As-salam,
Sorry lama menyepikan diri kerana masih terkejut dengan peristiwa yang kami sekeluarga tidak jangkakan akan terjadi. Semuanya qada' dan qadar dan sudah tertulis olehNya. Kami redha dengan pemergian Mama Tercinta ke pangkuan Illahi. Di sini, Masha baru dapat kekuatan untuk mem'publish' entri ini khas buat Mama.
Tanggal 18 Disember 2014, Jam 11.30 am. Masha dikejutkan dengan panggilan daripada Mr. Hubby yang melalui telefon kawan Masha (kerana semasa ini Masha sedang meeting dan tidak bawa telefon). Teresak-esak menerima panggilan dari En.Hubby yang mohon agar Masha mengambil halfday pada hari itu kerana hendak pulang ke JB. Masha pada mulanya sudah merasakan seakan yang tidak kena kerana Mr.Hubby tidak pernah menelefon dengan nada suara seperti ini. Berdebar rasanya jantung ketika itu (kerana masih tidak tahu hal yang sebenar) dan diri ini masih berfikiran +ve dan optimis semoga tiada apa2 yang berlaku kepada keluarga terdekat.
Selesai menghantar pesanan kepada Boss untuk memohon BK pada hari tersebut, Masha menunggu kehadiran Mr. Hubby. Sesampainya Mr. Hubby, beliau memang tidak bercerita panjang tetapi hanya menitiskan air mata dan menyebut nama Mama berulangkali. Masha jadi blur sekejap dan cuba untuk meredakan Mr. Hubby ketika itu yang masih tidak stabil. Tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut (walaupun tidak tahu hal sebenar). Masha mohon untuk drive kereta sehingga pulang ke rumah (kerana keadaan Mr. Hubby yang tidak stabil) untuk pick-up BAM dan packing barang mana yang patut. Sepanjang perjalanan dari S.Alam ke Seri Kembangan Masha ada terdengar perbualan telefon antara Mr. Hubby dan kawan2 nya dimana sebenarnya Mama telah mengalami kemalangan bertembung dengan lori. Masha masih lagi think positive dan berharap agar Mama selamat. Sampai je di rumah, Mr. Hubby sudah sedikit reda. Beliau mengambil wudu' dan bersolat sunat. Masha siapkan keperluan kami sekeluarga. Dan akhir sekali ambil BAM dari rumah bsitter.
Kemudian bergerak ke JB dalam pukul 1 lebih. Sesampainya di JB, kami terus ke Masjid berdekatan dengan rumah Mr. Hubby. Kelihatan sekujur tubuh yang telah siap dikafankan di dalam Masjid. Masha tidak dapat menahan air mata yang mengalir laju, dimana baru Masha dapat tahu yang Mama sudah tiada lagi. Dan cuba untuk menerima hakikat ini dan redha dengan pemergian Mama terchenta.
Mr. Hubby terus solat Asar berjemaah dan kemudian solat jenazah. Masha hanya menunggu sambil ditemani BAM dan masih menunggu kepulangan kakak dan abang Mr. Hubby. Selesainya solat jenazah, jenazah Mama dibawa ke rumah untuk dibacakan yasin sementara menunggu kakak dan along sampai. Alhamdulillah, Arwah Mama selamat dikebumikan sebelum Maghrib sesampainya kakak dan along. Pada malamnya Tahlil telah diadakan 3 hari berturut-turut.
Walaupun Masha tau Mama tidak dapat membacanya, tetapi semoga ianya menjadi simpanan untuk tatapan anak2 tersayang kelak. Walaupun Masha kenal Mama tidak lama, baru 6 tahun sejak mengenali anak Mama dari tahun 2008 yang kini sudah menjadi suami tercinta kepada Masha dan babah kepada BAM..Tetapi Masha rasa sungguh rapat dengan Mama, sebab Mama sporting macam kawan2 Masha, Mama lah yang rajin wish/sms Monthly Birthday buat BAM, Mama orang yang pertama wish Birthday Masha every year, Mama lah orang yang paling excited, busy dan suka planning macam2 kalau time raya or majlis family, Mama selalu bagi nasihat macam2 dan selalu entertain kami sekeluarga (mesti rindu mama lepas ni.:(..
Terima Kasih tidak terhingga kepada Mama kerana sudi meminjamkan anak tersayang Mama kepada Masha..akan Masha jaga beliau sehingga hujung hayat Masha..InsyaAllah, Masha akan menjaga, menyayangi beliau seperti Mama lakukan sebelum ini walaupun Masha tidak dapat menggantikan tempat Mama dihatinya. Di setiap waktu di setiap hari, Masha titipkan doa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Mama, semoga Mama ditempatkan dikalangan orang yang beriman, semoga Allah mengampunkan segala dosa Mama semasa dimukabumi ini dan semoga Allah jauhkan segala siksaan kubur ke atas Mama..Al-Fatihah....
:'(
ReplyDeleteburst into tearsss.
semoga tabahhh