Tuesday, December 31, 2013

Hi, shaye dah 5 bulan tua..

As-salam

Semalam Masha bawak baby Annur pergi cucuk 5 bulan kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan.. Boleh plak kami terlajak lambat. Sudahnya, appointment pukul 8am, kami sampai dekat pukul 9am dan tersangat ramai la orang..huhu..sampai macam nak give up la sampai ingat nak pergi klinik Dr. Hani je..

Nasib la baby Annur tak meragam, sesampai je klinik, dia tidur dan sepanjang dia tidur tu Masha n en. Hubby pergi la breakfast sementara tunggu nombor. Adalah kne tunggu dalam 70 turn lagi..tapi, tengok2 nombor baby Annur kena panggil, dan ambil berat, ukur panjang, n lilit kepala semua, then cucuk..Sekejap je settle..pkul 10am dah settle..Cepat la pulak, sebab last week lambat, tros En. Hubby cakap, next time better datang lambat la, cepat habis..hehe..

Kesimpulan dari checkup semalam, nurse ada pesan supaya boleh mula bagi baby makan 6 bulan nanti. Mula2 bagi bubur -3x sehari..Hehe..actually, umminya yang excited nak bagi makan, sebab dah 'ter'beli Baby Bullet kan. Groupon aritu de offer, teros minta permission en.Hubby nak beli walaupun pakai duit sendiri..haha.. Then 4 hari lepas bankin duit, teros sampai barang itu..suke2..

Berat baby sekarang: 8.5 kg, n panjang: 70cm. Yes..my baby really hantap now, n ummi boleh termengah2 kalo dukung sambil berjalan dan bercakap ye sayang..Tapi ummi sangat happy dengan kehadiran kamoo sayang,. Sekarang baby Annur dah pandai meniarap, pastu main reverse parking bawah meja, pastu bercakap sorang2 bahasa Uganda..hehe..cute je anak ummi ni la..dah le murah dengan senyuman dia tu..apa2 pon semoga sayang ummi ni semoga cepat sehat dan membesar dengan jaya nya..ummi n babah sayang kamoo..


Perlu ke Tak Vaksin?

As-salam, 

(p/s: Kalo korang ni geng anti vaksin- sila jangan butthurt or baca entry ni, ni adalah blog sy dan pendapat sy sendiri. TQ)

Semalam baru lepas bawak baby Annur inject untuk 5 bulan..tak silap ni inject 3 serangkai (DTP, Polio, HTP) tu, buat kali ke 3, last la..pasni inject lain plak..di bawah ni jadual imunisasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia 
Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Vaksin membantu menghasilkan imuniti kepada bayi terhadap penyakit-penyakit tertentu. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.  Ada beberapa vaksin yang diwajibkan diberi kepada bayi oleh Kementerian Kesihatan, tetapi, sebagai ibubapa, kita perlu juga mengambilkira beberapa vaksin tambahan lain untuk bayi iaitu:



Masha rasa semua mummy2 diluar sana mahukan yang terbaik untuk si kecil anda, tetapi lately ni terlalu banyak  source ntah dari mana yang Anti Vaccine Parents (AVP) dah macam Alien vs Predator plak kn..hehe..Bagi Masha, itu hak ibu/bapa masing2, tiada paksaan dalam memberikan suntikan vaksin di Malaysia ni. Tapi bagi pendapat Masha, Masha yang anak ke 4 dari 7 adik beradik dan kesemuanya mak bawak kami pergi cucuk untuk setiap bulan dari baby lagi, dan sampai ke sekarang, dengan izin Allah, Alhamdulillah..kami masih sihat..Dengan sihatnya kita pada zaman sekarang ni, it is proven that this vaccination program ni selamat dan boleh digunapakai. So, begitu la juga untuk anak2 Masha, Masha bagi cucuk juga. Masha tau, AVP di luar sana bimbang akan source/ingredient yang terkandung dalam setiap vaccine tu tak tentu halal dan haram nya, dan bimbang side effect after inject tu kan. Lupe plak nak tanya, kat bahu belah kiri korang ada parut BCG tak?..ke korang xnak anak korang ada parut. Sangatlah tidak adil, jika AVP melabelkan kami yang bagi anak2 kami vaksin tidak kisah akan halal atau haram, sedangkan Program Imunisasi Malaysia ini sendiri diputuskan dan dibenarkan oleh JAKIM. Kawan-kawan Medic Masha yang grad dari seluruh pelusuk negara Islam, belajar dengan practitioner perubatan Arab Islam pun takde nak bising2 pasal issue ni, malah mereka anggap ia Harus. Vaksin telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa di seluruh dunia. Takkan la diorang nak tipu, diorang pon bagi anak diorang cucuk jugak.

Memang tidak dinafikan, ada juga yang mengambil vaksin, masih terkena penyakit. Tetapi percentage nya sangat la sedikit. Sama jugak la, bagi yang tak amik vaksin langsung, dan guna kaedah lain, pon kena juga penyakit. Penyakit dan kematian yang menimpa manusia merupakan salah satu dari ujian daripada Allah SWT. Setiap perbuatan dan amalan manusia mempunyai kaitan rapat dengan ujian Allah. Semua ini kuasa Allah, dan seperti semua orang sedia maklum kita sekarang ni dah nak sampai ke penghujung zaman dan kita ni manusia akhir zaman dan sekarang sudah banyak tanda2 kiamat berlaku, antaranya menularnya virus-virus  ni..Rasulullah SAW sendiri juga pernah menceritakan mengenai tanda-tanda kiamat antaranya kematian yang dasyat yang mengorbankan ramai manusia.

So, kita sebagai ibu dan bapa perlu la usaha dan tawakal untuk melalui semua ujian-ujian yang diberikan kepada kita. "Orang yang menolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, tawakal adalah menggunakan asbab dengan yakin yang betul, (Hamka, 2013)". Dalam surah Al-Talaq ayat 3, Allah berfirman, "Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah mencukupkan keperluannya".  Rasulullah SAW pernah bersabda "Allah telah menurunkan penyakit dan ubatnya, maka setiap penyakit mempunyai ubatnya. Cari dan ambillah ubat dan jangan menggunakan barang yang haram sebagai ubat" (riwayat Abu-Dawud). Malas nak membebel banyak2, kang terus jadi satu thesis untuk Ph.D plak kan, walaupun banyak lagi nak tulis n nak bagi references ni..Jika terdapat sebarang kemusykilan lagi boleh la rujuk di Dr. Zubaidi, dan di Dr. Harlina Sekian terima kasih.Wallahualam..

Thursday, December 26, 2013

Tq Isianpadu

As-salam

Arini masok opis, tengok2 ade box macam cake box kt atas meja..rupa2 nya vendor Isianpadu bagi belated gift kt baby Annur... cantik box tu..ribbon dia tied very neatly..sayang nk bukak..tp dlm hati nk tau gak amende la tu... last2 mintak ina bukakkan... rupa2 nye baby Annur dapat set pillow 1, bolster 2, baby blanket, 2 rompers n 3 pasang socks..suke2..tq again Isianpadu colleague...

Wednesday, December 25, 2013

Baby Annur Swimming

As-salam..

Today cuti Christmas, so lepak rumah je..tadi petang saje je nk try bawak baby Annur mandi kat swimming pool kt bawah rumah..Swimming suit tak beli lagi..gamble je pkai rompers..
Mula2 masuk je dalam pool, baby Annur cool lagi..5 mnt lepas tu muka dia macam nak nanges..maybe sebab sejuk kot..sebab biasa mandi air suam je kt rumh..lepas pujuk2 lama2 ok..suke sangat dia mandi tau..sebab kat rumah pon dia suke swim dalam mini pool dia..

1st attempt try bawak baby Annur swimming, so far dia tak takut air..en.hubby suh campak je baby Annur dalam pool..nak bagi dia floating sendiri..tp..takott ooo..kang jadi menda lain plak..takpe..next time bawak baby Annur turun mndi lagi..

Wordless Wednesday ver 4.5

As-salam..

P/s: arini cuti x-mas..ade budak dh pandai reverse..jiayou sayang..

Monday, December 16, 2013

No Monday Blues

As-salam. .

Arini Masha terpaksa bercuti sebab bs cuti..xde sape nk jaga baby Annur..so dating dgn baby Annur berdua je la arini..thanks Allah, she really behave today..after milking, sleeping, and playing by herself.. although without her babah...

Fyi, when it comes to weekend her babah will always gave her a bath... because she already  gains weight and ummi dah tak larat nak pegang dia time mandi..she really loves bath time and will become very active during the bath time..next time kita turun bawah rumah mandi swimming pool betul punya ye sayang..luv u very much sayang baby Annur..

Wednesday, December 11, 2013

Wordless Wednesday ver 4.4

As-salam,

P/s: Finally last week pada 6 dec 2013..umo 4m2w2d baby Annur berjaya meniarap tanpa bantuan... babysitter wassap gambo time dia berjaya meniarap aritu...jiaoyou sayang..

Wednesday, December 4, 2013

Wordless Wednesday ver 4.3

As-salam

P/s: cubaan utk meniarap dan akhirnya kepenatan n cuba meminta pertolongan..haha..cute..geram btol dgn bdk mucuk srg ni..sayang kamoo...

Thursday, November 28, 2013

Hi, shaye dh 4 bulan tua

As-salam, 

Semalam Masha n en.hubby cuti sebab nk g KKSK nk g cucuk baby Annur..suppose kalo ikot buku 4 bulan xkena cucuk, tp disebabkan baby Annur punya BCG time lahir dulu xjadi (xde parut), so kne cucuk sekali lagi semalam..Semalam lambat bebeno la klinik tu, amik nombor kui 8am, kui 11.30am bru settle..naseb la dh amik cuti kan..slalunya cepat je..cam last month datang, amik no kui 8am, kui 9.30am dh settled..nape ntah smlm..smpai perot berbunyi2 la tak makan dari pagi..huhu..sabo je la..
Ni dapat present4 months -Ear Muff from Aunty Ina..
Dah la semalam time nk cucuk baby Annur nurse suh tunggu luar, tak bagi masha masok skali..risau pon ade..diorg bedung baby Annur dulu, then baru cucuk kt lengan kiri..dengar la baby menjerit kt dalam bilik tu..huhu..keluar je baby Annur, dh xnanges..tp muka sedih je..n ade air mata..baby Annur juga telah menckar paha dia sendiri smpai tinggal parut..banyak gak la..Masha rasa la kan, semalam maybe dia meronta2 time tengah cucuk..ye la, kan kne bedung time tu..kesian anak ummi ni..tapi dia kuat..pastu dh ceria balik..berat baby naek sangat kit..sekarang dh 7.8kg..n panjang 68cm..kan..Masha cakap..last month nurse ukur salah..patotnya last month 64cam je..ape daa..tapi sekarang memang hantap la baby Annur..membesar dengan jayanya..So far, baby Annur tak pandai meniarap lagi..juz kaki dia je kuat menendang..tak reti dok diam..dan suke le sangat nak makan stokin dia tu..hehe..Alhamdulillah..syukur sangat..semoga baby Annur sehat membesar dgn normal..ummi n babah love u very2 much..
Pas g klinik, tros pegi service Wully..hoho..service biasa + tukar brake pad + tukar wiper + tukar 2 bijik tayar (sebab tayar dah bengkak) + alignment tayar..melayang fulus2 bulan ni..sabo je la eh disebabkan tak tahan drive keter mcm org parkinson(bergegar2 n lari ke kiri). .hehe..lepas service, baru le selesa nak drive kan..xpe la..safety first..so smlm sampai rumah pon dalam pukul 5pm..dah macam pergi kerja je..padahal cuti..hehe..

Pic atas: Time ni kat workshop kereta, lama sangat tunggu..naseb ada guest room..leh la melepak
  

Friday, November 22, 2013

Maternity shoot..

As-salam, 

Finally, dah siap 12 bulan punya gambo,.walaupun takde maternity shoot yang official, shoot kt rumah pon jadi la..En. Hubby jadi photographer nye..hehe..memory semasa preggy..best2..


Thursday, November 21, 2013

Tempoh Pemulihan Selepas Bersalin

As-salam,

Sudah pasti selepas bersalin anda memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala kerana sepanjang mengandung dan kemudiannya melahirkan bayi, seluruh tubuh dan organ dalaman anda telah mengalami keletihan dan perubahan besar. Anda mungkin ingin tahu tentang tubuh badan anda dan beberapa tanda ketika proses pemulihan ini. Antara perkara yang kerap menjadi perhatian dan persoalan ialah;

Rahim
Rahim anda akan mengambil masa 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Saiz rahim sebenar adalah sebesar telur “double A” sahaja.

Bengkak
Bengkak kaki dan badan mengambil masa 4-6 minggu untuk hilang sepenuhnya. Adalah normal untuk tubuh menjadi lebih bengkak dalan tempoh 1-2 minggu, asalkan anda tiada masalah darah tinggi. Pada waktu ini badan akan mengalami kekurangan air kerana anda mengalami dieresis. Oleh itu, minum air yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan aliran susu badan yang optima dan mengurangkan risiko sembelit.

Pendarahan faraj
Pendarahan faraj atau nifas mengambil masa 4-8 minggu untuk berhenti sepenuhnya. Sekiranya ia berhenti selepas 3 minggu bersalin dan datang kembali selepas beberapa hari, ia juga adalah normal. Darah yang keluar itu akan bermula dengan warna merah sebelum ia akan beransur-ansur menjadi warna coklat dan seterusnya coklat muda.

Luka Episiotomi
Luka ini akan mengambil masa 1-2 minggu untuk pulih daripada sakit dan 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Pastikan ia bersih dari cemaran seperti najis dan sentiasa kering untuk mempastikan ia lebih cepat sembuh. Lap dengan kain bersih dan anda boleh mengunakan alat pengering rambut jika ada.

Luka Pembedahan Cesarean
Pembedahan ini akan mengambil masa 4 minggu untuk pulih daripada sakit dan 8 minggu untuk pulih sepenuhnya. Berjumpalah dengan doktor sekiranya tempoh pemulihan anda memakan masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Stretch Mark dan Warna kehitaman pada kulit
Mengambil masa 6 bulan sehingga 1 tahun untuk hilang sepenuh, selalunya dari kemerahan ia akan menjadi parut putih yang pudar. Mereka yang berkulit gelap mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Kebas Tangan ( Carpal Tunnel Syndrome)
Selalunya hilang dengan sendiri selepas 6 minggu bersalin. Carpal tunnel syndrome terjadi disebabkan tekanan pada urat saraf pada pergelangan tangan yang kerap terjadi disebabkan kehamilan. Kalau tangan anda masih kebas dan sakit selepas tempoh tersebut, eloklah berjumpa pakar untuk rawatan seterusnya.

Buasir
Buasir atau hemorrhoid mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda pengidap buasir kronik, ia mungkin akan kekal selagi tiada pembedahan dilakukan. Jumpa dengan doktor pakar sekiranya buasir masih tidak hilang walau setelah beberapa bulan bersalin.

Berat badan
Kenaikan berat badan semasa hamil kebanyakannya disebabkan oleh berlebihan bendalir tubuh dan juga tumbesaran rahim serta bayi. Kenaikan berat badan yang optimal adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram selama sembilan bulan anda hamil. Kebanyakan dari pertambahan berat ini akan hilang dalam tempoh 2-3 bulan selepas bersalin. Sekiranya anda kelihatan masih berisi selepas 6 bulan bersalin, ia mungkin disebabkan anda mengalami kenaikan yang keterlaluan semasa hamil.

Perut buncit dan berkedut
Badan memerlukan 6 bulan – 1 tahun untuk kembali langsing tetapi bergantung kepada cara pemakanan anda semasa pantang dan cara senaman yang anda praktikkan. Buat senaman perut 3-4 kali seminggu semasa pantang dan anda mungkin akan langsing dalam masa yang lebih singkat. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menjalani pembedahan Cesarean, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama disebabkan lemak kebal yang terbentuk pada sekitar parut cesarean.

******************************************
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

share from :SoalJawabJomHamil

Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday ver 4.2

As-salam

P/s: Alhamdulillah..sentiasa mempermudahkan urusan orang lain..kalo x, rase xsedap hati plak orang susah sbb kte..

Monday, November 18, 2013

Ummi Yang Careless

As-salam

Di petang Isnin, 6.17pm, bersiaran langsung dari opis saya, di Pejabat Perolehan, Uitm..huhu..nak nanges je rasa nya sekarang..soksek2..huhu..

Al-kisahnya, tadi dalam pukul 4 lebih..plan nk pergi post office..Masha pon bwk la kunci keter ingt nk drive keter..ina, opismate Masha pon bwk kunci keter dia gak..last2 Masha drive keter dia g post office..kunci Masha tinggal kt keter dia la kan..dh settle sume urusan n dh blik opis semula, Masha terlupa amik kunci keter Masha dlm keter ina..n pkul 4.45pm ina pon gerak la balik rumah dia kt kg.penchala.

Masha plak boleh tak perasan kn..dh lepas punch kad pkul 5.30pm, terus la dgn yakin nya menuju ke kereta..cari2..kunci takde..huwuwuwu..cmne nak balik ni...Marissa...huwawaa..nk amik marissa camne..siannye anakku..sorry..ummi careless sangat..

Sekarang ni tengah tunggu hubby Masha datang..dia g rmh ina naik moto pinjam kawan dia, g amik kunci..n bru g amik Masha..bersalah nye rasa..huhu..(>_<)..Tengah berdoa, semoga sempat la nak amik baby Annur ni..Ya Allah..permudahkan urusanku..permudahkanlah perjalanan suamiku..Aminn..Syg ummi, tunggu ummi ye..(>_<)

Friday, November 15, 2013

Pengalaman Berpantang Bersalin Caesarean

As-salam, 

Bersambung lagi story pasal pregnancy n delivery ni, seperti yang sedia maklum. Masha bersalin secara operation-caesarean dan kaedah berpantang juga lain dari yang bersalin normal. Masha rasa Masha la orang yang pertama bersalin c-sect ni dalam family, sebab kakak2 Masha dan mak Masha semua bersalin normal..Hurmm..ape nak buat, untuk keselamatan baby n ummi..Tapi rasa best plak bersalin c-sect ni..hehe..

Minggu pertama berpantang
Masha berpantang di rumah sendiri di Equine, Seri Kembangan. Nasib mak ada dan mak n hubby banyak tolong. Sepanjang berpantang, mak la yang tolong mandikan baby, tolong uruskan Masha n baby..yela, 1st time kan, xtau nak uruskan lagi. Masha seminggu selepas bersalin, badan masih tak berapa kuat..Jalan pon slow2 lagi, semua pergerakan slow..nak bangun katil, nak jalan. Keluar je wad aritu, En. Hubby tros report kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan pasal delivery ni, dan nurse ada datang ke rumah melawat baby n Masha 2 hari lepas keluar wad. Nurse check tali pusat baby n bekas jahitan c-sect Masha je. Alhamdulillah, semuanya ok. Enam hari di rumah, Sabtu nye Masha, mak, baby n En. Hubby gerak balik Ipoh, sebab Masha akan berpantang sepenuhnya di hometown nanti.


Minggu kedua berpantang
Makcik urut pon datang pada hari Rabu, dia mengurut buat 3 hari berturut-turut dan pada hari kedua makcik tu bawak daun2 herba untuk buat mandi selepas mengurut. Best sangat la mengurut ni rupanya, badan jadi fresh dan angin semua keluar la..lega sangat..Makcik tu mengurut 1 badan la, tapi tempat jahitan c.sect dia tak kacau. Hari ketiga mengurut, makcik tu mencukur rambut baby sekali. Lega semuanya dah settle, untuk sesi mengurut Masha dan cukur rambut baby dalam masa 3 hari tu harga charge RM70 sahaja..really affordable la.

Minggu ketiga sampai akhir berpantang-44 days.
Masha start minggu kedua berpantang tu Masha dah kuat sikit dah, dah boleh jalan dan dukung baby la.Alhamdulillah, luka Masha cepat sembuh, Masha tak sapu apa2 pun, juz make sure lepas mandi keringkan tempat jahitan dengan kapas/tisu kering dan make sure betul kering baru pakai seluar. Masha pakai seluar dan stokin tu wajib sepanjang tempoh berpantang. Sepanjang 2 minggu selepas berurut tu, Masha mandi air rebusan daun2 herba dan guna sabun Magic Body Slim Soap dan Feminine Wash (JSD). Memang lepas mandi fresh sangat la..Setiap kali lepas mandi pagi tu, sapu minyak panas 1 badan dan Deep Heat Lotion (JSD) dan pakai korset PB-pengganti bengkung. Masha start pakai korset ni lepas 3 minggu bersalin, dan apabila luka2 betul2 dah tak sakit dan kering.

Baby plak, elok je 7 hari lepas bersalin terus gugur tali pusat. Masha juz sapu alkohol yang hospital provide lepas je mandi sapu. Alhamdulillah, baby juga tak kena kuning. Stiap kali lepas mandi baby, mak akan tuam baby dengan tuam yang mak buat sendiri dimana dalam tu mak letak lada itam, lada putih, tali pusat baby dan bungkus cantik2. Ni untuk elak baby kembung. Alhamdulillah, baby tak kena kembung perut pon till now.

Menu makanan Masha plak sepanjang berpantang ialah Ikan Haruan- yang ni wajib. Mak buat masak air+ bawang putih dan lada itam, kadang2 buat masak sup. Masha makan Ikan Haruan ni 2 minggu berturut -turut la. Sampai naik muak..huhu..sabo je la..then masok minggu ke 3, Mak dah try bagi Masha makan sup ayam, dan sayur2 wajib ada untuk elakkan sembelit. Minum plak, Masha kuat minum air, sehari sebotol besar mineral boleh habis dan setiap pagi n malam wajib minom air horlicks. Ni pon minum sampai dah tak lalu nak minum la..haha..
 Supplement plak, Masha consumed set bersalin dari Jamu Susuk Dara (JSD), 4 botol- Jamu Jalinan Cinta (sebotol/40biji) dan 2 botol-Tablet Haruan Omega (sebotol/25 biji) sepanjang tempoh berpantang. Alhamdulillah, so far ok la..badan pon tak penat sangat. Till now, Masha still pkai korset Premium Beautiful (PB) tu (sebab memang dari before preggy pon dah pakai), baru rasa macam tegap dan yakin je badan. Badan pon dah slim cket macam before preggy, juz ade beberapa kilos kena turunkan..hehe..Itu sajork coretan sepanjang proses Masha berpantang.


Pengalaman Bersalin Caesarean in Hospital Serdang

As-salam, 

Sabtu, 20 July 2013, pukul 8.00am
Baby dah 3 bulan lebih, baru nak story pasal pengalaman bersalin kan..Takpe la, masih tersimpul rapi lagi sweet memory ni.  Boleh la nak story cket2. Kisahnya bermula pada kesinambungan dari entry Masha time 39 week dulu. Nak dijadikan cerita, Masha pon menyerah diri la ke Dewan Bersalin, Hospital Serdang. Hari tu bersamaan, Sabtu, 20 July, 11 Ramadhan 1434H, dan Masha masih berpuasa. Masha pergi dengan En.Hubby je, sebab risau kena tunggu lama, taknak la mak tunggu lama-lama kan. Sebelum keluar rumah tu, dah salam mintak maaf dengan mak macam-macam. Mak pun bagi nasihat n doa semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Sampai je hospital, hubby drop Masha kat Kompleks Dewan Bersalin, dan pergi cari parking, Masha pergi kaunter register sendiri. Orang datang Dewan Bersalin tu dah nak sakit bersalin, yang Masha ni jalan elok lagi sebab takde tanda turun langsung walaupun dah sampai EDD-40 weeks.

Pukul 9-10.30am
Then, lepas sign Surat Kebenaran untuk hubby teman semasa bersalin, dan bagi Surat GL dari UiTM dan surat ape lagi ntah, nama Masha dipanggil. Buat prosedur macam biasa, kena check darah, blood pressure dan air kencing. Semuanya ok. Time ni En. Hubby tengah tunggu kat luar. Then nurse mintak masuk ke Bilik Saringan/ Persediaan (PAC) dimana dalam bilik ni, nurse dan doctor akan buat checkup keadaan kita dan baby. Masha pon dapat katil, dan ada Mesin CTG di sebelah katil Masha, nurse tampal kan wire Mesin CTG tu kt perut untuk check heartbeat baby. Pon dengar la heartbeat baby yang sangat laju macam bunyi kipas kt siling tu. Stay kat situ dalam kui 9 -9.30am kot, sepanjang kt bilik tu, terdengar la akak Bangla kat sebelah ni dok mendengus2 kadang2 menjerit cakap sakit2..hoho..Masha yang tak sakit pon, macam boleh terasa2 je sakit nya..kadang2 annoying gak..sabo je la..then nurse n doc datang, nak check VE (bukaan rahim), diorang de interview cket dan tanya macam2, then Masha pon jawab ala kadar je, sebab semuanya dah stated dalam buku pink tu kan, mula2 nurse suh bukak panties n legging yang Masha pkai time tu. Segan plak. hehe..al-maklum la, 1st time kan. Then Doc pesan suh tarik nafas, Masha pon tarik la nafas, then dia dapat masuk 1 jari je = 1cm je la..Memang xde bukaan sangat pon. Tak rasa sakit pon seperti yang digembar gemburkan oleh orang. Alhamdulillah, still relax lagi. Then dah check2 bagai, diorang pasang Mesin CTG tu balik, sebab reading hearbeat baby tak berapa nak cantik. Dalam kui 10 am kot, nurse suh tunggu kat luar jap.
       Contoh GL
Pukul 10.30am -12.00pm
Yeay, lega dapat jumpa En. Hubby balik. Sembang2 dengan dia nak bagi cool cket. Then tiba2 Doc panggil Masuk balik, sebab nak get confirmation pasal Mode of Delivery. Sebab last Doc scanned baby dulu, pada Isnin, 16 July lepas baby dah berat 3.85kg..hoho..dan kebarangkalian, maybe baby lahir nanti berat 3.90kg disebabkan Big Bay will be born, Doc ada explained pasal pro n cons deliver normal dimana kepala baby maybe akan tersangkut, or tulang bahu baby akan patah, dan kalo patah maybe ada effect kt saraf dan akan effect baby, walaupun, nanti baby itu akan sembuh dengan sendirinya. Ada kes, kepala baby dah keluar, tapi badan sangkut dekat setengah jam baru keluar, dan baby dah biru..huhu..lagipun, ni 1st baby, dengan ketinggian Masha ni, laluan pelvic still sempit.  Time tu Masha still bertegas nak induce, n normal delivery. Then Doc suggest pergi discuss dengan En. Hubby dulu, Masha request biar Doc sendiri yang explained kat En. Hubby sekali lagi. En. Hubby cakap, better operate je untuk keselamatan baby n Masha. Last2, Doc suh bincang dulu, kui 12 pm bagitau keputusan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. En. Hubby pon call la Maklang (Chief Nurse kt hospital kt Singapore), dan Mama, tanyakan pendapat diorang. Masha plak call kazen Masha, Julia (nurse kt klinik, Pahang) sebab dia baru bersalin bulan 4 lepas dan big baby juga-4.03kg, dan Caesarean juga. Sembang punya sembang siap nangis-nangis bagai la Masha sebab frust tak dapat nak deliver normal. Diorang semua suggest better deliver operate untuk keselamatan baby dan Masha. Finally dalam pukul 12.30pm camtu Masha bagi keputusan kat Doc, decide nak operate je. Then Doc pon mintak sign ada 2-3 form lagi, dan Masha kena tukar baju pink serta amik darah untuk pasang dip air/darah, yang ni sakit cket. Doc cakap yang Masha akan di "Operate" after Zohor, pkul 2.00pm akan masuk OT(Operation Theater).

Pkul 1.30 - 2.00pm
Hoho..sepanjang tunggu di luar wad tu, Masha dah reda sikit dari tadi, muka n mata memang dah merah la kan, sebab nangis. En. Hubby tak putus bagi support dan kata-kata perangsang, dan cakap "Sayang mesti boleh punya, dan sayang n baby akan selamat", "Sayang kan kuat, B syg Sayang n baby"..huhu terharu pon ada. Sementara menunggu tu, En.Hubby ada ambil gambar time last2 minit nak meletup tu.hehe..dengan idung beso nye..Lepas azan Zohor, nurse mintak masok balik ke Bilik Saringan tu, untuk preparation nak masok OT, barang-barang kemas semua kena bukak, lens pon kena bukak. Adeh..Masha ni dah la rabun tinggi gak, sampai orang depan mata pon tak nampak. Spect dah patah lama dah, jenuh..kang tak nampak muka baby..Takpela, nak buat camne. Then lepas dah bagi semua barang2 kt En. Hubby, En. Hubby pergi ke kereta nak g amik bag baby n bag Masha sebab nk prepare masuk wad lepas ni. Masha plak, nurse masukkan tube untuk air kencing kt miss v kte, huhu, before masukkan tube tu, nurse dah pesan tarik nafas siap2, then, siap..adeh yang ni rasa rimas cket , sebab tak selesa ada menda kt miss v..sabo je la..then nurse masukkan air kt tangan kiri. So, Masha dah xleh nak gerak dah..dok la statik kt katil tu. Tiba2 rasa nak terkencing sangat...huhu..rasa menyesal pon ada, sebab tak kencing siap2 before masuk tube tu kan..dah le xleh nak bergerak dah..then Masha pon kencing je la barin2 tu pon, lupe plak dah ade tube kan..ape daa..hehe..

Pkul 2.00-3.00pm
Sementara menunggu sorang2 kat Bilik Saringan tu, tiba2 nurse datang cakap dah nak kena masuk kt OT..Huhu, Masha cakap kat nurse nak jumpa En. Hubby dulu, takot dah xleh jumpa lagi lepas ni. kena ready je la sebarang kemungkinan boleh berlaku kan. Nasib, En. Hubby ada kat luar, Masha peluk dan mintak maaf dengan En. Hubby dan mintak doakan semoga segalanya selamat. Lepas dah jumpa En. Hubby, dah lega dan rasa semangat dan tak sabar2 nak jumpa baby. Terus nurse tolak Masha pergi ke Dewan Bedah Utama Peruntukan untuk kes pembedahan Ginekologi. Jauh gak dewan tu, Masha still baring je, lepas tukar katil dekat 3x, finally Masha masuk kat OT. Pakar bius datang, dan tanya nama dan explain cket apa akan Masha rasa after bius. Tunggu beberap saat, dia mintak Masha duduk jap, dia cari ruas-ruas kt vertebra Masha atau nama lain nya tulang belakang, then cucuk sekali di tengah, dan sekali lagi kt bawah sikit..hurmm..rasanya..tak sakit pon..rasa kebas je..then 10-20saat lepas tu Masha dah tak rasa bahagian dari pusat till kaki..Serius tak rasa langsung, Then, Masha kena baring semula. Tangan kiri masuk dip air, tangan kanan kena check tekanan darah, So Masha baring cam cross je, statik. pandangan ditutup dari dada ke bawah, so Masha tak nampak la diorang buat apa kat bawah sana. Time tu rasa macam orang tengah tumbuk2 manja kat perut je, dalam pkul 2.43pm, terdengar suara baby..automatik terus air mata Masha mengalir. Perasaan time tu, sangat la hiba dan bersyukur sangat kat Tuhan, syukur Alhamdulillah, dah selamat. Then nurse datang sua bawah baby kat Masha "Tahniah, Puan, tengok baby apa", then Masha jawab " Baby Girl". Then nurse amik baby balik, sebab Doc nak continue part jahit menjahit pula. Terasa seram sejuk badan Masha, sebab bilik tu sejuk la sangat, dalam pkul 3 kot, settle semua dan Masha ditolak ke bilik lain, untuk monitor blood pressure Masha. Masha tengok reading naik turun naik turun pon ada, tangan dah kebas semacam je.
Pkul 3.30pm
Officially keluar dari Dewan Bedah, dan dipindahkan masuk ke wad. Suppose Masha dapat Wad Kelas 1 kalo ikot gred Masha kan, tapi disebabkan wad penuh, terus Masha ditolak ke Wad Obstetrik 5F-(Kelas 2 -Integrasi Antenatal dan PostNatal). Sepanjang jalan naik turun lift tu (tapi Masha tak jalan la, nurse yang jalan.hehe..), punya la jauh wad nye, nasib Masha dapat katil paling hujung dan sebelah toilet, nurse cakap En. Hubby n baby dah tunggu kt wad. Sampai2 je, En. Hubby dah tunggu kat katil, then nurse transfer Masha ke katil dan pesan Masha xleh bergerak selama 6 jam dari pkul 3, so maknanya Masha baru boleh bergerak pkul 9 pm la..huhu..sabo je la, sampai je kt katil En. Hubby sua baby kat Masha, and cakap "Anak kita perempuan la sayang, kan b dah cakap", teros En. Hubby kiss kat dahi masa tu.. Syukur Ya Allah...aku dah jadi ummi for this beautiful princess  yang sangat puteh dan macam chinese look sangat (dalam hati pk ikot sape ntah..hehe) dan Masha tros nak try bagi susu kat baby. Alhamdulillah, baby ada cuba menghisap, dan susu keluar..pandainye baby Masha ni..Masha dengan sedaya upaya nya cuba untuk pkai lens dengan berbaring..susahnye yang amat, yela, sebab takbleh nak duduk dan bergerak kan.Finally, berjaya juga,,yela, Masha tak dapat tengok muka baby sepuas2 nya tadi..huhu..lepas sembang2 dengan En. Hubby, En. Hubby mintak izin nak kena balik, nak amik mak kt rumah. Then Masha stay le berdua dengan baby kat katil. tunggu till En. Hubby dan mak datang. 
En. Hubby dan mak balik dalam pkul 8pm, sebelum tu En. Hubby de try bagi Masha makan, yela, dari pagi Masha puasa kan, ade la curi2 minom air cket je..Masha tak lalu sangat makan, minom air milo kotak je..diorang bukak puasa kt wad sekejap dan sambung makan kat cafe hospital. Tinggal la Masha dan baby berdua, baby pon tak tidur sangat, nak menyusu je, jap2 nanges, susu balik..Masha xrasa janggal sangat sebab baby Annur besar gak..senang nak pegang..Malam harinya Masha tak dapat tidur sangat pun sebab rasa ngilu, sakit dan kebas cket kat tempat jahitan. Lagipun, wad Masha de 4 katil, dan katil depan baby twin lagi, lepas sorang baby nanges, sorang lagi nanges, bersahut-sahutan la..memang tak dapat nak tidur la..hehe..seksa cket time nak bergerak je la, awal2 lagi ni kena hati2, sebab kat tempat jahitan tu atas Doc tampal cam plaster transparent besar (saiz coolfever),.So, kalo kita gerak, akan rasa memeri sikit..

Dalam pkul 12 malam, Masha termuntah air sebab asyik minom air je n perot kosong, termuntah kt atas selimut, then Masha tros try jamah roti cket, sebab kesian kt baby, takot Masha xde susu nanti, kalo tak makan..Lepas dah makan, try tidur sekejap..Masha officially bangun dari katil dalam pkul 5 pagi cenggitu, sebab nak g toilet sebab tube kencing tu nurse dah tanggalkan semalam..lupe plak, yang darah nifas turun kan, Masha kan paralyze separuh badan semalam, xtau plak nurse tu pkai letak je pad kt bawah badan kite..Masha bangun katil je, teros le menitik2 darah turun..kelam kabot g toilet, naseb kt sebelah je..Lepas pkai pad n panties, dan bersihkan diri. Baru rasa lega sebab bersih cket kan..hehe..tapi still tak mandi..haha..

Masha stay kat Wad 3 hari je till hari Isnin, 23 July dah boleh balik, siap dapat baby gift (happy baby bag) lagi oleh Hospital Serdang..disebabkan condition baby n ummi sehat serta baby dah buang air kecil dan besar..Baby pon Alhamdulillah, tak kena kuning. Masha rasa syukur sangat dengan kurniaan ini, dan janji akan mendidik, jaga, tatang, amanah Allah ini dengan bersungguh-sungguh. Segalanya berjalan lancar dan Allah memudahkan urusan kelahiran baby Annur. TQ sangat2 kat En.Hubby yang sanggup teman Masha, ulang alik setiap hari setiap kali waktu rehat mesti datang melawat, dan tolong Masha kat wad. TQ juga kat mak yang sanggup teman, jaga dan tolong Masha sepanjang tempoh sebelum deliver, dan berpantang. Kesimpulannya, service di Hospital Serdang amatlah baik, nurse2 baik banyak tolong, Doktor pon baik dan comei2 je..hehe..Alhamdulillah, Masha diuruskan oleh Nurse dan Doc perempuan sepanjang checkup preggy di K.K.S.Alam, dan Klinik Perdana-Dr. Hana dan Dr. Hani sampai la bersalin di Hospital Serdang, oleh Dr. Husna. Itu je la serba sedikit pengalaman bersalin yang tak seberapa ini. Sekarang baru Masha tau, bersalin caesar ni best rupanya..hehe..maybe sebab Masha ni jenis tak takut, kuat semangat dan tahan sakit kot. Dan 1st time la dapat comment yang paling banyak n likes paling banyak kt FB (birthday wish pon xbyk cenggini..hehe)..Syukur Alhamdulillah n TQ semua yang mendoakan Masha dan baby selamat..luv u all..xoxo..(",)


Sorry, entri panjang sangat kali ni..TQ sudi membaca..(",)

Wednesday, November 13, 2013

Wordless Wednesday ver 4.1

As-salam
P/s: Baby smell like heaven..so addictive..

Monday, November 11, 2013

Weekend with kenduri's

As-salam

Weekend lepas 9-10 nov, we've decided untuk blik Jb disebabkan ade kne attend kenduri my hubby punya cousin's wedding at Taman U, Skudai..at da same time ramai sedara mara hubby tak tengok baby Annur lagi kan..n mama MIL officially dh bukak firm sendiri at home. .... best2... Congrat mama..semoga ma success slalu..:-)

Kebetulan pada hari Sabtu tu, merupakan wedding my course mate time degree dulu..alang2 dah lalu Tangkak... singgah teros g mkn nasik kenduri kan..dapat la jumpa geng2 lama..Congrats Azmer n his wife..semoga berkekalan till jannah..

On Sunday, kenduri cousins at Skudai, sampai2 je dewan..semua dh kerumun baby Annur..naseb baby Annur behave sangat semalam sebab b4 pegi kenduri dh bagi dia tidur, recharge energy dulu kan..baru ade mood nk gelak2. .hehe...tahniah to my cousin Amalina Hamidi n her hubby, semoga perkahwinan ini berkekalan hingga jannah dan diberkati selalu olehNya..Aminn..
Huhu..n tak dapat nak amik pic dengan pengantin sebab kami rushing nak gerak balik Kl..pengantin sampai dewan pkul 2.30pm, kami gerak balik dalam kui 3.15pm risau sampai Kl lambat..nanti penat..n 4 da 1st time semalam..Masha drive sepanjang 4 jam- Senai-Kl..penat gile r..mule2 ibgt nk drive smpai Melaka je..tp tengok hubby ngantok n penat, siap berdengkur lg 2 beranak ni..sabo je la..hehe.. Masha continue je la drive... Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya..

Thursday, October 31, 2013

DIY- Cara Membuat Guest Frame

As-salam,

Dah lama rasanya tak buat tutorial DIY ni..Ok kali ni Masha nak ajar cara membuat Guest Frame. Amende la Guest Frame tu kan..Guest Frame ni pengganti Guest Book la..ala-ala buku untuk tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan kita bagi ucapan dan tanda tangan. Masha ni nk buka album gambo pon malas, inikan pula book2 ni kan. so, Masha ubahsuai Guest Book menjadi Guest Frame, inspirasi dari blogger Puan Sue..Apa kelebihan Guest Frame ni, kita boleh baca ucapan orang hari2..Masha letak frame ni betul2 lepas masuk pintu rumah akan nampak..kadang2 Masha senyum sorang2, masuk2 je rumah baca ucapan diorg ni..nk keluar rumah pon terbaca lagi..best kan..

Bahan-bahan nya.
  1. NYTTJA Frame - 50x70cm - From IKEA : RM 16.90
  2. Gam dan Gunting : pre-own
  3. Aksesori Tambahan : printed wording 
  4. Mounting board (black/white) : RM3.50
Dan Cara membuatnya seperti dalam gambar di bawah.


Dan ni kegunaan Guest Frame tu time wedding Masha dlu

Dan, tempatnya Guest Frame itu di rumah


Selamat Mencuba Jaya..(",)

20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak..

As-salam

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
Babah n ummi love u, my beautiful princess Annur Marissa..

Tuesday, October 29, 2013

Hi..shaye dh 3 bulan tua..

As-salam

Last Wednesday, 23 Okt..Masha bawak baby Annur pergi cucuk 3 bulan..sebenarnya risau jugak nk bawak pegi cucuk kn sebab baby Annur kn baru je baik dr demam..tinggal batok n selsema je lagi..tapi, sesampai je Klinik Kesihatan Seri Kembangan, nurse cakap xpe cucuk kalo de batok ke, at least jgn demam..kalo demam diorang xkan cucuk..

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini dr lepas cucuk aritu, baby Annur xdemam..good girl. .nanges pon beberapa saat je..pastu sengih2..ape je..xsaket kot..baby Annur kan kuat macam ummi nye..hehe..berat baby naik: 6.10 kg, n panjang sangat obvious naik till : 68cm..bior bonar..sebulan bleh panjang 10cm..cepat btol tinggi nye pon..ikot babah nye la ni..xpe la sayang ummi ni semoga cepat sehat dan membesar dengan jaya nya..ummi n babah sayang kamoo..

Thursday, October 24, 2013

Raya Aidiladha 1434H - Musim demam 1 family

As-salam,
Waa..busy le plak sejak masuk kije ni..quickly update pasal story cuti raya haji lepas. This year buat pertama kali beraya haji di kampung hubby belah FIL di Kulim, Kedah. Masha start cuti raya pada 12 Oct, Sabtu till  16 Oct, Rabu..mula2 gerak blik mlm Jumaat, singgah Ipoh dulu..punya la jem malam jumaat tu, last2 1 family tdo dlm keter kat RnR Bidor jap..last2 terjaga jem dh abes, bru sambung gerak blik ipoh..Sampai Ipoh pkul 6pg Sabtu.. 

Sampai2 je baby di Ipoh, sume kerumun..lepas srg srg nk amik gambo..sonok plak, tp xdpt spent time lelame..after lunch tros gerak pegi Penang, sebab mlm tu kami bermalam di Penang pule... check in hotel Tabung Haji di Bayan Lepas, Penang..tejuk gile..cuaca di Utara hujan je hari2..dalam hotel lagi la sejuk..huhu..

Then, hari ahad pagi kami gerak ke Kulim, Kedah... preparation ala kadar je.. tapi puas hati sebab dapat balas dendam makan ketupat n lontong byk2..hehe..best2..last time raya kan Masha tengah berpantang..stay kt kulim till hari selasa, dan ptg raya selasa tu jugak blik KL sebab hubby kne kje ari rabu..Tapi, sampai je KL,  mula2 hubby demam, diarrhea, then esoknya masha n baby demam batok flu skali..so, Masha pon dpt mc dari hari Khamis till Jumaat... complete la cuti seminggu..
Tetapi, sangat kesian kt baby Annur. .dia dah la 1st time saket..dan dia sangat merap..24jam nk tido kt lengan Masha, nak Masha peluk n dodoi dia je..kesian dengan batuk kuat n idong meleleh2..huhu..n asyik nanges je.. minom susu pon xlalu sangat..tp hari ahad betul2 baru baby sembuh dari demam..dan till now batok dia xsembuh lg..kesian, malam2 tengah tdo batok2..kita yg tua ni pon xtahan, inikan baby umo 3 bulan..

Dah jumpa Dr.Hani khamis lepas, dan doc ckp pon baby umur bawah 2 tahun xelok bagi ubat..sebab boleh bagi dia mengantuk n kalo dia terlebih tidur, O2 akan kurang kt otak n kadang2 bleh menyebabkan kematian..so, Masha pon google n study cket..so, Masha de jumpa beberapa petua nature..bagi baby Annur minyak bawang putih (ketuk bawang putih 3-4 ulas + minyak masak yg baru), sapu kt tapak kaki, dada n blkg badan baby b4 tdo..ok cket la..n de sapu kunyit hidup punya air (ambil kunyit hidup 1 inch, gosokkan kt tmpt kasar till kuar air) kt batang idong dia..tapi xbpe jadi sangat...xpe la..at least mencuba..tengok la 2 3 hari ni camne... hopefully baby Annur cepat sembuh..masha pon tinggal batok je ni, xsembuh2..ubat batok dh 2 botol abes..last2 semalam try minom air suam + madu 1 tsp + limau kasturi 2-3biji... hopefully sembuh la gamaknyee ..

Thursday, October 3, 2013

Weekend with baby Annur

As-salam,

Last weekend keluar bershopping with baby Annur..nak beli sikit barang-barang keperluan dia, sementara baru dapat gaji ni kan..So, kitaorang pon pergi la Mid Valley, sebab dah lama tak jalan sana kan..Sampai2 je, of coz la pergi kedai jual barang baby kan..pastu dah rambang mata..haha..mula2 masuk kedai MotherCare, terus terbeli Rompers Carter's 3 pasang (yang ni takde dalam senarai barang nak beli), dan Bumble Bee- 2 in 1 Head Support, seperti dalam gambo kat bawah ni. Rasa perlu beli mende alah ni, sebab baby Annur kepala xsteady lagi dan kalo baring tu kepala suke toleh ke kiri or ke kanan, so for the solution, beli la head support ni, boleh guna kt bouncer, kt stroller or car seat pon boleh.
Next terus cari Toy'R Us, ni kedai peveret babahnya la..dulu selalu masuk sini sebab nak beli Hot Wheels n Figurine. Sekarang ada sebab lagi padu la kalo nak pergi lagi pasni, sebab dah de baby..hehe..kat cni plak, planning nak beli bag pack yang banyak space boleh letak barang2 baby kalo travel. So, beli la Simple Dimple : Shield Diaper Bag yang comei dan banyak guna ni..satu lagi nak cari baby soother..Cari punya cari, berkenan dengan brand NUK- Printed Latex Soother S1 (0-6m) ni, sebab teat dia leper dan lembut..baby Annur terpaksa juga menggunakan soother disebabkan dia kalo nak tido memang kena menyusu badan kalo x, xbleh tido..so, untuk memudahkan baby sitter jaga dia, terpaksa la bagi soother gak..huhu..sebab before this, babah dia ada beli juga pacifier lain, dia taknak maybe sebab keras kot..then, beli toys & Fan Clip untuk gantung kt stroller. Then, masuk Metrojaya, ada sale la plak..terus terbeli baju baby Pigeon 2 pasang lagi (yang ni takde dalam senarai barang nak beli)..haha..murah kot, 1 pieces -rm4.
                                                                                                                                      

Adoiyaii..first time la pengalaman shopping dengan baby Annur yang berat dah 5 kilo lebih ni..sangat la penat..walaupun ada stroller, kalo time baby Annur nak tdo, dia xmo duduk dalam stroller..selesa kena peluk je..lagi2 time menyusu, memang kena riba dia..ni baru 2 bulan setengah, kalo dah 3-6 bulan lagi camno eh..mau naik muscle ummi nye ni..hehe..pa pe pun, sangat happy dapat shopping barang baby yang cute2 ni..dan bawak baby jalan2..suke2..babah pon dah seram tengok ummi nye shopping xhengat..kalau ummi kaya..macam2 ummi dah beli..haha..sabo2..


bubyee...

Jenis-jenis Tangisan Bayi

As-salam,

Sejak menjadi ummi ni, rasa nya penting juga untuk membaca sebab apa baby Annur nanges, tapi kadang2 susah hati juga kalo tak tau punca dia nanges kan..pernah sekali, time baby Annur kena cucuk, nanges dia lain macam, almost menjerit nyaring..sedih pula tengok baby kena cucuk, sampai kita sendiri la nangis sekali..huhu..ni la feeling jadi ummi..sebak lain macam..tak bleh tengok anak disakiti.
1. Tangisan bayi lapar dan ingin menyusu
Bayi akan menangis jika ia lapar. Tangisan haus terdengar dalam nada berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti untuk mengambil nafas, kemudian menangis lagi, aktiviti ini terjadi berulang-ulang.

2. Tangisan bayi membuang air besar
Lampin yang basah membuatkan bayi merasa tidak selesa sehingga ia akan menangis. Suara bayi pada awalnya terdengar perlahan, kemudian makin keras. Bayi terlihat menggeliat di tempat tidurnya.

3. Tangisan bayi sakit
Keadaan ini akan membuat bayi terus menangis. Tangisan sakit diawali dengan nada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian bayi termengah-mengah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Segera cari punca sakitnya. Periksa perutnya takut-takut kembung, periksa seluruh badannya untuk mengetahui punca bayi menangis. Mungkin juga ada serangga kecil yang menggigitnya atau macam-macam kemungkinan yang lain.

4. Tangisan bayi bosan
Bayi cenderung bosan jika ia terlalu lama berbaring. Tangisan yang menandakan anak bosan terdengar mirip teriakan. Bayi tak akan berhenti menangis selama ia merasa bosan.

5. Tangisan bayi minta didukung
Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa detik, dan mungkin Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Cara mengatasinya, ayunlah ia perlahan-lahan sampai ia tertidur.

6. Tangisan bayi Kesepian
Bayi senang jika ibu bapanya berada dekat dengannya. Jika ia merasa kesepian, tangisannya akan terdengar bernada sedih, bukan marah.

Wednesday, October 2, 2013

Wordless Wednesday ver 4.0

As-salam


p/s: She loves to sleep, eat n kentot2..haha..miss u my little princess..at 2 months 12days old..

Monday, September 30, 2013

4D = Real

As-salam..

Yes..still Monday blues..so ptg2 ni sementara tunggu nk solat Asar, edit gambo jap..same tak kawan2..


Hehe..cute je..time tu pic dalam pantang..muka baby Annur pon banyak kulit2 mengelupas lg..ni pic baru lepas cukur rambut kot tu..xsampai sebulan lg kot umur dia..ni la da power of sound wave dat created the image in 3D/4D..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus