Tuesday, July 13, 2010

NetBall

Woha..Holla..rasa macam lama pulak tak update MyChantique ni. Padahal baru miss 3 hari je..Sebenarnya Masha teragak sibuk dengan kerja + training untuk 'Mimos Sport's Carnival' yang berlangsung dekat sebulan lebih juga la. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola tampar, bola jaring, futsal, tennis, badminton, boling, carrom, dart, ping pong dan congkak. Masha plak 'ter' involve la dalam bola jaring, futsal dan boling. Kalau petang tak hujan, biasanya habis kerja pukul 5.30pm , pastu cepat2 tukar baju pegi training netball.

 
Kadang tu terkejar2 kan, sebab kerja office pun tak settle lagi, dah nak pergi berlatih. Sebenarnya, kalau nak diikutkan Masha dah hampir 12 tahun kot tinggalkan game netball ni, last main time darjah 5 dlu. Tapi memang rindu la nak main balik, tu yang ambil peluang ni. Time sekolah menengah dulu main hoki dan boling je. Disebabkan balik kerja je, terus pergi berlatih, sampai rumah mestilah penatkan. Kadang tak sempat nak update blog, sebab kena sambung buat kerja kat office sampai ke rumah.huhu..tapi best la, sebab macam dh lama je tak keluarkan peluh, sejak tamat belajar silat dulu.huhu..rindu kt silat pulak.

Pa pe pun kat sini nak cerita sebenarnya, pertandingan bola jaring sudah pun berakhir minggu lepas, Masha mewakili team SDCE (Software Development Central Engineering ) Department,.Kami kena lawan dengan 3 lagi team dari department yang lain, kesimpulannya, memang semuanya hebat2 belaka la, respect betul la kat akak2 kat sini, walaupun diorang dah kawin, ada anak2 lagi, tapi still active dalam sukan.Selama 3 hari berturut-turut la kami lawan, dan akhirnya..hehe, malu nak cakap, kami menang no 3 je..jadilah, main just for fun..:-)..tapi memang best la keseluruhannya,..Ni tunggu untuk acara futsal dan boling plak. Wish me luck k..;-)

(tq to Mr.Eyriqazz sbb tegur font kat blog ni kecil, so Masha tukar jadi besar supaya semua orang bley bace. Sy budak bru bljr, kalo slh tlg tunjukkan.)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus