Semalam tamat sudah drama Ramadhan Terakhir di slot Samarinda TV3 pada bulan Ramadhan ni. Seperti dijangkakan, setiap tahun slot Samarinda akan memaparkan drama yang boleh menitikkan air mata Masha ni, hehe..Tapi compare to this year, Masha rasa drama Syurgamu Ramadhan tahun lepas lagi best, sebab penuh dengan konflik. Masha rate drama Ramadhan Terakhir ni dengan 8/10 la..still the best. Dan paling best, ost drama ni, Jangan Lupa Namaku from Pompa Bensin..menghantui diriku..
Ok, tujuan entry ni nak cerita pasal Ramadhan Terakhir. Drama ni dilakonkan oleh Esma Daniel (Hisham), Fazlina Dato’ Ahmad Daud (Mazni), Tasha Shilla (Sakinah), Aeril Zafril (Daniel), Eyka Farhana (Anna), Nur Anzalna (Rossa), Wan Latah (Kak Hawa) dan Pengarahnya Ungku Ismail Aziz. Sinopsis drama ni pula seperti berikut:
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap HIV positif dan tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya. Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa. Tatkala keluarga mereka dikejutkan dengan keputusan Kak Hawa, pembantu rumah mereka yang telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya setelah sekian lama, Anna, anak perempuan Hisham dan Mazni membantah dan bersedih. Anna telah menganggap Kak Hawa sebagai ibunya sendiri, dan hubungan mereka lebih akrab berbanding layanan Anna terhadap Mazni, ibu kandungnya sendiri. Namun, kekosongan tersebut bakal diisi oleh Sakinah, seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi isteri pertama nya yang bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham? Saksikan di www.tonton.com.my/.
Ok, Masha nak story pasal ost drama ni pula, lagu yang menghantui diri ini pada bulan ini dan bila2, Jangan Lupa Namaku yang dialun oleh bunyi flute yang sangat merdu. Tambah pula gabungan suara dari pelakon/penyanyi iaitu : Aqasha, Nadia Aqilah Bajuri, Azfar, dan Azma Aizal Yusoff. Tak silap la, sebabnya kumpulan Pompa Bensin ni masih tak reveal lagi siapa penyanyi dia. Kalau korang ingin mengenali lebih lanjut lagi, klik like fb fan Pompa Bensin.
(sumber : syaisya.com)