Tuesday, May 17, 2011

DIY-Bunga Tisu

Alkisah nya, plan sebenarnya nak buat Pomander Ball untuk anak2 buah Masha. Tak tau apa itu Pomander Ball? pomander ball ialah bola bunga yang cantik seperti gambar di bawah:



Nak bagi Ekin dan Leya pakai time jadi angel2 kecik mengiringi Masha time jalan kat red carpet time wedding nanti. Mesti cute sangat kan.


So, last week pergi la book store, cari kertas tisu a.k.a crepe paper. Ala, kertas yang time kita kelas pendidikan seni kat sekolah rendah dulu, for sure korang pernah guna kan?, kalau tak pernah tak tau la plak. Harga kertas ni murah je, 1 paket : RM0.45 dan dawai bunga tu 50 wires = RM3.00. So, untuk tutorial buat sendiri follow You Tube, cincai-cincai jadi. Best2, mula la dah berangan nak buat bunga telur sendiri guna crepe paper ni je. Ada berani?..nantikan sambungan DIY- Bunga Tisu ini untuk bunga telur, kesudahannya hujung tahun 2011..hehe..di sini, Masha nak tunjuk tutorial macamana nak buat Bunga Tisu ni.

1) Bahan-bahan nya : crepe paper, gunting, dawai je.


2) Lipat kertas tisu ini kepada dua bahagian yang besar.


3) Lipat lagi dua, lagi dua sampai jadi kecil macam ini.



4) Dah jadi lebar macam di atas ini, bahagi kan kepada dua bahagian lagi. Dan gunting di tengah-tengah. Pastikan dua2 bahagian sama besar.



5) Potong ikut garisan di tengah.Pastikan ia sama besar juga.



6) Buka kembali lipatan yang sudah dipotong. Kemudian potong kepada 4 bahagian menegak ke atas.


7)  Potong, dan susun kepada 5 helai kertas tisu yang sama besar untuk hasilkan sekuntum bunga.


8) Susun, dan lipat seperti kipas. Lebar setiap lipatan kecik itu 1 inci.


9) Lipat kepada dua di bahagian tengah. Simpulkan dawai halus diantara tengah2 bahagian bunga itu.



10) Potong di hujung kertas bentuk semi sfera, untuk nampak kemas lagi bunga.


11) Buka lipatan bunga menjadi seperti kipas. Dan tarik sehelai demi sehelai secara berhati2, kerana kertas ini lembut. 


12) Taraa! Dah siap. 1 kuntum bunga tisu. Kalau hendak buat seperti pomander ball, perlu ada polisterina berbentuk bola, dan cucuk setiap kuntum bunga tisu ini ke polisterina, sehingga menyerupai bunga bola.



Masha plan nak DIY buat bunga telur macam ni je, idea dari Seri Qanasuri. InsyaAllah boleh. Tunggukan hasilnya. I Love DIY..hehe..

 
Cantek kan..(",)..Berkobar-kobar plak rasa nak buat bunga ni. 

Monday, May 16, 2011

Berhati-hati dengan Penyembur Asid

Kita semua harus berhati-hati mulai dari sekarang. Kita harus berusaha dan bantu-mambantu untuk mengesan binatang ini. Penyembur Asid yang bersiri ini adalah berkulit gelap (Indian maybe) dan dia menunggang motor jenis honda EX5 atau Yamaha dengan bakul di depan. Jadi anda harus lebih berhati-hati apabila melihat 2 jenis motor yang mendekati anda. Jika anda seorang wanita, baikpun gadis atau sesiapa saja yang tinggal di KL- sila ikut panduan di sini:
  • Selalu berjalan menghadap lalu lintas atau bertentangan arah: Jadi penyembur asid bersiri ini tidak akan menyerang anda dari belakang. Selain itu dengan berjalan mengarah lalu lintas, anda akan memiliki peluang yang lebih baik mengelak dari orang yang kelihatan mencurigakan kepada anda. 
  • Elakkan berjalan di tepi jalan atau dikaki lima : Kalau boleh, elakkan berjalan ditepi jalan sama sekali pun. Anda akan membuatkan diri anda lebih mudah menjadi sasaran oleh penyembur asid ini. Jalanlah berhampiran bangunan di mana ada orang ramai.
  • Selalulah membawa payung: Hal ini mungkin terdengar gila, tapi saya cadangkan agar anda membawa payung besar bersama-sama dengan anda. Jadi, setiap kali anda melihat seseorang yang mencurigakan mendekati anda, bukakan payung untuk melindungi diri dari kemungkinan serangan. Ya! Buka saja meskipun tidak hujan. Terbaik dari menggunakan payung sepanjang masa. Apalagi payung anda boleh dijadikan senjata untuk membela diri dalam situasi berbahaya. 
  • Laporkan kepada polis jika ternampak penunggang motor yang mencurigakan: Melaporkan kepada polis Malaysia kita saja tidak cukup. Jadi apabila ternampak orang menunggang motor dengan kulit gelap dan kelihatan mencurigakan, catat no plat dan beritahu polis untuk datang secepat mungkin. Siapa tahu? Maklumat anda mungkin dapat tangkap penyembur asid bersiri ini! 
  • Pakailah baju lebih: Saya tahu cuaca amat panas terik sekarang. Tapi dengan memakai jaket tambahan atau sweater mungkin dapat melindungi diri dari asid yang merbahaya ini!. 
  • Jangan keluar jika tiada urusan penting: Di mana pun anda pergi, cubalah untuk tidak berjalan. Jika anda tiada pengangkutan sekalipun, elakkan. Lebih baik jika menaiki kereta. Tiada masalah jika kedai runcit hanya 50 meter dari rumah anda ... anda mesti tidak mahu mengambil risiko dari disirami oleh asid kan? Jadi minta lah bantuan dari keluarga anda, suami atau ahli keluarga lain untuk menemani anda ke sekitar selagi boleh. 
  • Gunakan air sebanyak mungkin: Air adalah ubat terbaik untuk melawan asid yang menghakis. Apabila seseorang disiram dengan asid (baik anda atau mangsa yang lain), tuangkan air sebanyak mungkin ke bahagian tubuh yang terkena terutama mata. Terus menuangkan sejumlah besar air untuk mencairkan asid. Lakukan sampai asid dicairkan dan hilang. Jadi saya cadangkan anda semua untuk membawa botol air sepanjang masa.

Ini lah wajah penyimbah asid yang setakat ini telah meningkat ke 21 mangsa. Berhati-hati wahai kaum- kaum hawa.

(sumber dari : The Star dan Tiara Jacquelina fb)

Monday, May 9, 2011

Icon Google harini 16 wajah

Charles Roger Hargreaves (9 May 1935 – 11 September 1988)  iaitu seorang penulis British dan pelukis untuk buku kanak-kanak, yang popular menerusi buku bersiri Mr. Men dan Little Miss, yang diminati dikalangan pembaca muda. Buku yang simple dan banyak cerita lucu, dengan penggunaan warna-warna yang ceria yang dilukis karikatur yang menarik telah menjadi tradisi yang popular sejak 25 tahun dahulu, dengan penjualan hampir 85 juta di serata dunia dalam 20 bahasa.

Semperna hari kelahiran Charles Roger Hargreaves, Masha perasan google hari ini telah menukar setiap icon nya mengikut tajuk buku yang dikarang oleh Charles. Ada 16 icon kesemuanya. Masha tertarik untuk simpan setiap design icon itu. So cuteee...

Semua folder menjadi Shortcut!

Sangat risau kan kalau semua folder di dalam usb flash a.k.a pendrive jadi shortcut dan folder yang betul hilang (hidden). Walaupun setelah di 'unhide' kan pun folder yang sebenar masih tidak kelihatan. Lagi-lagi kalau semua folder itu penting ataupun melibatkan hard disk yang berkapasiti besar(800gB)huhhh.. Sangat la putih mata kalau kesemuanya hilang begitu sahaja jika di format.Tapi jangan format dulu. Disini Masha nak ajar tutorial bagaimana hendak mengatasi masalah ini sebabnya Masha pernah kena 2 minggu lepas. Setelah berjaya, kawan office Masha pun mengalami masalah yang sama, Masha berjaya tolong diorang. Langkah-langkah yang perlu diambil jika mengalami masalah ini.                                                                                                                                                                                                                         
  1. Jika korang masih belum format flash drive korang (nasib belum), pastikan dahulu file (folder) korang tidak berada dalam 'Hidden Mode'. Caranya klik pada Organize --> Folder and search options --> pergi ke tab View --> Check pada Show hidden files, folders, and drives --> Apply --> OK.
  2. Klik pada "Start" -->Run--> taip cmd dan klik OK (untuk membuka command prompt (cmd.exe))
  3. Di sini Masha assume yang lokasi pendrive/ external hard disk di lokasi G: 
  4. Taip ini pada command prompt--> attrib -h -r -s /s /d g:\*.*  (pastikan space pada setiap satu)
    Nota : Gantikan huruf  g dengan lokasi flash drive korang. 
  5. Sekarang, cmd.exe akan check files di dalam pen drive korang itu. Tunggu sehingga keluar balik arahan dari command prompt itu.
  6. Kemudian, muat turun Malwarebytes' Anti-Malware dari link di bawah ini : http://en.kioskea.net/download/download-105-malwarebytes-anti-malware 
  7. Setelah berjaya muat turun. Update database Malwarebytes' Anti-Malware ini dulu.
  8. Kemudian setelah update --> Perform "Full Scan"
    Note : Default pilihan yang biasa, biasanya "Quick Scan". Jangan pilih "Quick Scan", tapi pilih "Full Scan"
  9. Tunggu sehingga selesai scan. Selesai.
  10. Kemudian, buka pendrive korang dan pastikan folder/file yang hilang itu ada balik dan delete shortcut folder itu manually.
  11. Selesai.(",).Tiada lagi runsing kepala..Terima kasih pada Malwarebytes' Anti-Malware.

Wednesday, May 4, 2011

Teaser kain tunang & kain nikah...

Wawawa...sudah lama rasa nya tak tulis entry baru..tengok2 dah masuk bulan Mei..huhu..cepat sungguh masa berlalu..seperti yang dijanjikan, entry kali ni Masha nak cerita pasal kain tunang dan nikah. Kain tunang ni Masha beli online kat Kain Sulam Bukit Tinggi. Cantik memang cantik,jenis Sulam Suji Bunga Timbul kain jenis Chiffon Elena tapi Masha tukar kain jenis Chiffon Yuriu..lepas bayar 1 minggu siap diorang jahit. Tempah dari Sitiawan, Perak. Diorang send through pos laju. Dah hantar jahit dan dah siap pun..tunggu nak pakai je..hehe..color, biarlah rahsia dulu. Design seperti dibawah. Design jahit baju kurung moden..:-)

Kain Sulam Bukit Tinggi Chiffon Yuriu
Next item, Kain Nikah 1 Set for groom and bridegroom . Masha dah survey kain ni dah lama dah, start dari bulan 12 last year lagi. Dan dah siap booking disebabkan xsure lagi jadi ke tak nak kawen within this 2 years. Tup2, dalam bulan 1 this year lepas Masha register master, mama Mr.EverDale cakap, tak jadi la sebab nak kena tunggu Masha abes study dulu. Dah tu, Masha pun cancel la booking kain tu ujung bulan January, dan burn la rm50. Frust sikit la time tu, terus buang resit deposit tu. Semua nya sudah Masha ceritakan dalam entry 2 better than 1 ni. So, bulan April lepas, alhamdulillah rezeki dari claim hardship buat OT last year baru dapat, terus la Masha ajak Mr.EverDale g Jakel Shah Alam. Happy sangat, tapi frust sikit sebab kain yang Masha cancel 3 bulan lepas dah ada orang beli (mesti la dah ada orang beli kan, 3 bulan kot). Tapi disebabkan Mr.EverDale ada, happy balik. Dia tolong pilih kain. Pilih punya pilih, rezeki Masha akhirnya dapat la kain jenis Chiffon beaded yang Washable ni. Sangat suke. Nasib Nik(promoter) ala2 lembut sikit tapi dia memang baik dan pandai pilihkan kain. Tak kisah la kita dok punggah kain banyak mana pun, dia xbuat muka pun. Nasib dia ingat Masha lagi setelah 3 bulan tak jumpa, walaupun resit dan duit dah burn. Anak owner Jakel tu, tetap bagi diskaun tolak rm100. Dalam set kain pengantin ni Masha dapat [4 meter Kain Chiffon Beaded + 4 meter Kain Satin (lining dalam)](Baju bridegroom) + 5 meter Kain Satin (Baju melayu groom)..berbaloi-baloi..best kan. harga pun quite ok la, sesuai la untuk orang jenis saving ni..hehe..So, balik Ipoh last week terus hantar pergi tempah. Excited kot.(^_^)..Design biasa je, sebab ni  baju untuk nikah. Tak nak over2 sangat, nak over2 tunggu bersanding nanti k. Kat bawah ni kain dia, color dirahsiakan juge..:-)
Kain nikah Chiffon Beaded Washable
Kain nikah Masha & Mr.EverDale
*ps: balik Ipoh time Labour Day aritu, anak buah Masha, Amalleya ni dah pandai sangat la berposing2..xtau la dia ikot sapa ntah..layan..

Ni gambar pakai kain nikah Masha, jadi  shawl dia.(gambar terpaksa dihitam putihkan)..hehe..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus