Tuesday, November 25, 2014

DIY- Cara Membuat Ribbon Rose (Cara 2)

As-salam,

Kali ni Masha nak ajar satu lagi cara nak buat ribbon rose..yang ni mudah sikit dari yang previously Masha ajar dulu (Cara 1). Ok..tanpa membuang masa, kita mulakan sesi pembelajaran arini:
  • Mula-mula sediakan bahan-bahanya seperti berikut: Gunting, Gam UHU, Ribbon Satin, Kain Felt (potong bentuk sfera)
  •  Kemudian potong Kain Felt seperti dalam gambar di bawah: 
  • Kemudian gamkan pada 1/4 daripada sfera tersebut di kawasan smiley icon
  • Kemudian gamkan Kain Felt itu sehingga bentuk sfera menjadi ala-ala seperti kon
  • Ambil riben dan dihujung riben lipat empat segi dan tinggalkan bekas seperti dalam gambar dibawah. 
  • Gamkan kawasan 4 segi
  • Kemudian ambil semula Kain Felt yang berbentuk kon , dan tampalkan bahagian riben yang telah digam di tengah2 kon tersebut.
  • Biarkan ia kering.
  • Kemudian gamkan di kawasan smile icon berbentuk segitiga.
  • Bawa bahagian kiri riben dan gamkan di kawasan yang telah dibubuh gam tadi.
  • Ulang mengikut arah lawan jam
  • Ulang langkah di atas berulang-ulang kali (gam, tampal gam tampal) tetapi mantain bentuk empat segi seperti dalam gambar.
  • Ulang sehingga riben menutupi ke seluruh kain felt.
  • Apabila sudah sampai ke hujung riben, potong lebihan riben
  • Pusingkan riben ke belakang, dan gamkan lebihan potong riben di belakang.
TARAAA..dah siap..



Boleh dijadikan brooch


Boleh dijadikan headband


Selamat mencuba..Jiayou!!..

4 comments:

There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus