Sunday, April 10, 2011

2 Better Than 1

Starting from today, Masha nak tulis pasal preparation ke 2 Better Than 1, walaupun sebenarnya dah terselit2 sikit kat 2 entry lepas kalau korang perasan..cari la labels 2 Better Than 1.. Hehe, tiba-tiba je nak bersanding kan, tunang, risik pun belum lagi. Bukan nya apa, 1st part (tunang + risik) tu dah 3/4 settle dah, ni nak prepare for the 2nd part (nikah+sanding). Sebenarnya Masha dah start prepare sikit2 starting from awal January lagi, dah booking kain untuk nikah, tiba-tiba cancel pula sebab Mama Mr.EverDale cakap nak Masha concentrate further Masters . Tiba-tiba bulan February lepas, Mama Mr.EverDale ajak dinner dating, mula-mula risau juga la kenapa kan tiba-tiba nak ajak keluar makan. Selalu kalau dinner, mesti Mr.EverDale ada sama. Rupa-rupanya Mama Mr.EverDale nak bincang pasal ingat nak proceed dan discuss pasal kahwin. Dalam hati excited sungguh la, yela dah lama Masha plan nak menamatkan sesi 'Single' ni setelah umur masuk 25 tahun, lagipun dah almost 3 years kitorang couple. Tu yang gatal pergi booking baju nikah siap2 awal tahun hari tu without hesitate. Bincang punya bincang, Mama Mr.EverDale plan nak tunang + risik this year 2011, then next year 2012 nikah. Just mention macam tu jela. Tengok kalendar, memang lama, tapi sekejap je dah bulan April, 11 ok! 

Back to the story, baru je kejap tadi pergi dinner dengan Mama Mr.EverDale and Mr.EverDale. Kitaorang discuss pasal preparation list and budget. Masha pun ada bawa example design kad kahwin yang Masha nak. Aiyok..pening-pening nak decide color apa nak pilih untuk baju sanding nanti. Belah family Mr.EverDale dah siap ada theme, wedding planner siap dah. Diorang senang sebab dah ada experience dari Along Mr.EverDale kahwin dulu lagi. Tinggal belah Masha je ni nak still tak tahu nak pilih color apa. Bukan nya apa, kalau dah ada theme nanti senang nak proceed to the next stage. So, Masha nak tanya la pendapat korang semua color apa yang sesuai. And kalau boleh nak avoid color seperti berikut : Red, Gold, Silver, and Turquoise. Tolong2 ye..tq..:-)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus