Tuesday, July 20, 2010

Jadi Pengemis Pon Boleh Kaya

Untuk pengetahuan semua, gambar-gambar di atas ini bukan la gambar model terkenal, mahupun artis ke, tapi ini merupakan gambar seorang pengemis. Gambar ini pun sudah heboh diperkatakan di dunia internet Cina, Taiwan, Hongkong, Jepun dan Korea.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet. Kerana gayanya, dia dipanggil dengan nama "xilige" / Bro Tampan.Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Nasibnya berubah selepas gambarnya kebetulan dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu. Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan. Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen. Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru. Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta). 

Untung nasib badan la, kalau muka boleh tahan suara tak sedap pun jadi sedap. Tapi bagi Masha Guorong ini takde la sexy mana pun, biasa2 je..ape pendapat korang plak..Sorry lama tak update, pergi bercuti balik kampung last weekend..:-)

Thursday, July 15, 2010

Nama Samaran @ Nick Name

SALAH satu perkara yang membezakan antara seorang individu dengan individu yang lain ialah nama. Pemberian nama manusia adalah suatu perkara yang amat penting kerana seseorang itu akan dipanggil mengikut nama yang telah diberikan. Malah, nama juga ibarat penanda untuk dikenal pasti oleh orang lain.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Perdana (JPM), Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, pemilihan nama komersial artis amat penting kerana nama yang digunakan akan sentiasa disebut-sebut dan menjadi doa kepada artis berkenaan."Tidak salah jika ingin menggunakan nama gelaran kerana Nabi Muhammad S.A.W juga pernah memberi nama gelaran kepada sahabatnya, Abdul Al-Rahman kepada Abu Hurairah r.a. kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. 

Bagi Masha nama gelaran @ nama samaran @ nama panggilan adalah penting juga untuk lebih mudah mengingati nama seseorang itu, tapi kalau boleh biarlah nama yang elok-elok dan mudah. Nama Masha dalam ic Nor Maisharah Suhaimi, agak panjang le juga. Bagi non Malay yang nak menyebutnya susah gak tang Sharah tu. Dulu time sekolah rendah cikgu semua panggil Maisarah je, sebab senang ingat. Tapi tu pun panjang juga kan, then masa darjah 6, ada seorang kawan Masha berbangsa India panggil Masha dengan nama Maice, mula2 ok la Maice kan, lama2 jadi Mice. Setahu Masha, Mice ni maksudnya tikus kan, Tapi tak pe, sedap juga kan. No heart feeling..hehe..

Ok, antara nickname yang selalu Masha dapat ialah macam Sara (family pggil), Mai, Masha, Maisha, Nor...tu je kot..di bawah ni Masha senaraikan antara nickname orang2 yang Masha kenal yang bagi Masha agak pelik n simple juga la, sebab nama sebenar diorang agak sedap, tapi bila jadi nama panggilan jadi pelik..hehe..
  • Amek @ Amed (Syahrul Azmeer)
  • Bombat ( Faiz Ihsan)
  • Pedot (Faisal) -not sure..
  • Bobob (Khaiziliyah)
  • Ea (Ummu Fatihah)
  • Alet (Mohd Fadzillah)
  • Pitmint ( Ahmad Syafiq Aminuddin)
  • Karau ( Ahmad Syafiq Alauddin)
  • Ustat (Hazwan Shushaimi)
  • Suzen ( Shazana)
  • Kajol ( Farhan Nor Diyana)
  • Nubas ( Zulhilmi) -not sure..hehe..
Bagi Masha semua nama2 tu agak menarik la kan, whatever pun, biarlah nama yang dipilih itu nama yang baik kerana nama juga merupakan satu doa jika nama itu kerap disebut oleh teman-teman. 

Wednesday, July 14, 2010

Burung Cenderawasih

Selalu aktiviti pertama yang dilakukan sebaik on pc kat office, semestinya membaca Kosmo kan, sebab kalau postpone sampai ke petang la tak bley nak baca paper. Sebelum kerja mendatang, relaks2 dulu Ok, hari ini Masha ada terbaca kisah pasal Burung Cenderawasih ni. Selalunya baca macam2 tu je, tapi hari ini tergerak pula nak tulis entri pasal burung Cenderawasih ini.

Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes.Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala.

Mengikut kepercayaan sesetengah pihak, burung Cenderawasih yang dikaitkan dengan legenda alam kayangan hanya boleh didapati di kawasan sejuk selain akan memberi rezeki kepada si pembelanya.Ia dikatakan hanya minum air embun. Ia juga dikatakan penjaga kepada sejenis batu zamrud yang tinggi nilainya dan akan mati jika terjatuh ke tanah tetapi bangkainya tidak mereput atau berbau busuk, malah mengeluarkan haruman tersendiri.
(credit to Wikipedia).

Keistimewaan Burung Cenderawasih
  • Bagi setengah pengamal perubatan tradisional, ianya sangat berguna untuk perubatan mereka.
  • Mengikut dalam kitab - .." Jika kita bawa kemana-mana bulu burung cenderawasih, menjadi pengasih dan petunjuk kepada sekalian manusia "
  • Katanya lagi - .." Wajah nampak berseri, orang selalu hormat kita, lawan jadi sahabat. Rezeki Mudah. Kalau yang dengki kepada kita, tertutup hati dengki kepada kita, dan dia kasih kepada kita ..."
  • Bagi golongan ahli perniagaan dan politik - " Maka sesiapa yang taruh burung cenderawasih di rumah, amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepandang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya-raya dan dipandang mulia.
Ok,bagi pendapat Masha, kita sebagai orang Islam seharusnya memang tak patut la kan percaya kepada benda2 lain selain daripada Allah SWT. Jodoh, rezeki, maut semuanya sudah ditetapkan. Kita harus berusaha selagi boleh untuk mendapatkan rezeki yang halal, jangan la jadi seperti orang ini kerana terlalu percayakan burung Cendarawasih ini, akhirnya burung Cenderawasih ini membawa malang kepada mereka.Wallahu'alam.

Tuesday, July 13, 2010

NetBall

Woha..Holla..rasa macam lama pulak tak update MyChantique ni. Padahal baru miss 3 hari je..Sebenarnya Masha teragak sibuk dengan kerja + training untuk 'Mimos Sport's Carnival' yang berlangsung dekat sebulan lebih juga la. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola tampar, bola jaring, futsal, tennis, badminton, boling, carrom, dart, ping pong dan congkak. Masha plak 'ter' involve la dalam bola jaring, futsal dan boling. Kalau petang tak hujan, biasanya habis kerja pukul 5.30pm , pastu cepat2 tukar baju pegi training netball.

 
Kadang tu terkejar2 kan, sebab kerja office pun tak settle lagi, dah nak pergi berlatih. Sebenarnya, kalau nak diikutkan Masha dah hampir 12 tahun kot tinggalkan game netball ni, last main time darjah 5 dlu. Tapi memang rindu la nak main balik, tu yang ambil peluang ni. Time sekolah menengah dulu main hoki dan boling je. Disebabkan balik kerja je, terus pergi berlatih, sampai rumah mestilah penatkan. Kadang tak sempat nak update blog, sebab kena sambung buat kerja kat office sampai ke rumah.huhu..tapi best la, sebab macam dh lama je tak keluarkan peluh, sejak tamat belajar silat dulu.huhu..rindu kt silat pulak.

Pa pe pun kat sini nak cerita sebenarnya, pertandingan bola jaring sudah pun berakhir minggu lepas, Masha mewakili team SDCE (Software Development Central Engineering ) Department,.Kami kena lawan dengan 3 lagi team dari department yang lain, kesimpulannya, memang semuanya hebat2 belaka la, respect betul la kat akak2 kat sini, walaupun diorang dah kawin, ada anak2 lagi, tapi still active dalam sukan.Selama 3 hari berturut-turut la kami lawan, dan akhirnya..hehe, malu nak cakap, kami menang no 3 je..jadilah, main just for fun..:-)..tapi memang best la keseluruhannya,..Ni tunggu untuk acara futsal dan boling plak. Wish me luck k..;-)

(tq to Mr.Eyriqazz sbb tegur font kat blog ni kecil, so Masha tukar jadi besar supaya semua orang bley bace. Sy budak bru bljr, kalo slh tlg tunjukkan.)

Friday, July 9, 2010

Pengakuan Ariel-Cut Tari-Luna Maya

Cerita kes pasal video Ariel ni dah lame dah Masha ikuti, sejak start dari  Ariel tu kena tangkap la kan,.Tak tau le nak percaya ke tak. Masha baca paper Kosmo hari ini, yang cerita pasal Cut Tari minta maaf  secara terbuka, lepas tu Luna Maya pun nak minta maaf juga (tapi tergagap-gagap). Masih tak boleh nak simpulkan lagi la kan sebab Ariel masih tak mengaku pasal video tu. 


Tapi, dalam pukul 8 lebih la tadi, Masha tengok berita kt TV3..Akhirnya, Ariel mengaku yang 'mamat' dalam video tu ialah dia..kan senang dah mengaku..buat penat je orang nak siasat le, buat penat la Cut Tari dan Luna menangis minta maaf, patut la pun kan sebab diorang dah rase bersalah. Yang sporting nye kat sini, suami si Cut Tari tu, cool je maafkan Cut Tari siap dia cakap lagi, "Semua orang ada berbuat salah, kita harus memaafkan perbuatan seseorang"..hehe..tu jela nak reveal kan untuk malam ni. Tak pernah-pernah lagi la Masha tulis pasal gosip artis ni kan.Dah boring sesangat la ni..huhu..

Jom Lipat Basikal!

Kalau korang semua nak tau, basikal sekarang pon dah boleh lipat, bukan kain je boleh lipat tau..hehe..

Kevin Scott, 21, seorang penuntut di Britain mempamerkan basikal yang boleh dilipat.Basikal ciptaan pelajar Universiti De Montfort itu menggunakan sistem lengkungan sehala yang dapat dibengkok pada sebatang tiang lampu untuk dikunci dengan selamat tanpa menggunakan pengunci rantai.

Basikal unik itu dicipta bagi menangani kes kecurian basikal di sekitar London yang semakin membimbangkan pihak berkuasa dan masyarakat sehingga mencatatkan rekod lebih 52 kes kehilangan pada setiap hari. Basikal itu boleh kembali kepada bentuk asal dengan pantas dan mampu disimpan di dalam mana-mana tempat yang bersaiz kecil. (Credit to : Kosmo)

(p.s : ada juga kerusi lipat, meja lipat, kereta lipat je takde lagi..hehe)

Wednesday, July 7, 2010

Myvi Limited Edition for Ladies..

Attention Ladies & Girls..
Kepada Pencinta Color Pink aka Merah Jambu..
Here's special to you..
(walaupun Masha tak brape suka color pink)


1.3L Myvi (Mvvi LE) edisi terhad yang memiliki ciri-ciri sporty tetapi bergaya bersesuaian untuk pemandu wanita. Model itu dikeluarkan khas untuk memenuhi permintaan dan cita rasa golongan muda dan wanita bandar.


Yang nampak obvious kat sini, semestinya color pink kan (kalau tak minat color pink, ada pilihan hitam dan putih).Harga pun boleh tahan RM48,100-RM48,600 je. Interior di dalam di karpet pintu ada macam design2 bunga sikit. Di sebabkan ladies ni suka tengok cermin, ade cermin extra kat sit pemandu dan sebelah pemandu..Urrmmm...lagi, bawah sit pemandu dan sebelah pemandu kat kaki ada lampu..dan macam2 lagi la, bley tengok kat atas ni..hehe..nampak sangat feminin la..So, apelagi..dapatkan segera sementara stock masih adaaa...

Credit to Kosmo and Perodua....For more information, visit here http://www.perodua.com.my/index.php

Tuesday, July 6, 2010

Testing Your Eyes..:-)


Agak-agak boleh baca ke tak..hehe..Masha boleh,mesti korang pon boleh.. tak sangka kan..(^_^)

Sunday, July 4, 2010

Domino Pizza

Mula-mula sekali nak tanya, ada sesiapa pernah 'Dine In' tak pon pergi kt mana2 restoran Domino Pizza tak?..


Ceritanya semalam la, Masha n Mr.EverDale sesaje le nak try kan dinner kat Domino Pizza (DP), sebab dh boring plak asyik makan kat Pizza Hut (PH) je kan. Sebenarnya Masha bukannya tak pernah makan DP ni, just before this selalu order melalui phone call je, tak pernah la makan kat kedai kan. So, semalam la nk try. Kitaorang pon pergi la DP dekat Ampang Point kan. Masuk2 je Masha pon terus la pergi kt kaunter, sebab tengok2 sekeliling, kalau duduk kat meja tunggu order, memang tak de sape nk serve kot. Then Masha discuss la dengan Mr.EverDale, pastu kitaorang pon order le ape2 yang patot kan.

Masha ni kalau pergi PH , yang menjadi peveret mestilah Spicy Chicken Wings dia kan, then tengok kt menu DP ade Chicken Wings, teros la nak order kan..huhu..tanya2 je, cashier tu cakap dh abes..tak dapat la order, then tukar le order BBQ Chicken Stick. Then pas bayar2 sume, sekali cashier tu mintak no phone Masha le kan. Masha pon pelik le jugak, die nak ngorat Masha ke..hehe..pas2 tanya dia, dia cakap nak simpan untuk record dia, then kena la bagi nama sekali. hehe, kelakar plak. Memang nampak sangat la  tak pernah makan kt DP, yela kan, kalau korang pon mesti pelik kan, nak order pon kena mintak no phone n nama ke.. kalau order by call, yela kan..tapi ni order kt kedai kot..huhu..

Ok la, dh order kitaorang pon duduk le, kt sit. de la dalam 4 pasang sit je kot kat situ, memang kecil la tempat dia., tunggu dalam 15 minit kot, then orang tu panggil "Miss Masha please, order dah siap"...urmm?..Masha pon pelik sekali lagi, sebab kena ambil makanan sendiri ok.. takpe2, then dapat makanan pon semua dalam plastik dan dalam kotak ok.,memang macam nak 'Take Away' la gamaknya. huhu..tak pernah la Masha tau DP memang serve camni rupa2nya..ke memang Masha sorang je xtau..huhu..xpe la..So far, pizza dia memang boleh tahan, dapat rasa la cheese dia, n paling best Garlic Bread dia, besar kot n sangat lembut..kalah PH..yang makanan leh puji la..hehe..

Setelah tengok resit ..baru la Masha tau, DP ni takde tax pon, either government tax or service tax pon.. dan DP siap bagi Coupon Discount lagi RM 9.00 ok..(",)..Ooooo...Patut la takde orang serve kitaorang time tu..huhu..pa pe pon, DP ok la..n kalau dia buat cam PH pon ok gak kot, tak kesah la kne tax ke, janji service best.So..tu je la nak Masha ceritakan pengalaman makan di restoran DP..(^_^)

Thursday, July 1, 2010

Award : From Cik Panadol dan Cik Sya

 

1. Anda mesti memuji si pemberi award
 
Hehe..Soalan paksaan nampak..Tak baik puji orang sebenarnya, takot orang tu jadi riak..hehe..xde pe la...Kadang-Kadang kita kena jugak puji orang kan..Okla tanda terima kasih kepada Miss Panadol n Miss Sya dengan ini Masha dh berjaya buat entri khas buat diorang berdua ni. Walaupun kita hanya berkenalan di alam maya ni, thanx sekali lagi sebab menjadi pengikut setia Masha dan selalu jenguk ke belog usang Masha ni..

2. Sila beri award ini kepada 10 blogger yang lain.

3. Anda mesti beritahu kepada 10 blogger tadi.

Yup..Sudah tinggalkan jejak di shoutmix @ shout chat diorang

4. Bagaimana anda digelar blogger yang best?

Saya tak pasti lagi belog saya ni best ke tak, tapi rasa-rasa nya uuntuk menjadi belog yang best kita mestilah kena ada identiti kita sendiri, ayat atau cerita yang nak dipublish mestilah dari sendiri punya idea, tapi kalau ade cedok-cedok dari orang lain pon atleast kredit lah kepada orang tu kan.hehe..tu je la kot..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus