Thursday, December 4, 2014

Cara Membuat Pretzel Coklat - Biskut Raya Paling Mudah

As-salam,

Hari Raya Aidiladha yang lepas, Masha sempat la buat kuih raya sikit..kali ni buat Pretzel Coklat yang paling simple. Kaedah nya sama je macam buat Chocolate Cornflakes yang Masha buat dulu.
Mula-mula sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu:

Pretzel Coklat

Bahan-bahan

  1. Mini Pretzel Jenama Snyder's - 1 bungkus (senang beli siap je)
  2. Chocolate Bar Jenama Beryl's - 1/2 bungkus
  3. Colorful Sprinkles / Chocolate Rice (untuk hiasan)
  4. Air


Cara-cara

  1. Mula-mula cairkan coklat bar Beryl's menggunakan kaedah double boiling (Masha menggunakan rice cooker dengan memasukkan air kira2 1/4 daripada periuk nasi dan cook air itu sahaja, dan apabila air sudah mengelegak, letak mangkuk pyrex).
  2. Apabila Coklat sudah mencair, biarkan rice cooker (keep it warm), dan lakukan aktiviti mencelup mini pretzel ke dalam coklat . Celup separuh bleh celup semua pon bleh.
  3. Lepas celup angkat pretzel dan cepat2 taburkan sprinkles.
  4. Susun di atas talam dan biarkannya sejuk seketika sebelum susun ke dalam bekas kuih or masok terus dalam mulut..ngappp...





Selamat Mencuba ye..:-)

2 comments:

  1. masha..mana nak beli biskut pretzel tu? lama sungguh ku mencari..tak pernah jumpa

    ReplyDelete
  2. Ade jual ea, kt kedai jual brg2 bakery Kedai Bagus or Cold Storage or Jaya Groceries..

    ReplyDelete

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus