Selalu aktiviti pertama yang dilakukan sebaik on pc kat office, semestinya membaca Kosmo kan, sebab kalau postpone sampai ke petang la tak bley nak baca paper. Sebelum kerja mendatang, relaks2 dulu Ok, hari ini Masha ada terbaca kisah pasal Burung Cenderawasih ni. Selalunya baca macam2 tu je, tapi hari ini tergerak pula nak tulis entri pasal burung Cenderawasih ini.
Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes.Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala.
Mengikut kepercayaan sesetengah pihak, burung Cenderawasih yang dikaitkan dengan legenda alam kayangan hanya boleh didapati di kawasan sejuk selain akan memberi rezeki kepada si pembelanya.Ia dikatakan hanya minum air embun. Ia juga dikatakan penjaga kepada sejenis batu zamrud yang tinggi nilainya dan akan mati jika terjatuh ke tanah tetapi bangkainya tidak mereput atau berbau busuk, malah mengeluarkan haruman tersendiri.
(credit to Wikipedia).
Keistimewaan Burung Cenderawasih
- Bagi setengah pengamal perubatan tradisional, ianya sangat berguna untuk perubatan mereka.
- Mengikut dalam kitab - .." Jika kita bawa kemana-mana bulu burung cenderawasih, menjadi pengasih dan petunjuk kepada sekalian manusia "
- Katanya lagi - .." Wajah nampak berseri, orang selalu hormat kita, lawan jadi sahabat. Rezeki Mudah. Kalau yang dengki kepada kita, tertutup hati dengki kepada kita, dan dia kasih kepada kita ..."
- Bagi golongan ahli perniagaan dan politik - " Maka sesiapa yang taruh burung cenderawasih di rumah, amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepandang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya-raya dan dipandang mulia.
Ok,bagi pendapat Masha, kita sebagai orang Islam seharusnya memang tak patut la kan percaya kepada benda2 lain selain daripada Allah SWT. Jodoh, rezeki, maut semuanya sudah ditetapkan. Kita harus berusaha selagi boleh untuk mendapatkan rezeki yang halal, jangan la jadi seperti orang ini kerana terlalu percayakan burung Cendarawasih ini, akhirnya burung Cenderawasih ini membawa malang kepada mereka.Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment