Kita semua harus berhati-hati mulai dari sekarang. Kita harus berusaha dan bantu-mambantu untuk mengesan binatang ini. Penyembur Asid yang bersiri ini adalah berkulit gelap (Indian maybe) dan dia menunggang motor jenis honda EX5 atau Yamaha dengan bakul di depan. Jadi anda harus lebih berhati-hati apabila melihat 2 jenis motor yang mendekati anda. Jika anda seorang wanita, baikpun gadis atau sesiapa saja yang tinggal di KL- sila ikut panduan di sini:
- Selalu berjalan menghadap lalu lintas atau bertentangan arah: Jadi penyembur asid bersiri ini tidak akan menyerang anda dari belakang. Selain itu dengan berjalan mengarah lalu lintas, anda akan memiliki peluang yang lebih baik mengelak dari orang yang kelihatan mencurigakan kepada anda.
- Elakkan berjalan di tepi jalan atau dikaki lima : Kalau boleh, elakkan berjalan ditepi jalan sama sekali pun. Anda akan membuatkan diri anda lebih mudah menjadi sasaran oleh penyembur asid ini. Jalanlah berhampiran bangunan di mana ada orang ramai.
- Selalulah membawa payung: Hal ini mungkin terdengar gila, tapi saya cadangkan agar anda membawa payung besar bersama-sama dengan anda. Jadi, setiap kali anda melihat seseorang yang mencurigakan mendekati anda, bukakan payung untuk melindungi diri dari kemungkinan serangan. Ya! Buka saja meskipun tidak hujan. Terbaik dari menggunakan payung sepanjang masa. Apalagi payung anda boleh dijadikan senjata untuk membela diri dalam situasi berbahaya.
- Laporkan kepada polis jika ternampak penunggang motor yang mencurigakan: Melaporkan kepada polis Malaysia kita saja tidak cukup. Jadi apabila ternampak orang menunggang motor dengan kulit gelap dan kelihatan mencurigakan, catat no plat dan beritahu polis untuk datang secepat mungkin. Siapa tahu? Maklumat anda mungkin dapat tangkap penyembur asid bersiri ini!
- Pakailah baju lebih: Saya tahu cuaca amat panas terik sekarang. Tapi dengan memakai jaket tambahan atau sweater mungkin dapat melindungi diri dari asid yang merbahaya ini!.
- Jangan keluar jika tiada urusan penting: Di mana pun anda pergi, cubalah untuk tidak berjalan. Jika anda tiada pengangkutan sekalipun, elakkan. Lebih baik jika menaiki kereta. Tiada masalah jika kedai runcit hanya 50 meter dari rumah anda ... anda mesti tidak mahu mengambil risiko dari disirami oleh asid kan? Jadi minta lah bantuan dari keluarga anda, suami atau ahli keluarga lain untuk menemani anda ke sekitar selagi boleh.
- Gunakan air sebanyak mungkin: Air adalah ubat terbaik untuk melawan asid yang menghakis. Apabila seseorang disiram dengan asid (baik anda atau mangsa yang lain), tuangkan air sebanyak mungkin ke bahagian tubuh yang terkena terutama mata. Terus menuangkan sejumlah besar air untuk mencairkan asid. Lakukan sampai asid dicairkan dan hilang. Jadi saya cadangkan anda semua untuk membawa botol air sepanjang masa.
Ini lah wajah penyimbah asid yang setakat ini telah meningkat ke 21 mangsa. Berhati-hati wahai kaum- kaum hawa.
(sumber dari : The Star dan Tiara Jacquelina fb)
No comments:
Post a Comment