Untuk pengetahuan semua, gambar-gambar di atas ini bukan la gambar model terkenal, mahupun artis ke, tapi ini merupakan gambar seorang pengemis. Gambar ini pun sudah heboh diperkatakan di dunia internet Cina, Taiwan, Hongkong, Jepun dan Korea.
Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet. Kerana gayanya, dia dipanggil dengan nama "xilige" / Bro Tampan.Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.
Nasibnya berubah selepas gambarnya kebetulan dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu. Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan. Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen. Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru. Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).
Untung nasib badan la, kalau muka boleh tahan suara tak sedap pun jadi sedap. Tapi bagi Masha Guorong ini takde la sexy mana pun, biasa2 je..ape pendapat korang plak..Sorry lama tak update, pergi bercuti balik kampung last weekend..:-)
No comments:
Post a Comment