Monday, May 30, 2011

DIY- Mari Belajar Buat Bunga Telur Crepe Paper..

As-salam.

Hehe, saje je kan..Asyik la nak tulis entry pasal bunga DIY ni, mesti korang dah bosan baca kan. Takpe la, Masha tak kira, nak jugak citer pasal bunga telur buatan tangan sendiri ni. Korang pun boleh la belajar kan. Tak susah pun, hanya perlu berbekalkan istiqamah, kreativiti dan kerajinan..Ok, di sini Masha akan ajar cara2 nak buat bunga telur ni.

1. Sediakan bahan2 untuk bunga telur. Antaranya, dawai, batang lidi satay, crepe paper yang dah siap dibuat bunga (rujuk entri ini), kain net, bahan hiasan (Masha guna manik2),6 riben(3 riben putih (lebar 1/2 inci),3 riben purple (lebar 1 inci) bergantung pada color kesukaan)(xtau buat ikatan riben?, rujuk entri ini)dan pita pelekat bunga(color putih).


2. Semua bahan2 diatas diikat dengan dawai supaya senang nak lilit kat lidi nanti.

3. Kemudian lilit semua bahan2 diatas pada lidi. Mula2 sekali lilit Bunga Crepe di tengah2, kemudian beberapa riben putih dan riben color disusun bawah bunga. Lagi banyak riben lagi cantek..(",).
 

4. Last sekali, di bahagian tgh batang lidi itu, lilitkan 1 riben putih, 1 riben color dan kain net tadi untuk bekas telur. Kemudian lilit dengan pita bunga yang berwarna putih.

5. Tadaa!..Dah siap lagi..:-)..Semoga berjaya buat..

Cost barang2:
1. Crepe Paper (1 paket = RM0.50) boleh buat 4 kuntum bunga. Kalau nak 100 kuntum bunga (100/4*0.50) : RM12.50
2. Riben Color (1gulung = RM2.00) boleh buat 30 riben. Kalau nak 100 kuntum bunga (100/30*2.00) : RM6.70
3. Riben Putih  (1gulung = RM1.50) boleh buat 60 riben. Kalau nak 100 kuntum bunga (100/60*1.5) : RM3.00
4. Lidi Satay (1 bungkus = RM3.00) ada 100 batang : RM 3.00
5. Pita Pelekat Bunga (2 gulung = RM2.00) : RM2.00
6. Kain Net (1 Meter = RM3.50) : RM3.50

TOTAL: RM12.50+RM6.70+RM3.00+RM3.00+RM2.00+RM3.50 : RM30.70 shj (ini kiraan kasar untuk bunga yang basic, tanpa hiasan manik atau bunga2 kecil). Kalau tambah hiasan mau mencecah RM50. Tapi masih affordable kan?, kalau dibandingkan dengan harga kat kedai yang mencecah beratus2 ringgit untuk 100 batang. Kepuasan hanyalah terletak ditangan sendiri. (^_^)

Sunday, May 29, 2011

DIY- Mari Belajar Buat Riben..

As-salam,

Siapa tau buat riben?..Angkat tangan..Ok, dah tau ke, tak tau ke, Masha nak ajar juga sebab ada sorang commenter Masha, Cik Princess nak belajar buat riben ni. Lagipun, rencah utama untuk mencantekkan lagi bunga telur untuk majlis Masha nanti ialah Riben. Ok, tengok pic kat bawah ni ada cara membuat riben :-)..enjoy

 Mula2, potong riben (jenis kain) sepanjang secukup rasa

Pastikan riben dibahagi 2, dari centre simpulkan di bahagian kiri dahulu.

Maka, terhasilah simpulan kasih yg belum tersimpul lagi seperti ini.

Ambil yang simpul di belah kanan, dan masukkan ke dalam lubang di bahagian tengah riben dan bawa nya ke atas.

Maka terhasilah sebegini, sebelah kaki riben itu terangkat. Tarik ia ke bawah semula.

 So, jadilah mcmni. Tapi masih tidak kemas, ikatan di tgh (dibulatkan) masih belum ketat dan kemas. Kemaskan ia dengan adjust sedikit demi sedikit di bahagian blkg telinga kanan, dan depan telinga kiri.

Tadaa!!..dah siap dan kemas..(",)

Simple and easy. Diharap semua dapat buat. Kalau still nmpak mcm xkemas, buat lagi sampai boleh. Practice make perfect dear..Good Luck gurls..

Monday, May 23, 2011

Happy Birthday Mr. EverDale

Hari Sabtu lepas, mama Mr. EverDale datang dari Johor, dan kakak datang dar Penang. Semua berkumpul kt rumah Along Mr. EverDale sebab malam tu nak celebrate birthday Mr. EverDale awal sikit dari exactly date 23 Mei. So malam tu ktorang pergi la Kota Damansara, Kedai Jom Cari Makan. Memang best restoran tu, makan mix Chinese + Malay food. Antara makanan yang di order oleh Kak Arin & Along, daging masak kicap, ayam sweet & sour, sotong goreng butter (mmg sgt sedap), kailan ikan masin, sup special (color merah , oren ok) ala2 macam tak tahu la nak cakap sup jenis ape, tapi mmg sedap, 6 jenis Dim Sum, dan Pau..memang best, tambah lagi dengan kerenah anak buah Mr. EverDale yang tembun tu. Memang jadi tumpuan la dia. Lagi2 meja ktorang je yang paling besar siap de lapik merah lagi, dah cam ketua gangster sedang dinner je..tapi makan kat sini memang puas hati la, boleh balik tidur dengan kekenyangan..hehe..So, malas nak cerita banyak2, enjoy the pic :

Kedai Jom Cari Makan bukan Jalan2 Cari Makan ye kawan2

Dari kiri (ikut jam) : Kailan ikan masin, Daging masak kicap, Ayam sweet & sour, Sup Special, Udang goreng butter (tiada dalam gambar)..

 Dim Sum & Pau yang sedap..

 Cumek , Cucha with Fufu..

Me, with Bu, Akak and Mama..

Kak Arin, Along and Fufu..

Khayrin Sophia a.k.a Fufu..:-)

Last but not least, Happy Birthday to my soulmate Syahrul Azmeer Ismail,hopefully you happy being with me for about 3 years and I wish we will belong together forever and love you till the end of my life.. 

Friday, May 20, 2011

Gilakan DIY

Semenjak seminggu ni, Masha sangat la suka sangat nak buat paper craft ni, bermain-main dengan paper. Rasanya dari origami, kotak, kad, envelope, bunga dan bag pun semua buat dengan kertas. Walaupun kat office kerja boleh tahan la busy. Fyi, next Monday birthday Mr.EverDale, so Masha pun telah merajinkan diri buat 3D kad and envelope sendiri..Memang jimat la, disebabkan dah nak akhir bulan kan. 



Minggu ni juga Masha dah start work on Wedding and Ngage stuff dan sememang nya stuff itu kena mengena dengan kertas la kan (",)..Masha berjaya dengan jayanya menghasilkan bunga telur sendiri. Setelah tanya feedback dari housemate, Mr.EverDale dan mamanya, semuanya bagi feedback positive so I can proceed. Balik kerja je, terus menuju ke Stationary Shop, beli kertas, harini pun pergi Popular lagi, beli kertas lagi. Habis la pokok..hahaha..So, ni lah hasil bunga telur Masha based on entry Bunga Tisu haritu.

p/s : lepas ni sesape nak tempah buat bunga telur boleh kot , tapi kena tunggu lepas majlis 2012..:-)

Tuesday, May 17, 2011

DIY-Bunga Tisu

Alkisah nya, plan sebenarnya nak buat Pomander Ball untuk anak2 buah Masha. Tak tau apa itu Pomander Ball? pomander ball ialah bola bunga yang cantik seperti gambar di bawah:



Nak bagi Ekin dan Leya pakai time jadi angel2 kecik mengiringi Masha time jalan kat red carpet time wedding nanti. Mesti cute sangat kan.


So, last week pergi la book store, cari kertas tisu a.k.a crepe paper. Ala, kertas yang time kita kelas pendidikan seni kat sekolah rendah dulu, for sure korang pernah guna kan?, kalau tak pernah tak tau la plak. Harga kertas ni murah je, 1 paket : RM0.45 dan dawai bunga tu 50 wires = RM3.00. So, untuk tutorial buat sendiri follow You Tube, cincai-cincai jadi. Best2, mula la dah berangan nak buat bunga telur sendiri guna crepe paper ni je. Ada berani?..nantikan sambungan DIY- Bunga Tisu ini untuk bunga telur, kesudahannya hujung tahun 2011..hehe..di sini, Masha nak tunjuk tutorial macamana nak buat Bunga Tisu ni.

1) Bahan-bahan nya : crepe paper, gunting, dawai je.


2) Lipat kertas tisu ini kepada dua bahagian yang besar.


3) Lipat lagi dua, lagi dua sampai jadi kecil macam ini.



4) Dah jadi lebar macam di atas ini, bahagi kan kepada dua bahagian lagi. Dan gunting di tengah-tengah. Pastikan dua2 bahagian sama besar.



5) Potong ikut garisan di tengah.Pastikan ia sama besar juga.



6) Buka kembali lipatan yang sudah dipotong. Kemudian potong kepada 4 bahagian menegak ke atas.


7)  Potong, dan susun kepada 5 helai kertas tisu yang sama besar untuk hasilkan sekuntum bunga.


8) Susun, dan lipat seperti kipas. Lebar setiap lipatan kecik itu 1 inci.


9) Lipat kepada dua di bahagian tengah. Simpulkan dawai halus diantara tengah2 bahagian bunga itu.



10) Potong di hujung kertas bentuk semi sfera, untuk nampak kemas lagi bunga.


11) Buka lipatan bunga menjadi seperti kipas. Dan tarik sehelai demi sehelai secara berhati2, kerana kertas ini lembut. 


12) Taraa! Dah siap. 1 kuntum bunga tisu. Kalau hendak buat seperti pomander ball, perlu ada polisterina berbentuk bola, dan cucuk setiap kuntum bunga tisu ini ke polisterina, sehingga menyerupai bunga bola.



Masha plan nak DIY buat bunga telur macam ni je, idea dari Seri Qanasuri. InsyaAllah boleh. Tunggukan hasilnya. I Love DIY..hehe..

 
Cantek kan..(",)..Berkobar-kobar plak rasa nak buat bunga ni. 

Monday, May 16, 2011

Berhati-hati dengan Penyembur Asid

Kita semua harus berhati-hati mulai dari sekarang. Kita harus berusaha dan bantu-mambantu untuk mengesan binatang ini. Penyembur Asid yang bersiri ini adalah berkulit gelap (Indian maybe) dan dia menunggang motor jenis honda EX5 atau Yamaha dengan bakul di depan. Jadi anda harus lebih berhati-hati apabila melihat 2 jenis motor yang mendekati anda. Jika anda seorang wanita, baikpun gadis atau sesiapa saja yang tinggal di KL- sila ikut panduan di sini:
  • Selalu berjalan menghadap lalu lintas atau bertentangan arah: Jadi penyembur asid bersiri ini tidak akan menyerang anda dari belakang. Selain itu dengan berjalan mengarah lalu lintas, anda akan memiliki peluang yang lebih baik mengelak dari orang yang kelihatan mencurigakan kepada anda. 
  • Elakkan berjalan di tepi jalan atau dikaki lima : Kalau boleh, elakkan berjalan ditepi jalan sama sekali pun. Anda akan membuatkan diri anda lebih mudah menjadi sasaran oleh penyembur asid ini. Jalanlah berhampiran bangunan di mana ada orang ramai.
  • Selalulah membawa payung: Hal ini mungkin terdengar gila, tapi saya cadangkan agar anda membawa payung besar bersama-sama dengan anda. Jadi, setiap kali anda melihat seseorang yang mencurigakan mendekati anda, bukakan payung untuk melindungi diri dari kemungkinan serangan. Ya! Buka saja meskipun tidak hujan. Terbaik dari menggunakan payung sepanjang masa. Apalagi payung anda boleh dijadikan senjata untuk membela diri dalam situasi berbahaya. 
  • Laporkan kepada polis jika ternampak penunggang motor yang mencurigakan: Melaporkan kepada polis Malaysia kita saja tidak cukup. Jadi apabila ternampak orang menunggang motor dengan kulit gelap dan kelihatan mencurigakan, catat no plat dan beritahu polis untuk datang secepat mungkin. Siapa tahu? Maklumat anda mungkin dapat tangkap penyembur asid bersiri ini! 
  • Pakailah baju lebih: Saya tahu cuaca amat panas terik sekarang. Tapi dengan memakai jaket tambahan atau sweater mungkin dapat melindungi diri dari asid yang merbahaya ini!. 
  • Jangan keluar jika tiada urusan penting: Di mana pun anda pergi, cubalah untuk tidak berjalan. Jika anda tiada pengangkutan sekalipun, elakkan. Lebih baik jika menaiki kereta. Tiada masalah jika kedai runcit hanya 50 meter dari rumah anda ... anda mesti tidak mahu mengambil risiko dari disirami oleh asid kan? Jadi minta lah bantuan dari keluarga anda, suami atau ahli keluarga lain untuk menemani anda ke sekitar selagi boleh. 
  • Gunakan air sebanyak mungkin: Air adalah ubat terbaik untuk melawan asid yang menghakis. Apabila seseorang disiram dengan asid (baik anda atau mangsa yang lain), tuangkan air sebanyak mungkin ke bahagian tubuh yang terkena terutama mata. Terus menuangkan sejumlah besar air untuk mencairkan asid. Lakukan sampai asid dicairkan dan hilang. Jadi saya cadangkan anda semua untuk membawa botol air sepanjang masa.

Ini lah wajah penyimbah asid yang setakat ini telah meningkat ke 21 mangsa. Berhati-hati wahai kaum- kaum hawa.

(sumber dari : The Star dan Tiara Jacquelina fb)
There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus