Friday, July 9, 2010

Jom Lipat Basikal!

Kalau korang semua nak tau, basikal sekarang pon dah boleh lipat, bukan kain je boleh lipat tau..hehe..

Kevin Scott, 21, seorang penuntut di Britain mempamerkan basikal yang boleh dilipat.Basikal ciptaan pelajar Universiti De Montfort itu menggunakan sistem lengkungan sehala yang dapat dibengkok pada sebatang tiang lampu untuk dikunci dengan selamat tanpa menggunakan pengunci rantai.

Basikal unik itu dicipta bagi menangani kes kecurian basikal di sekitar London yang semakin membimbangkan pihak berkuasa dan masyarakat sehingga mencatatkan rekod lebih 52 kes kehilangan pada setiap hari. Basikal itu boleh kembali kepada bentuk asal dengan pantas dan mampu disimpan di dalam mana-mana tempat yang bersaiz kecil. (Credit to : Kosmo)

(p.s : ada juga kerusi lipat, meja lipat, kereta lipat je takde lagi..hehe)

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus