakit cket. Doc cakap yang Masha akan di "Operate" after Zohor, pkul 2.00pm akan masuk OT(Operation Theater).

Pkul 1.30 - 2.00pm
Hoho..sepanjang tunggu di luar wad tu, Masha dah reda sikit dari tadi, muka n mata memang dah merah la kan, sebab nangis. En. Hubby tak putus bagi support dan kata-kata perangsang, dan cakap "Sayang mesti boleh punya, dan sayang n baby akan selamat", "Sayang kan kuat, B syg Sayang n baby"..huhu terharu pon ada. Sementara menunggu tu, En.Hubby ada ambil gambar time last2 minit nak meletup tu.hehe..dengan idung beso nye..Lepas azan Zohor, nurse mintak masok balik ke Bilik Saringan tu, untuk preparation nak masok OT, barang-barang kemas semua kena bukak, lens pon kena bukak. Adeh..Masha ni dah la rabun tinggi gak, sampai orang depan mata pon tak nampak. Spect dah patah lama dah, jenuh..kang tak nampak muka baby..Takpela, nak buat camne. Then lepas dah bagi semua barang2 kt En. Hubby, En. Hubby pergi ke kereta nak g amik bag baby n bag Masha sebab nk prepare masuk wad lepas ni. Masha plak, nurse masukkan tube untuk air kencing kt miss v kte, huhu, before masukkan tube tu, nurse dah pesan tarik nafas siap2, then, siap..adeh yang ni rasa rimas cket , sebab tak selesa ada menda kt miss v..sabo je la..then nurse masukkan air kt tangan kiri. So, Masha dah xleh nak gerak dah..dok la statik kt katil tu. Tiba2 rasa nak terkencing sangat...huhu..rasa menyesal pon ada, sebab tak kencing siap2 before masuk tube tu kan..dah le xleh nak bergerak dah..then Masha pon kencing je la barin2 tu pon, lupe plak dah ade tube kan..ape daa..hehe..

Pkul 2.00-3.00pm
Sementara menunggu sorang2 kat Bilik Saringan tu, tiba2 nurse datang cakap dah nak kena masuk kt OT..Huhu, Masha cakap kat nurse nak jumpa En. Hubby dulu, takot dah xleh jumpa lagi lepas ni. kena ready je la sebarang kemungkinan boleh berlaku kan. Nasib, En. Hubby ada kat luar, Masha peluk dan mintak maaf dengan En. Hubby dan mintak doakan semoga segalanya selamat. Lepas dah jumpa En. Hubby, dah lega dan rasa semangat dan tak sabar2 nak jumpa baby. Terus nurse tolak Masha pergi ke Dewan Bedah Utama Peruntukan untuk kes pembedahan Ginekologi. Jauh gak dewan tu, Masha still baring je, lepas tukar katil dekat 3x, finally Masha masuk kat OT. Pakar bius datang, dan tanya nama dan explain cket apa akan Masha rasa after bius. Tunggu beberap saat, dia mintak Masha duduk jap, dia cari ruas-ruas kt vertebra Masha atau nama lain nya tulang belakang, then cucuk sekali di tengah, dan sekali lagi kt bawah sikit..hurmm..rasanya..tak sakit pon..rasa kebas je..then 10-20saat lepas tu Masha dah tak rasa bahagian dari pusat till kaki..Serius tak rasa langsung, Then, Masha kena baring semula. Tangan kiri masuk dip air, tangan kanan kena check tekanan darah, So Masha baring cam cross je, statik. pandangan ditutup dari dada ke bawah, so Masha tak nampak la diorang buat apa kat bawah sana. Time tu rasa macam orang tengah tumbuk2 manja kat perut je, dalam pkul 2.43pm, terdengar suara baby..automatik terus air mata Masha mengalir. Perasaan time tu, sangat la hiba dan bersyukur sangat kat Tuhan, syukur Alhamdulillah, dah selamat. Then nurse datang sua bawah baby kat Masha "Tahniah, Puan, tengok baby apa", then Masha jawab " Baby Girl". Then nurse amik baby balik, sebab Doc nak continue part jahit menjahit pula. Terasa seram sejuk badan Masha, sebab bilik tu sejuk la sangat, dalam pkul 3 kot, settle semua dan Masha ditolak ke bilik lain, untuk monitor blood pressure Masha. Masha tengok reading naik turun naik turun pon ada, tangan dah kebas semacam je.
Pkul 3.30pm
Officially keluar dari Dewan Bedah, dan dipindahkan masuk ke wad. Suppose Masha dapat Wad Kelas 1 kalo ikot gred Masha kan, tapi disebabkan wad penuh, terus Masha ditolak ke Wad Obstetrik 5F-(Kelas 2 -Integrasi Antenatal dan PostNatal). Sepanjang jalan naik turun lift tu (tapi Masha tak jalan la, nurse yang jalan.hehe..), punya la jauh wad nye, nasib Masha dapat katil paling hujung dan sebelah toilet, nurse cakap En. Hubby n baby dah tunggu kt wad. Sampai2 je, En. Hubby dah tunggu kat katil, then nurse transfer Masha ke katil dan pesan Masha xleh bergerak selama 6 jam dari pkul 3, so maknanya Masha baru boleh bergerak pkul 9 pm la..huhu..sabo je la, sampai je kt katil En. Hubby sua baby kat Masha, and cakap "Anak kita perempuan la sayang, kan b dah cakap", teros En. Hubby kiss kat dahi masa tu.. Syukur Ya Allah...aku dah jadi ummi for this beautiful princess  yang sangat puteh dan macam chinese look sangat (dalam hati pk ikot sape ntah..hehe) dan Masha tros nak try bagi susu kat baby. Alhamdulillah, baby ada cuba menghisap, dan susu keluar..pandainye baby Masha ni..Masha dengan sedaya upaya nya cuba untuk pkai lens dengan berbaring..susahnye yang amat, yela, sebab takbleh nak duduk dan bergerak kan.Finally, berjaya juga,,yela, Masha tak dapat tengok muka baby sepuas2 nya tadi..huhu..lepas sembang2 dengan En. Hubby, En. Hubby mintak izin nak kena balik, nak amik mak kt rumah. Then Masha stay le berdua dengan baby kat katil. tunggu till En. Hubby dan mak datang. 
En. Hubby dan mak balik dalam pkul 8pm, sebelum tu En. Hubby de try bagi Masha makan, yela, dari pagi Masha puasa kan, ade la curi2 minom air cket je..Masha tak lalu sangat makan, minom air milo kotak je..diorang bukak puasa kt wad sekejap dan sambung makan kat cafe hospital. Tinggal la Masha dan baby berdua, baby pon tak tidur sangat, nak menyusu je, jap2 nanges, susu balik..Masha xrasa janggal sangat sebab baby Annur besar gak..senang nak pegang..Malam harinya Masha tak dapat tidur sangat pun sebab rasa ngilu, sakit dan kebas cket kat tempat jahitan. Lagipun, wad Masha de 4 katil, dan katil depan baby twin lagi, lepas sorang baby nanges, sorang lagi nanges, bersahut-sahutan la..memang tak dapat nak tidur la..hehe..seksa cket time nak bergerak je la, awal2 lagi ni kena hati2, sebab kat tempat jahitan tu atas Doc tampal cam plaster transparent besar (saiz coolfever),.So, kalo kita gerak, akan rasa memeri sikit..

Dalam pkul 12 malam, Masha termuntah air sebab asyik minom air je n perot kosong, termuntah kt atas selimut, then Masha tros try jamah roti cket, sebab kesian kt baby, takot Masha xde susu nanti, kalo tak makan..Lepas dah makan, try tidur sekejap..Masha officially bangun dari katil dalam pkul 5 pagi cenggitu, sebab nak g toilet sebab tube kencing tu nurse dah tanggalkan semalam..lupe plak, yang darah nifas turun kan, Masha kan paralyze separuh badan semalam, xtau plak nurse tu pkai letak je pad kt bawah badan kite..Masha bangun katil je, teros le menitik2 darah turun..kelam kabot g toilet, naseb kt sebelah je..Lepas pkai pad n panties, dan bersihkan diri. Baru rasa lega sebab bersih cket kan..hehe..tapi still tak mandi..haha..

Masha stay kat Wad 3 hari je till hari Isnin, 23 July dah boleh balik, siap dapat baby gift (happy baby bag) lagi oleh Hospital Serdang..disebabkan condition baby n ummi sehat serta baby dah buang air kecil dan besar..Baby pon Alhamdulillah, tak kena kuning. Masha rasa syukur sangat dengan kurniaan ini, dan janji akan mendidik, jaga, tatang, amanah Allah ini dengan bersungguh-sungguh. Segalanya berjalan lancar dan Allah memudahkan urusan kelahiran baby Annur. TQ sangat2 kat En.Hubby yang sanggup teman Masha, ulang alik setiap hari setiap kali waktu rehat mesti datang melawat, dan tolong Masha kat wad. TQ juga kat mak yang sanggup teman, jaga dan tolong Masha sepanjang tempoh sebelum deliver, dan berpantang. Kesimpulannya, service di Hospital Serdang amatlah baik, nurse2 baik banyak tolong, Doktor pon baik dan comei2 je..hehe..Alhamdulillah, Masha diuruskan oleh Nurse dan Doc perempuan sepanjang checkup preggy di K.K.S.Alam, dan Klinik Perdana-Dr. Hana dan Dr. Hani sampai la bersalin di Hospital Serdang, oleh Dr. Husna. Itu je la serba sedikit pengalaman bersalin yang tak seberapa ini. Sekarang baru Masha tau, bersalin caesar ni best rupanya..hehe..maybe sebab Masha ni jenis tak takut, kuat semangat dan tahan sakit kot. Dan 1st time la dapat comment yang paling banyak n likes paling banyak kt FB (birthday wish pon xbyk cenggini..hehe)..Syukur Alhamdulillah n TQ semua yang mendoakan Masha dan baby selamat..luv u all..xoxo..(",)


Sorry, entri panjang sangat kali ni..TQ sudi membaca..(",)

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus